Riuh kedai mamak pada awal pagi tadi. Menariknya bukan oleh fans Man Utd sahaja. Sekali fans Liverpool sekali ikut teruja. Tidaklah perlu saya jelaskan mengapa. anda semua pasti lebih jelas.
Melihat kegembiraan ramai peminat sukan bola sepak, khususnya penyokong Man Utd, ingin saya coretakan beberapa perkara yang saya nilai hasil kemenangan pada malam tadi.
Saya adalah seorang Kopites, hidup mati ku YNWA. Tetapi tidak salah rasanya saya meluahkan sedikit penilaian peribadi terhadap permainan Man Utd dalam perlawanan Manchester Derby pada malam tadi.
Terima kasih Grandstand Kita kerana memberikan laluan kepada saya.
Gelombang Bruno landa United
Tidak dapat dinafikan nama Bruno Fernandes telah menjadi tumpuan penyokong-penyokong Red Devils di seluruh dunia sejak ketibaannya pada Januaru lalu.
Tetapi ramai pemerhati menunggu untuk detik seperti perlawanan pada malam tadi untuk melakukan penilaian.
Manchester City menghadirkan saingan paling sukar buat United sejak ketibaan Fernandes. Penyokong yang menyaksikan perlawanan itu di Old Trafford dan di rumah pasti mahu melihat Fernandes sekali lagi menjaringkan gol atau menghasilkan assist.
Bruno Fernandes has been directly involved in more Premier League goals than any other player since making his debut (5).
❍ 5 games
❍ 2 goals
❍ 3 assistsWhat. A. Signing. pic.twitter.com/B9pLJebCWm
— Squawka Football (@Squawka) March 8, 2020
Fernandes menunaikan permintaan itu, hasil fokus yang tajam menghidu detik terbaik dengan menghasilkan chip cantik memerangkap benteng pertahanan City.
Hasilnya, bola tepat singgah di kaki Martial, dan percubaan pemain Perancis itu menghasilkan gol pertama perlawanan yang cukup signifikan untuk perlawanan derbi sebegini.
Adakalanya sesebuah pasukan memerlukan seorang pemain untuk mencetuskan kebangkitan sesebuah kelab. Impak yang dihadirkan Bruno mengingatkan keterujaan penyokong Liverpool terhadap Mohamed Salah ketika baru tiba dari Roma.
Setiap sentuhan Salah menjadi sensasi pada ketika itu. Demikianlah juga Bruno di United.
Kebergantungan kepada Kevin de Bruyne
Dari sudut Manchester City pula, ketiadaan Kevin de Brune dalam perlawanan ini telah memberikan kesan yang besar kepada prestasi pasukan secara keseluruhan.
Apabila pasukan mulai bergantung terlalu banyak kekepada seseorang pemain, ia membuatkan sukar untuk pasukan tersebut mengadaptasi kepada situasi tersebut.
Jika ada perkara yang United boleh pelajari ialah supaya tidak bergantung kepada kemampuan Fernandes semata-mata selepas ini.
Sukar untuk membayangkan impak yang akan dihadapi City sekiranya De Bruyne memilih untuk angkat kaki berikutan hukuman FFP oleh UEFA.
📊| Kevin De Bruyne for Manchester City:
👕 Appearances: 208
⚽️ Goals: 50
🅰️ Assists: 81
🏆 Trophies: 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆 pic.twitter.com/kjvnTCrPXx— City Chief (@City_Chief) February 29, 2020
Dalam perlawanan menentang United pada tengah malam tadi misalnya, City hilang kreativiti yang diperlukan untuk menghukum United di zon akhir serangan.
De Bruyne menghasilkan 20 assist dan 8 gol dalam semua pertandingan pada musim ini. Mana-mana gergasi eropah pasti akan berminat untuk mendapatkan pemain dengan kaliber sebegini.
Dilema sama dihadai Liverpool ketika pemergian Philippe Coutinho ke Barcelona beberapa musim lalu. Namun di bawah kendalian Jurgen Klopp, sistem baharu diwujudkan – dengan setiap pemain memiliki keupayaan tersendiri.
Squad depth turut diperkasakan dengan ketibaan pemain seperti Naby Keita, Shaqiri dan Fabinho untuk membantu kapten Henderson Wiljnaldum di bahagian tengah.
Jangan juga dilupakan impak Origi tatkala pemain seperti Salah dan Sadio Mane dirantai rapi oleh pemain lawan.
Phil Foden tenggelam
Masih lagi mengenai masalah yang dihadapi oleh City. Dengan ketiadaan De Bruyne, Guardiola seperti mahu pemain muda seperti Phil Foden untuk membuktikan keupayaan dirinya.
Baiklah. Pada pemerhatian penulis, Guardiola gagal menggunakan Foden dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemain muda seperti Jadon Sancho yang memilih untuk berhijrah keluar daripada Etihad.
Dalam perlawanan menentang United, Guardiola mengarahkan Foden beraksi sebagai pemain sayap. Nyata sekali pemain berusia 19 tahun ini gagal menyerlah dari posisi tersebut.
