5 Perkara Kejayaan Terengganu FC Lebur Rekod Kemenangan JDT Di Stadium Sultan Ibrahim

Kelab Johor Darul Ta’zim terpaksa akur dengan kekalahan kepada Terengganu FC setelah mereka ditewaskan 0-1 di Stadium Sultan Ibrahim , Nusajaya pada malam tadi.

Hakimi Abdullah menjadi wira kepada pasukannya setelah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 57 akibat kesilapan pemain pertahanan JDT ketika cuba mengeluarkan bola yang berdekatan di kotak penalti.

Pertemuan kelab Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC disifatkan sebagai pertemuan buku dan ruas kerana pasukan Harimau Selatan dalam usaha untuk mengekalkan rekod kebal di stadium mereka di samping mahu menjarakkan mata dengan Kedah yang berada pada tangga kedua.

Berikut adalah lima perkara mengenai kejayaan Terengganu FC yang telah menewaskan Johor Darul Ta’zim.

1. Anak buah Nafuzi Zain tidak gentar dengan status JDT

Separuh masa pertama , anak buah jurulatih berkenaan telah menunjukkan keyakinan tinggi dalam perlawanan tersebut. Pemain-pemain muda seperti Faisal Abdul Halim dan Nik Akif dan Hakimi Abdullah menjadi nadi dalam perlawanan itu selain daripada perancang kreatif Makan Konate.

Pada awal 10 minit pertama , gawang gol JDT telah diuji oleh penyerang Terengganu. Ini menunjukkan bahawa permainan ini tidak mudah untuk skuad Benjamin Mora.

2. Nafuzi Zain telah bersedia untuk menghadapi Johor Darul Ta’zim

Terengganu yang bangkit dari aksi tanpa kemenangan empat perlawanan yang lepas berjaya memperolehi kemenangan kedua ke atas KL City pada minggu lalu menghormati JDT kerana kelab berkenaan mempunyai statusnya yang tersendiri seperti di laporkan dalam akhbar.

Bagaimanapun jurulatih muda yang boleh dianggap sebagai jurulatih tersohor di masa depan telah pun menyiapkan skuadnya untuk membuat kejutan kepada Johor Darul Ta’zim walaupun beliau menyifatkan untuk menang di stadium Sultan Ibrahim adalah sesuatu yang mustahil.

3. Pasukan pertama memang di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim merupakan gelanggang baru baru pada awal tahun lepas dan belum ada lagi pasukan lawan yang menang di Stadium Sultan Ibrahim sehinggalah Terengganu berjaya melakukannya.

Gol dari pemain muda , Hakimi Abdullah , midfilder yang baru berusia 20 tahun akhirnya menyebabkan skuad Mora tersungkur di gelanggang sendiri.

4. Terengganu terus pamer aksi konsisten

Terengganu telah mencatatkan rekod kemenangan kali terakhir tewaskan JDT pada tahun 2018 dan terpaksa menunggu hampir tiga tahun untuk menewaskan kelab yang unggul dengan juara tujuh kali berturut Liga Super Malaysia itu semula.

Rekod pertemuan sebanyak 21 perlawanan dengan Terengganu menunjukkan betapa JDT berada dalam prestasi yang terbaik sekali.

Anak buah Nafuzi Zain kali ini bersiap sedia membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk menewaskan kelab Johor Darul Ta’zim kerana semua pasukan mahu menewaskan pasukan itu.

Taktikal Nafuzi Zain sudah semakin sebati dengan pemain-pemain Terengganu serta mendengar arahan jurulatih mereka dan berdisplin untuk menguasai bola antara faktor mereka mengecapi kemenangan pada ketika ini.

5. Bergson Da Silva tidak bernasib baik

Ayam tambatan JDT Bergson yang telah sedang menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Super Malaysia 2021 ini gagal menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Beberapa peluang yang diperolehi oleh beliau tidak dapat ditukar menjadi gol bagi Johor Darul Ta’zim.

Pertahanan yang berdisplin dan tidak membuat sebarang kesilapan mudah oleh Terengganu FC antara faktor penyerang pinjaman ini tidak dapat meraih sebarang gol.

Penutup

Terengganu merampas kedudukan tangga kedua dari Kedah dan merapatkan jurang mata dengan JDT dengan hanya kekurangan dua mata daripada Johor Darul Ta’zim pada perlawanan minggu ke 10.

Ini sudah pasti menjadi pertembungan yang amat menarik di antara tiga kelab apabila mewakili  Selatan , Timur dan Utara dalam menjadi juara Liga Super Malaysia 2021.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini