6 Impak Perlu Kita Tahu Selepas JDT Dihalang Ke ACL 2020

Tahun 2020 merupakan kali kedua JDT bersaing secara merit dalam  AFC Champion League (ACL).  JDT berada di tangga kedua dalam Kumpulan G dengan mengutip tiga mata selepas dua perlawanan (satu menang dan satu kalah). Vissel Kobe kekal di kedudukan teratas dengan enam mata daripada dua perlawanan tersebut

Namun disebabkan pandemik COVID 19 yang masih belum berakhir serta keputusan mengejut Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Doha , Qatar bagi meneruskan saingan baki empat perlawanan (peringkat Timur ) AFC League Championship telah membuatkan perjuangan di pentas ACL terhenti setakat ini sahaja.

Berikut itu , terdapat enam IMPAK kelab Johor Darul Takzim dihalang menyertai ACL 2020.

1. Pentas menyerlahkan bakat pemain muda

Lihat kecemerlangan Sapawi Rasid dalam ACL sehinggakan golnya tercalon dalam 10 gol tercantik dalam ACL 2019. Kini beliau dipinjamkan ke kelab Portimonense FC , sebuah kelab dari liga utama Portugal selama setahun dan terserah kepada keazaman pemain itu sendiri untuk kekal bermain di Liga Eropah , pentas permainan pantas dan memerlukan aspek fizikal serta mental yang kuat.

 

Kerana itu jugalah TMJ menyatakan peluang pemain muda Harimau Selatan seperti Arif Aiman dan Ramadahan Saifullah yang baru berusia 18 dan 19 tahun yang telah menunjukkan persembahan positif akan diberikan peluang yang seimbang  untuk bermain di Piala Malaysia dan kejohanan AFC Champions League (ACL).

Tetapi pemain muda ini terpaksa menunggu pada tahun hadapan kerana saingan JDT tidak dibenarkan keluar negara untuk aksi ACL peringkat kumpulan dan saingan Piala Malaysia yang telah dibatalkan oleh MFL.

2. Pendapatan JDT merosot 

TMJ mengumumkan bahawa kelab JDT telah kerugian  sebanyak RM 35 juta pada musim ini akibat penangguhan saingan Liga Malaysia dari bulan Mac sehingga Ogos kerana pandemik Covid-19.

Sekiranya JDT tidak bermain di ACL , kelab itu akan kehilangan pendapatan dari kejohanan itu. Menurut manual ACL , bonus USD50,000 akan diterima setiap kelab apabila memenangi perlawanan dan USD10,000 jika seri. Oleh itu, menerusi penyertaan di ACL tahun ini , JDT berjaya membawa pulang USD50,000 hasil dari satu kemenangan di peringkat kumpulan G

3. Kesan ke atas mata kelayakan ACL 

Kemenangan pasukan JDT ke atas pasukan lawan di ACL akan menyumbangkan mata dan  memberikan impak besar kepada pengiraan AFC MA Ranking Malaysia. Inilah cara untuk menaikkan ranking Malaysia diantara negara Asia Tenggara.

Kemenangan pasukan JDT keatas pasukan Suwon Samsung Bluewings bulan Mac lalu memberikan impak besar apabila tiga mata disumbangkan oleh JDT kepada pengiraan AFC MA Ranking Malaysia tetapi untuk kali ini ia tidak dapat dilakukan lagi.

4. Penaja akan menarik diri

JDT bertanding di peringkat kejohanan yang kompetetif. Sudah tentulah penajaan dari syarikat kongomelerat bertujuan untuk serampang dua mata meluaskan cabang perniagaan , mendapatkan rakan strategik atau pun klien yang berpotensi memberikan keuntungan kepada syarikat penaja.

Apabila JDT tidak bertanding di ACL kemungkinan penaja menarik diri pada musim hadapan. Ini kerana penaja tidak  mendapat faedah berganda yang boleh disalurkan semula kepada JDT untuk meningkatkan kualiti pasukan seperti pembinaan akademi , pusat kecergasan dan mendapatkan pemain-pemain yang berkualti tinggi.

5. JDT Boleh di kenakan hukuman oleh AFC

Terdapat satu laporan daripada portal News Straits Times , kemungkinan JDT bakal dikenakan hukuman daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berdasarkan artikel 6.2.5.3  dalam peraturan pertandingan disebabkan tidak hadir ke Doha.

Peraturan tersebut menyatakan pasukan yang telah menarik diri di peringkat kumpulan bakal dikenakan hukuman denda sebanyak US$50,000 (RM207,000) dan digantung 2 tahun daripada memohon lesen kelab AFC dan menyertai sebarang pertandingan anjuran organisasi bola sepak itu

Stuart Ramalingam , Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan pihaknya akan bertemu AFC untuk berbincang mengenai isu tersebut ke atas sebarang sekatan yang boleh diterima oleh JDT.

Diharapkan wakil FAM dapat berkomunikasi dengan pegawai AFC dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya demi melindungi kepentingan bola sepak kebangsaan terutama di peringkat ASIA.

6. Peminat Tepu Kerana Tiada Perlawanan JDT di ACL

Sudahlah kejohanan Piala Malaysia dibatalkan , maka tiadalah tontonan bolasepak untuk peminat tempatan. Peminat tidak kira dari negeri manapun , mahu menonton JDT yang mewakili Malaysia bermain di ACL.

Walaupun tidak dapat pergi ke Doha sebagai penyokong kerana COVID-19 ini , peminat akan tonton di saluran TV yang menyediakan perlawanan secara langsung.

Ini bermakna peminat Malaysia akan menumpang Liga Portugal untuk melihat Sapawi Rasid beraksi sahajalah.

 

Kongsi artikel ini