Kita telah pun memasuki bulan Februari pada tahun 2021. Bagi peminat dan penyokong khususnya bolasepak tempatan terpaksa bersabar dan terus menunggu lagi untuk menyaksikan aksi perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) oleh kelab-kelab yang menjadi kesayangan mereka.
Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang telah dilaksanakan pada 13 Januari 2021 dan terus disambung sehingga 18 Februari ini , Malaysia Football League (MFL) telah pun menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia pada 05 Mac 2021 ini.
MFL telah membuat keputusan untuk menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia bagi musim 2021 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di semua negeri kecuali Sarawak (PKP Bersyarat).
Baca lanjut ⤵#LigaMalaysia2021
— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 26, 2021
Semua kelab bolasepak tempatan terpaksa akur dengan perlaksanaan PKP 2.0 ini dan pemain-pemain juga tidak dapat berkumpul dan berlatih bersama-sama di bawah pengendalian jurulatih kelab.
Walau bagaimanapun , ia tidak mengganggu urusan lain kelab bola sepak dalam usaha memantapkan pasukan serta menyediakan persiapan terbaik untuk pasukan masing-masing.
Dalam masa yang sama terdapat juga kejayaan mahupun keributan yang melanda dalam kelab biarpun Liga Malaysia masih belum bermula lagi.
Berikut lima perkara terhangat yang sedang berlaku dalam arena bola sepak tempatan
1. Jersi home Selangor FC habis dijual dalam tempoh 48 jam
Tidak perlu menunggu masa yang lama , kelab Red Giants ini telah melancarkan jersi home rekaan terbaru pasukan Selangor FC bagi tahun 2021 pada 01 Februari yang lalu. Berinspirasikan rekaan jersi yang pernah digunakan oleh lagenda Allahyarham Mokhtar Dahari yang disarung ketika perlawanan akhir Piala Malaysia tahun 1986.
YANG DINANTI-NANTI TELAH TIBA!
Mempersembahkan, jersi home Selangor FC 2021. ❤️💚💛
Dapatkan sekarang di https://t.co/1uL9u0lUNk pada harga RM109 untuk edisi pemain. 10% diskaun kepada pemegang RGTC 2021.#RedGiants#85Years#CreatingALegacy pic.twitter.com/U65CDJSRCj
— Selangor FC (@selangorfc) February 1, 2021
Diinspirasikan dari tahun 1986 yang dimana kali terakhir Mokhtar Dahari menjulang piala bersama Gergasi Merah, Selangor melancarkan jersi utama mereka untuk 2021 sebentar tadi.
Qoute tweet ni dan nyatakan komen anda mengenai jersi ini. Mula!
GAMBAR: @selangorfc pic.twitter.com/eFXt2OVmWF
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 1, 2021
Tempahan jersi legasi Mokhtar Dahari sebanyak 6000 helai itu telah habis dijual melalui online dalam tempoh 48 jam sahaja dan Selangor FC menambah lagi 1,600 helai stok baharu di kedai atas talian Selangorfc.com untuk mereka yang tidak berkesempatan membeli jersi keramat itu.
Laku Keras! 6000 Helai Jersi Home 2021 Selangor Sudah Habis Dijual Dalam Tempoh 48 Jamhttps://t.co/MOEzKy5dl3
— VOCKET FC (@vocketfc) February 4, 2021
Selangor FC merupakan pasukan pertama yang melancarkan jersi home pasukan bagi musim 2021 ini.
2. FIFA arahkan Pahang bayar tunggakan gaji Mohamadou Sumareh RM4.9 juta.
#NSTsports #FIFA have ordered Pahang FA #PFA to pay their former player, Mohamadou Sumareh US$1.2 million (RM4.9 million).https://t.co/VwOgiFIt2M
— New Straits Times (@NST_Online) February 6, 2021
Pada hari semalam , New Straits Times telah berkongsi berita ini dalam laman portal beritanya. Perkembangan terkini perkara itu sekaligus mengheret Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) ke satu masalah yang tidak sepatutnya berlaku di waktu kantung kewangan yang meruncing disebabkan tiada sumber kewangan kukuh ekoran pandemik Covid-19 ini.
FIFA: Pahang Ada 45 Hari Untuk Bayar RM4.9 Juta Kepada Sumareh https://t.co/WjaeJTvjwR pic.twitter.com/91wiLK2pA6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 6, 2021
Pemain naturalisasi negara ini bertindak meninggalkan pasukan Pahang pada Ogos tahun lalu ekoran beliau tidak mendapat pembayaran gaji sebulannya dan menyebabkan klausa 8.7 diaktifkan.
