Sejak tiba di England pada pengujung Januari lalu, Bruno Fernandes telah mencuri tumpuan ramai selepas aksi menakjubkan bersama Manchester United.
Manchester United tidak pernah tewas sejak ketibaan Fernandes di Old Trafford. Bekas kapten Sporting Lisbon itu kemudiannya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Premier League bulan Februari.
Berikut adalah tujuh statistik yang dihasilkan oleh Fernandes sejak menyertai Manchester United:
Bruno Fernandes is what Manchester United needed.
⠀
His stats for Manchester United so far:⠀
⠀
■ 8 Games⠀
■ 3 Goals ⠀
■ 3 AssistsUnbeaten since his arrival. pic.twitter.com/qJ0znqpbJh
— 360Sources (@360Sources) March 8, 2020
Statistik
- Fernandes telah menghasilkan 11 peluang untuk Manchester United sejak kali pertama tampil pada awal Februari. Ia adalah jumlah terbanyak dibandingkan dengan mana-mana pemain lain di Premier League sepanjang tempoh itu.
- Pemain tengah ini juga telah menghasilkan 19 percubaan, jumlah terbanyak di kalangan pemain United. Fernandes turut menjaringkan dua gol daro lima penampilan di Premier League setakat ini.
- Pemain berasal dari Potugal ini turut menghasilkan 25 hantaran lintang, iaitu jumlah terbanyak berbanding rakan sepasukannya di United.
- Selain itu, 203 hantaran yang dilengkapkap oleh Fernandes di kawasan permainan lawan juga adalah yang tertinggi di United.
- 43 daripada hantaran tersebut dilakukan di kawasan akhir serangan, dan turut merupakan angka hantaran tertinggi di zon tersebut berbanidng pemain United yang lain.
- Fernandes turut melakukan hantaran terbanyak ke kawasan otak penalti lawan dengan 48 hantaran kesemuanya pada keseluruhan Februari.
- Sejak penampilan pertamanya, United merekodkan perbezaaan jaringan +7, menjadikan United pasukan terbaik keseluruhan sepanjang Februari.
Bruno Fernandes stats since 2017/18 🔴 #MUFC pic.twitter.com/gS5Edb0pVj
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 30, 2020
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan statistik di atas, Fernandes boleh dilabel sebagai pemain paling kreatif di kalangan pemain United pada hari ini.
Kita juga boleh simpulkan Fernandes juga adalah pemain yang paling berkemampuan melakukan ancaman menjaringkan gol, selain daripada kemampuan sebagai jentera utama di bahagian tengah untuk menggerakan United.
Oleh kerana itu, Fernandes dianggap sebagai pemain penting jika Liga Perdana Inggeris akan disambung lagi. Tetapi timbul juga persoalan lain.
Mampukah Fernandes menampilkan aksi yang sama seperti sebelum aksi liga ditangguhkan?