Bagaimana nak berikan definisi ‘Brendan Gan’? Untuk aksi di dalam padang, mudah untuk kami menghuraikan siapa Brendan Gan.
Beliau adalah pemain yang dikenali dengan etika dalam padang. Tak kenal erti putus asa dan sentiasa mengerah segala kudrat. Bak kata orang, takde nak simpan simpan.
Bagaimana pula di luar padang? Kami cuba huraikan siapa birthday boy yang juga merupakan tunjang kekuatan Harimau Malaya ini di luar padang pula.
1. Brendan Gan tidak pernah putus asa
Satu perkara yang pasti Brendan Gan adalah jenis individu yang tidak pernah putus asa. Ini selepas pemain ini dilanda dua kecederaan ACL sebelum ini
Kecederaan ACL adalah kecederaan yang paling digeruni oleh mana-mana pemain bola sepak. Kebarangkalian prestasi pemain untuk merosot teruk selepas kecederaan ACL – walau sekali – hingga terpaksa mengakhiri karier mereka, sangatlah besar.
Tetapi bagaimana pula jika pemain mendapat kecederaan ACL sebanyak dua kali? Bagi kes Brendan Gan, beliau berjaya menangani dan mengakhirinya dengan senyuman.
Kemudian ligamen lutut Gan terputus sekali lagi pada penghujung 2016. Kali ini dalam tugasan antarabangsa ketika menyarung jersi Harimau Malaya.
View this post on InstagramA post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on
Bercakap kepada FourFourTwo, Brendan mengakui kecederaan ACL kali kedua tersebut membuatkan beliau tertekan dari segi mental.
“ACL kedua ini hampir sama dengan yang pertama. Namun proses pemulihan lebih panjang kerana ada meniskus yang harus diperbaiki,” katanya.
“Secara mental, ianya adalah detik paling sukar dalam hidup saya. Jika saya duduk di Malaysia (sepanjang pemulihan) saya boleh jadi gila dan mungkin berhenti bermain bola sepak.”
Enggan berpeluk tubuh meratapi kecederaan tersebut, Brendan kembali ke Australia untuk menjalani rawatan. Usaha gigihnya terbukti terhasil apabila Brendan tampil sebagai pemain utama Perak selama dua musim ini, dan juga bersama pasukan kebangsaan.
Bayangkan sikap tidak pernah berputus asa Brendan Gan terhadap wanita yang disayangi dalam hidupnya. Brendan adalah seorang lelaki yang cekal dan tidak pernah berputus asa, satu kualiti yang digemari kebanyakkan wanita pada hari ini.
2. Seorang lelaki yang penyayang dan romantis
Tidak syak lagi, Brendan juga adalah seorang lelaki yang penyayang. Berdasarkan perkongsian beliau di Instagram, anda boleh melihat bagaimana Brendan begitu menghargai isterinya yang melahirkan zuriat buat mereka.
Baru-baru ini, Brendan dan isterinya baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5. Perhatikan tutur kata Brendan terhadap isterinya melalui perkongsian di atas.
View this post on InstagramA post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on
Ianya simple, tetapi cukup romantis untuk menyentuh hati dan perasaan mana-mana wanita untuk rasa dihargai. Terus terang cakap, bukanlah emas permata yang wanita kejar.
Cukuplah dengan seorang suami yang amat memahami pengorbanan seorang isteri seperti yang ditampilkan oleh Brendan Gan.
3. Brendan bapa penyayang
Brendan Gan juga adalah seorang bapa yang penyayang. Setiap wanita mahukan suami yang boleh menjadi seorang ayah yang penyayang kepada anak yang dilahirkan. Setiap anak juga mahukan seorang ayah yang sentiasa mengambil berat akan keperluan mereka.
Itulah ciri-ciri yang ditampilkan oleh Brendan. Bagi Brendan, kelahiran Koa Brooklyn adalah hari terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
View this post on InstagramA post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on
Beberapa hari selepas itu, Brendan Gan membantu Malaysia menewaskan Indonesia untuk menutup tahun 2019 dengan cemerlang bagi skuad kebangsaan.
“Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu membantu tetapi tugasan saya kini adalah bersama isteri.” kata beliau dalam satu temubual bersama Astro Arena sebelum ini.
“Saya perlu membantu isteri menguruskan keperluan harian. Ia sesuatu yang sangat mengujakan.
4. Komited, setia dan realistik
Satu perkara yang pasti juga ialah Brendan Gan adalah jenis lelaki yang setia. Beliau telah memberikan komitmen beliau kepada Malaysia untuk bola sepak antarabangsa, walaupun secara teknikal beliau boleh menunggu untuk dipanggil oleh Australia.
Baiklah, kita juga boleh melabel beliau sebagai realistik. Beliau tidak menunggu panggilan dari Australia kerana menyedari ianya sukar untuk beliau dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Australia.
View this post on InstagramA post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on
Ini bermakna Brendan sedar, Malaysia memberikan peluang yang lebih baik buat dirinya untuk aksi di pentas antarabangsa.
Komitmen Brendan bersama pasukan kebangsaan tidak payah kita ragui. Beliau seorang pemain yang cukup profesional.
Malah beliau sanggup meninggalkan keluarga, terutama anak lelaki yang baru berusia beberapa hari demi menyahut panggilan tugasan bersama pasukan negara di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum ini.
5. Tall, bright and handsome!
Jika mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dikenali sebagai jejaka “tall, black, and handsome”, maka Brendan Gan bolehlah dilabel sebagai jejaka “tall, bright and handsome!”
View this post on InstagramA post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on
Berkulit cerah, mempunyai ketinggian 1.8 meter, bersusuk tubuh tegap (walaupun bukan sado makan produk), Brendan adalah lelaki maskulin sejati idaman setiap wanita.
Penutup
Semalam sebenarnya jejaka idaman Malaya ini menyambut Hari Kelahiran ke-32. Happy Birthday Brendan Gan.
Doa kami semoga Brendan sentiasa bahagia ke anak cucu. Kami juga doakan karier Brendan turut akan pergi lebih jauh selepas ini, khususnya bersama Harimau Malaya!