KRONOLOGI KES SUMAREH VS PBNP
4 OGOS 2020
Mengikut kenyataan dari FAM pada 22 September 2020, Sumareh menghantar surat kepada PBNP mengaktifkan klausa 8.7 yg mengatakan bahawa pemain boleh membatalkan kontrak sekiranya gaji tidak dibayar lebih dari satu kali. #OptaJ pic.twitter.com/LzWcJqPayb— OptaJ (@OptaJ_Analytics) February 6, 2021
Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) akan membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam menghadapi kes ini.
Pahang akan buat rayuan ke CAS dalam masa 10 hari berhubung keputusan FIFA terhadap PBNP yang diarahkan untuk bayar US$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain Mohamadou Sumareh membabitkan isu tunggakan gaji.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 6, 2021
3. Permohonan kelonggaran untuk Sektor Sukan dan Rekreasi dalam tempoh PKP oleh KBS
Adalah besar pengharapan pemain industri sektor sukan dan rekreasi Malaysia diberikan kebenaran untuk menyambung semula sektor perniagaan mereka semula yang sangat terjejas ekoran perlaksanaan PKP ini.
Hari ini, seperti mana saya maklumkan tempoh hari, pasukan KBSMalaysia telah membentangkan permohonan kelonggaran untuk Sektor Sukan dan Rekreasi dalam tempoh PKP di Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan. pic.twitter.com/HO8OTgDN1y
— Reezal Merican (@reezal_merican) February 4, 2021
Ini termasuklah industri bola sepak tempatan yang sangat terjejas dan banyak memberikan impak negatif khasnya kepada bolasepak Malaysia.
5 Cara Kerajaan Boleh Bantu Bina Semula Ekosistem Bola Sepak Negara https://t.co/qI1TLPPZz0 pic.twitter.com/3FPxPYBuY6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 3, 2021
Dengan merancakkan kembali sektor sukan dan rekreasi semula melalui Standard Prosedure Operation (SOP) dalam bentuk norma yang baharu membuatkan usahawan sektor ini menarik nafas lega membolehkan mereka meneruskan perniagaan semula.
Malaysian Football League ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dalam mempertimbangkan cadangan kelonggaran aktiviti sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).#MFL pic.twitter.com/D32hpHRzNV
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 5, 2021
Bola sepak Malaysia mestilah diteruskan semula walaupun pandemik ini masih berlaku kerana terdapat banyak pihak dan individu yang terlibat mencari makan (sumber rezeki) dalam aktiviti ini.
4. Kelab JDT pinjamkan pemain ke Newcastle Jets FC Australia
Penyandang juara tujuh kali MSL berturut-turut telah meminjamkan pemain mereka ke sebuah kelab di Australia selama satu musim.
Ini merupakan kali pertama kelab JDT menghantar pemain mereka ke negara yang terkenal dengan pemain lagenda mereka seperti Mark Viduka dan Harry Kewel
Johor Darul Ta'zim FC have loaned Syahrian Abimanyu and Liridon Krasniqi to Australian club Newcastle Jets.
We signed Syahrian at the end 2020 as a long-term signing and this move is in line with aspirations to develop the player over the next few years.
[1/2] pic.twitter.com/3rGqRe1xF2
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 5, 2021
Pemain naturalisasi Liridon Krasniqi dan ubi muda dari Indonesia Syahrian Abimanyu adalah pemain yang akan mewakili kelab Newcastle Jets untuk mendapatkan pengalaman baru dan minit permainan yang banyak buat mereka berdua.
𝐒𝐈𝐆𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐖𝐒 | Another one… meet Liridon Krasniqi 🔥
➡ https://t.co/FbJeJqWQAV#ALeague #NTUA #NeverTearUsApart pic.twitter.com/v0gbP3OCLL
— NEWCASTLE JETS FC ✈️ (@NewcastleJetsFC) February 5, 2021
𝐒𝐈𝐆𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐖𝐒 | Meet our latest loan player, Syahrian Abimanyu 🔥
➡ https://t.co/Rw0zynfurg#ALeague #NTUA #NeverTearUsApart pic.twitter.com/WLaPea11qx
— NEWCASTLE JETS FC ✈️ (@NewcastleJetsFC) February 5, 2021
5. TRW Kelantan FC tangguh pelancaran jersi dan pemain baru musim 2021
Kelab Bola Sepak Kelantan (TRW Kelantan FC) terpaksa membatalkan pelancaran jersi baharu dan memperkenalkan pemain mereka pada hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 18 Februari ini.
Perkembangan itu disahkan melalui laman facebook rasmi TRW Kelantan FC oleh pengurus operasi yang hanya dikenali sebagai Jay Jay dan mereka akan mengumumkan satu tarikh baharu kepada penyokong dalam sedikit masa lagi.