Lifelong Blue starting for City in the Manchester Derby…
The stage is yours, young man 💙
🔵 #MUNMCI #ManCity pic.twitter.com/dWi8Opft1l
— Manchester City (@ManCity) March 8, 2020
Jika benar Guardiola mahu memberikan pemain muda pendedahan untuk mengembangkan bakat Foden, maka sepatutnya Guardiola mengarahkan pemain ini beraksi lebih ke bahagian tengah untuk mengekspresikan dirinya.
Mengarahkan Foden beroperasi dari bahagian sayap tidak akan memberikan sebarang kelebihan buat pemain itu sendiri, pasukan, mahu pun Guardiola.
Di bawah kendalian Mourinho, inilah perkara yang berlaku kepada United. McTominay misalnya pernah diarah untuk beraksi sebagai bek kanan dan pertahanan tengah.
Manakala pemain seperti Fred diarah beraksi sebagai pemain tengah bertahan sekaligus menghadkan kreativiti dan sifat kombative pemain dari Brazil ini.
Martial semakin klaim No.9 miliknya
Sudah terbukti jika anda memberikan masa secukupnya kepada Anthony Martial di barisan hadapan, maka beliau akan memberikan anda gol yang diperlukan.
Sehingga kini, Martial telah menjaringkan 15 gol dan menghasilkan lima assist dalam semua pertandingan pada musim ini.
Prestasi cemerlang pemain Perancis ini bermakna kini terpulang kepada Ole Gunnar Solksjaer untuk mencari keseimbangan diantara Martial dan Marcus Rashford yang turut telah menyumbang 19 gol dan lima assist di semua pertandingan.
Anthony Martial in 2019-20:
👥 – 34 appearances (90s: 28)
👤 – 30 starts
⚽ – 16 goals
🎯 – 5 assistsIn 28 appearances worth of minutes Martial has 21 goal contributions. Considering he was injured earlier this year and is in an inconsistent team that is an excellent return. pic.twitter.com/UEpPGIjSLM
— UtdArena. (@utdarena) March 8, 2020
Dengan adanya pemain sokongan yang lain, Martial dan Rashford boleh bersilih ganti memainkan peranan sebagai penyerang utama dalam sastu-satu musim – untuk mewujudkan persaingan dan mengurangkan risiko kecederaan, selain memastikan pemain sentiasa cergas secara optoimum untuk diturunkan.
Dengan ketiadaan Rashford, buat masa ini Martial dilihat selayaknya menyarung jersi No.9 United. Perkara paling penting, Solksjaer tahu sistem serangan yang beliau mahukan untuk United.
Musim depan yang menarik
Terlalu awal untuk melabel Manchester United mampu tampil sebagai pencabar kejuaraan liga pada musim hadapan.
baiklah, marilah kita jujur. Liverpool dan City harus kekal sebagai pilihan dengan DNA bola sepak yang telah dibina sejak beberapa musim yang lalu.
Namun dari segi persaingan, United kini boleh dianggap telah melakukan beberapa penambahbaikan terutama sejak jendela musim panas yang lalu.
How the top 6️⃣ look 👀 pic.twitter.com/zkdwTWAQSF
— Premier League (@premierleague) March 8, 2020
Begitu juga dengan Chelsea kendalian Frank Lampard yang kini dibenarkan kembali aktif di pasaran pemain selepas pergantunggan dua jendela perpindahan.
Musim ini, ia kelihatan terlalu mudah buat Liverpool. Apa-apa pun, ia pasti akan menjadi musim yang lebih kompetitif pada musim hadapan untuk semua pasukan bertanding.
Penutup
Artikel ini adalah pandangan peribadi saya selepas melihat kegembiraaan rakan-rakan penyokong Man Utd dalam perlawanan malam tadi.
Suasana jauh sekali berbeza dengan pertemuan kedua-dua pasukan pada musim lalu. Benar, ramai penyokong Man Utd mahu pasukan mereka sendiri kalah kepada City ketika itu. Anda semua tahu kenapa.
Only Liverpool have gained more PL points (12) than Man Utd (11) since Bruno Fernandes made his debut.
Unbelievable impact. 🇵🇹🎩 pic.twitter.com/wXZ4pBBzGN
— Statman Dave (@StatmanDave) March 8, 2020
Tetapi untuk komentar yang adil, momentum pada musim lalu sememangnya milik City. United bukan sengaja kalah, dan tidak juga sengaja menang kali ini. Mereka sentiasa mahu menang.
Saya yakin United akan kembali tampil kompetitif selepas ini. Sebagai pesaing, kami turut merindui United sebenar yang lama hilang.
Sehingga itu, izinkan kami meraikan kejuaraan pertama dalam tempoh 30 tahun selepas beberapa perlawanan sahaja lagi.
Untuk kemenangan ini, terima kasih saya ucapkan dari lubuk hati seorang penyokong Liverpool.
WE ARE RIVALS, NOT ENEMIES ——–pinjam motto Abang Axello idola!
Nota editor: Artikel ini telah ditulis oleh seorang penyokong tegar Liverpool yang enggan dinamakan, telah disunting dan diterbitkan di Grandstand Kita dengan kebenaran.