7 Statistik Mengapa Harry Maguire Jadi Pembelian Berbaloi Buat Man United

Manchester United terpaksa membayar nilai rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan demi membawa Harry Maguire dari Leicester City pada musim panas 2019.

Pada tanda harga mencecah Β£80 juta, tanda tanya sama ada ia adalah pelaburan yang berbaloi atau pun tidak pasti akan menjadi persoalan.

Namun sejak ketibaan pemain itu pada musim ini, pertahanan United menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding musim sebelumnya.

Maguire turut diberikan lilitan kapten pasukan selepas pemain veteran, Ashley Young memilih untuk berhijrah ke Inter Milan pada Januari lalu.

Berikut kami kongsikan 7 statistik ringkas, yang menjelaskan serba sedikit sumbangan pemain ini sejak tiba di Old Trafford.

  • Maguire telah melakukan 1553 hantaran untuk United di saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Jumlah tersebut adalah yang paling banyak dilakukan di kalangan anak buah Ole Gunnar Solksjaer. Ia bukan perkara menghairankan mengambil kira peranan beliau sebagai ball playing-defender.
  • Walaupun selesa dengan bola di kaki untuk membantu melakukan gerakan dari bawah, aspek pertahanan juga merupakan kekuatan utama pemain ini. Sepanjang saingan musim ini, Maguire telah malakukan lebih banyak clearance berbanding pemain lain, iaitu 132 kali, dan 53 pintasan – juga jumlah tertinggi di kalangan pemain United.
  • Pemain pertahanan tengah ini juga telah memenangi purata 4.7 kali untuk 90 minit perlawanan untuk perebutan bola di udara. Jumlah tersebut sekurang-kurangnya lebih kerap sebanyak dua kali ganda yang telah dilakukan oleh mana-mana pemain di dalam pasukan United.
  • Maguire juga telah melakukan 15 hadangan di dalam saingan Premier League pada musim ini – juga adalah statistik tertinggi di kalangan skuad United pada musim ini.
  • Selepas melalui 29 perlawanan, United telah dibocori sebanyak 38 kali. Dengan Maguire, mereka hanya dibolosi sebanyak 30 kali sepanjang musim 2019/20. Ia bukan rekod yang sangat bagus, namun cukup untuk menjelaskan kepentingan Maguire di dalam pasukan.
  • Lebih menakjubkan, Harry Maguire turut berjaya mencipta 14 peluang untuk pasukannya pada musim ini. Tidak ada pemain pertahanan tengah lain di dalam Premier League mampu melakukan sebanyak itu buat masa ini.
  • Beliau juga telah menghasilkan 18 clean sheet di semua pertandingan pada musim ini. Jumlah tersebut adalah yang terbanyak dimiliki oleh seseorang pemain pertahanan yang beaksi di Premier League.

Boleh dah jual Pogba lepas ni.πŸ˜…πŸ˜…

Posted by Grandstand Semua onΒ Sunday, January 26, 2020

Berdasarkan 7 statistik ini, maka boleh disimpulkan Maguire adalah pembelian yang baik bagi United setakat ini. Hasil akhirnya pasti akan dinilai keupayaan seseorang pemain membantu pasukannya memenangi trofi di kemudian hari.

Kongsi artikel ini