Jendela perpindahan pemain sering digunakan oleh kelab-kelab bola sepak di Eropah untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.
Bagaimanapun, ia juga mampu meruntuhkan sesebuah pasukan.
Tujuh pasukan di dalam senarai ini pernah menjadi skuad hebat dalam bola sepak Eropak. Namun kelab-kelb ini juga adalah antara contoh pasukan yang jatuh akibat penjualan pemain secara beramai-ramai.
1. Ajax Amsterdam era Cruyff
Setelah menjadi juara Piala Eropah pada 1973, Cruyff berpindah ke Barcelona. Tidak lama beberapa pemain bintang Ajax turut mengikut jejak langkah Cruyff. Johan Neeskens dan Arnold Muhren berpindah pada 1974. Ia kemudian disusuli oleh Arie Haan serta Horst Blankenburg pada 1975.
¡Los pies del crack! Descalzo, Johan Cruyff corriendo junto a sus compañeros del Ajax, en una salida, antes de jugar contra Independiente en 1972. La postal de un genio, de uno que dejó su sello marcado en la historia del fútbol. pic.twitter.com/gVQgG8DTCI
— SportsCenter (@SC_ESPN) April 26, 2020
Ajax era Cruyff itu meraih banyak kejuaraan, termasuk Liga Belanda 1970, 1972 dan 1973, Piala KNVB pada 1970, 1971 dan 1972, Piala Eropah pada 1971, 1972 dan 1973, serta Piala Intercontinental pada 1972.
2. FC Porto era Mourinho
Skuad Porto kendalian Jose Mourinho membuat kejutan apabila menjadi juara Champions League musim 2003/2004 setelah menewaskan AS Monaco. Mourinho memilih untuk ke Chelsea selepas kejayaan tersebut.
Ia turut diikuti oleh ramai bintang Porto yang lain. Ricardo Carvalho dan Paulo Ferreira mengikut jejak langkah Mourinho ke Chelsea.
Meu Porto de todos os tempos: Vítor Baía; João Pinto; Ricardo Carvalho, Jorge Costa e Paulo Ferreira; Costinha; Madjer, Deco e Paulo Futre; Fernando Gomes e Jardel. Técnico: José Mourinho 🌏⚽️🇵🇹⚪️🔵 pic.twitter.com/LEiTRyZo6d
— Rodrigo Bueno (@RodrigoBuenoFOX) April 30, 2020
Deco pula ke Barcelona, Carlos Alberto ke Corinthians, Derlei ke Dinamo Moskow dan Pedro Mendes ke Tottenham Hotspur.
Selain Champions League pada musim 2003/04, Porto era Mourinho meraih kejuaraan Piala UEFA pada 2003, Liga Portugal pada 2003 dan 2004, dan Taca de Portugal pada 2003.
3. Era Emas Red Star Belgrade
Pada awal 1990an Red Star adalah salah satu pasukan paling digeruni di Eropah. Ramai bakat luar biasa kelahiran Yugoslavia memperkuat pasukan tersebut pada ketika itu.
Red Star ketika itu menjadi juara Piala Eropah pada 1991 dan Piala Intercontinental pada tahun yang sama. Selain itu mereka menjadi juara liga domestik pada 1990, 1991, dan 1992 serta Piala Serbia 1991.
Red Star Belgrade, 1991. pic.twitter.com/GTZQXPSiHs
— 90s Football (@90sfootball) July 21, 2018
Robert Prosinecki menjadi bintang pertama yang berpindah pada 1991 untuk menyertain Real Madrid. Tahun berikutnya Vladimir Jugovic, Sinisa Mihajlovic, Dejan Savicevic, Darko Pancev, Miodrag Belodedici turut meninggalkan Red Star.
4. Ajax 1995
Skuad Ajax pada 1995 adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan sejak sekian lama, dan berjaya mengalahkan AC Milan pada final Champions League1995. Ajax juga menjadi juara Piala Intercontinental 1995 dan Liga Belanda 1994, 1995, dan 1996.
Antara nama besar skuad Ajax pada ketika itu adalah sepeti Patrick Kluivert dan Nwanko Kanu.
