5 Perkara Daripada ‘Bundesliga Restart’ – Bola Sepak Pasca ‘Lockdown’

Kebanyakkan kerajaan di seluruh dunia mulai mengendurkan peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau pun perintah berkurung (lockdown) di negara masing-masing.

Di Jerman misalnya, aktiviti ekonomi sudah dibenarkan untuk kembali, dan sekolah-sekolah turut akan dibuka semula.

Walaupun segala aktiviti tampak akan kembali kepada normal, namun beberapa norma baharu dalam kelakuan seharian tidak boleh dielakkan. Perkara sama juga berlaku di saingan Bundesliga yang kembali pada awal pagi tadi.

Berikut adalah 5 perkara dan norma baharu yang kita rangkumkan selepas perlawanan pada malam tadi.

1. Bola sepak hilang aset terbesar

Tidak seperti kebiasaan, saingan bola sepak di Bundesliga kehilangan aset terbesar mereka iaitu penyokong apabila saingan dimulakan kembali semalam.

Sigbal Iduna Park adalah stadium terbesar di Jerman, dan perlawanan diantara Borussia Dortmund vs Schalke dalam Rivierderby kali ini berlangsung tanpa kehadiran penyokong.

Sepeti biasa dalam mana-mana perlawanan derbi, kawalan keselamatan kebiasannya akan diperketatkan.

Namun suasana di luar stadium sebelum perlawanan kekal tenang, dengan hanya kehadiran wartawan dan masrshall bertugas.

2. 4 buah bas digunakan

Tidak seperti kebiasaan, empat buah bas telah digunakan untuk membawa dua pasukan yang akan berentap ke setiap venue perlawanan akan digunakan.

Langkah ini adalah demi memastikan penjarakan sosial turut diamalkan ketika pemain berada dalam perjalanan ke stadium, dari hotel yang disediakan dan dimana pemain akan dikumpul sehingga tamat saingan.

Bagaimana pula jika perlawanan memerlukan penerbangan?

“Pasukan dibenarkan menaiki pesawat ketika ini, tetapi kita memerlukan pesawat yang ada 100 tempat duduk,” kata Pengurus Fortuna Dusseldorf, Uwe Rosler sebelum ini.

3. Penjarakan sosial

Bercakap mengenai penjarakan sosial, pihak kelab dan tuan rumah harus menyediakan persekitarn yang bersesuaian mengikut keperluan venue perlawanan masing-masing.

Di Signal Iduna Park misalnya, tempat duduk bangku pemain simpanan telah dijarakkan antara satu ama lain, dan pemain dikehendaki sentiasa menggunakan telikup muka.

Red Bull Salzburg pula terpaksa meminjam tangga daripada Lapangan Terbang Leipzig/Halle untuk ditempatkan di Red Bull Arena.

Ia berfungsi sebagai laluan penyambung dari bilik persalinan pemain demi memastikan penjarakan sosial 1.5 meter diamalkan.

Temubual dengan stetsen TV juga turut dilakukan mengikuti peraturan penjarakan sosial seperti yang termaktub di dalam peraturan.

4. Peraturan ketat

Ketua Jurulatih Augsburg, Heiko Herllich akan terlepas perlawanan pertama Bundesliga apabila ianya dimulakan kembali pada hujung minggu ini, selepas keluar meninggalkan hotel untuk membeli ubat gigi.

Herrlich yang sepatutnya membimbing pasukannya berhadapan Wolfsburg pada Sabtu berkata beliau telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Bundesliga kerana keluar pergi ke kedai.

Kenyataan daripada kelab pula berkata pemain dan kakitangan lain termasuk jurulatih akan menjalani ujian saringan, dan Herllich akan dibenarkan kembali menyertai pasukan selepas dua keputusan negatif.

Bundesliga tidak akan berkompromi dalam segala peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Augsburg tewas 1-2 kepada Wolfsburg pada malam tadi.

5. Haaland tetap hangat

Tidak boleh dinafikan tumpuan peminat dan penyokong Bundesliga akan tertumpu kepada pemain muda, Erling Haaland dalam memabantu pasukannya menyanyingi Bayern Munich di puncak liga.

Selepas kemenangan pada malam tadi, Dortmund kini hanya dipisahkan oleh satu mata dibelakang pendahulu. Bayern berpeluang melebarkan kembali kedudukan sekiranya menang menentang Union Berlin pada malam ini.

This is what the table looks like after today's #BundesligaMD26 fixtures! 😍 or 🤬? 🤔

Posted by Bundesliga Official on Saturday, 16 May 2020

Haaland menjaringkan gol pertama untuk Dortmund, dan terlibat dengan gol ketiga pasukannya untuk membelasah Schalke 4-0.

Jika diamati, kedudukan tempat pertama sehingga keempat Bundesliga sebenarnya sengit, dan masih menawarkan saingan hangat ramai penyokong bola sepak harapkan.

 

Kongsi artikel ini