• Poule F •
🇳🇱 Pays-Bas
🇨🇲 Cameroun
🇨🇴 Colombie
🇫🇮 FinlandePays-Bas riment avec Ajax. Finlande rime avec Litmanen. Litmanen rime avec Ajax. Le voilà vainqueur de la Ligue des Champions 1995 avec des Kluivert, Overmars, Seedorf… Quelle équipe. pic.twitter.com/DGx1C8RwDp
— 𝐄𝐦𝐩𝐞𝐫𝐞𝐮𝐫 𝐉𝐚𝐮𝐧𝐞 (@EmpereurJaune) April 25, 2020
Setelah Clarence Seedorf berpindah ke Sampdoria pada 1995, Edgar Davids, Finidi George, Kanu dan Michael Reiziger juga berpindah pada 1996. Marc Overmars dan Kluivert pula menyusul pada 1997 dan Edwin van der Sar serta Jari Litmanen turut berhijrah selang dua musim kemudian.
5. Marseille 1993
Setelah menjadi juara Ligue 1 pada 1991 dan 1992 serta Champions League pada 1993, sejumlah bintang Marseille memutuskan untuk meninggalkan kelab tersebut setelah pemilik klub Bernard Tapie terlibat di dalam skandal mengatur perlawanan.
Marseille 1993 pic.twitter.com/7twqxsy98H
— Azir (@Azir19890050) April 28, 2020
Antara pemain Marseille pada ketika itu seperti Alen Boksic, Abedi Pele, Marcel Desailly, dan Franck Sauzee telah berpindah pada 1993. Marseille turut kehilangan Didier Deschamps, Basile Boli dan Rudi Voller pada 1994.
6. Lazio Era Sven Goran Eriksson
Setelah bergelar juara UEFA Cup Winners’ Cup pada musim 1998/99 dan Piala Super Eropah, Lazio kemudian menjadi juara Serie A dan Coppa Italia pada 2000 di bawah kendalian Sven Goran Eriksson.
Jendela perpindahan sekali lagi menjadi punca memecah belahkan skuad hebat Lazio pada ketika itu.
The star-studded Società Sportiva Lazio 1999-2000 team that was really a joy to watch. Too many legendary footballers in one team, with Sven-Goran Eriksson as gaffer.
Winners: Serie A, Coppa Italia, UEFA Super Cup. 🏆🏆🏆 #ThrowbackThursday pic.twitter.com/X7146poTNv
— 𝕌ℕℂ𝕃𝔼 𝕎𝕀𝕃𝕊𝕆ℕ™ (@iam_wilsons) November 21, 2019
Alen Boksic, Sergio Conceicao, Matias Almeyda pergi pada 2000. Kemudian ia disusuli oleh Juan Sebastian Veron, Pavel Nedved, dan Marco Salas pada 2001. Alessandro Nesta pula menyertai AC Milan pada 2002.
7. AC Parma 2000
Parma sempat menjadi salah satu kelab Itali yang disegani di Eropah, terutama pada pertengahan 1990an hingga awal 2000. Namun, barisan pemain bintangnya perlahan-lahan dijual sehingga kelab tersebut diistihar muflis.
Parma's team in the 1996/97 season.
Sensini, Stanic, Strada, Thuram, Buffon, Baggio D.; Mussi, Chiesa, Cannavaro, Crespo, Benarrivo
A team littered with some Championship Manager legends. pic.twitter.com/QykSYUWYxP
— FMPlayers | Football Manager | FM20 (@FMPlayers) May 1, 2020
Faustino Asprilla, Gianfranco Zola, dan Fernando Couto meninggalkan Parma pada 1996. Ia disusuli Nestor Sensini dan Enrico Chiesa pada 1999, Dino Baggio dan Hernan Crespo pada 2000, Gianluigi Buffon dan Lilian Thuram pada 2001, dan Fabio Cannavaro pada 2002.
Penutup
Pasukan manakah yang pada anda yang paling terkesan? Pada kami AC Parma adalah yang paling terkesan mengambil kira pasukan itu terhumban sehingga ke Divisyen ke-3 bola sepak Itali akibat masalah kewangan yang dihadapi.
Ajax pula sering bangkit kembali dengan skuad muda mereka. Manakala Lazio kembali menjadi pencabar pada musim ini.