Alisson telah menjaringkan gol kemenangan dengan sangat bergaya sekali melalui ‘flick header’ di masa kecederaan sekaligus memberikan tiga mata kepada Liverpool menewaskan West Brom 1-2 di gelanggang lawan.
Penjaga gol dari Brazil ini naik ke atas selepas mendapat keizinan daripada jurulatihnya , Jurgen Klopp untuk memberikan sedikit sinar harapan selepas barisan serangan buntu untuk mendapatkan gol kemenangan daripada pasukan yang berada di tangga ke dua tercorot.
FULL-TIME!
Alisson's stunning header deep into injury time seals Liverpool a 2-1 victory over West Brom at the Hawthorns!
Reaction on Sky Sports PL and 👇
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 16, 2021
Melalui sepakan sudut sebelah kanan yang diambil oleh Alexander-Arnold , bola itu datang pada masa dan arah yang tepat untuk Alisson melompat dan membuat flick header membuatkan Sam Johnstone tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
The goalkeeper is playing, not standing in the goal 🧨🇧🇷🧤 Alisson 💪 pic.twitter.com/6cyph7lSgJ
— Pawel Kowalski (@PawelKowalskiGK) May 16, 2021
Kemenangan ke 18 Liverpool menyaksikan ada sisa harapan untuk bersaing dalam Liga Juara-juara Eropah pada musim hadapan. The Reds kini berada di tangga ke lima dengan pungutan 63 mata di bawah Chelsea. Kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan satu mata dengan berbaki dua perlawanan lagi.
Allison Becker mencetak namanya sebagai penjaga gol yang ke enam yang telah menjaringkan gol di dalam Premier League bermula pada tahun millenium (2000)
⚽ Goalkeepers to score in PL:
Peter Schmeichel – 2001
Brad Friedel – 2004
Paul Robinson – 2007
Tim Howard – 2012
Asmir Begovic 2013
ALISSON – 2021 pic.twitter.com/qwGPHe14cp— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) May 16, 2021
Berikut lima penjaga gol yang telah menjaringkan gol menakjubkan untuk dikenang dalam sejarah bola sepak masa kini.
1. Peter Schmeichel.
Lagenda penjaga gol Manchester United ini tidak pernah menjaringkan gol semasa menjaga gawang Setan Merah sepanjang kariernya dalam Liga Premier. Tetapi gol untuk beliau ini hadir semasa beliau mewakili kelab Aston Villa pada tahun 2001.
The first ever #PL goal scored by a goalkeeper! 👀
Peter Schmeichel v Everton back in 2001…#GoalOfTheDay #AVFC pic.twitter.com/1RE80in9XI
— Aston Villa (@AVFCOfficial) April 7, 2020
2. Brad Friedel
Penjaga gol Amerika ini juga hampir menjadi wira untuk pasukannya Blackburn Rovers pada tahun 2004 untuk mencuri satu mata ketika perlawanan menentang Charlton.
Goalkeeper Brad Friedel made 450 #PL appearances and scored 1️⃣ goal
👀 It came #OnThisDay in 2004 pic.twitter.com/2011PQTlJc
— Premier League (@premierleague) February 21, 2020
3. Paul Robinson
Bekas penjaga gol Spurs ini menjaringkan gol dari satu jarak yang tidak terduga. Mana tidaknya , dalam perlawanan menentang pasukan Watford , Robinson mengambil sepakan percuma yang jauh dari gawang lawan dan beliau hanya memikirkan untuk menghantar bola itu ke bahagian depan bagi membuka peluang penyerangnya menjaringkan gol.
Everyone loves a goalkeeper scoring! Enjoy Paul Robinson's goal v our next opponents @WatfordFC from 2007… 🙌 #COYS pic.twitter.com/NJJWGstHrT
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) December 30, 2016
Namun sepakannya mungkin terlalu kuat sehingga sampai ke kotak penalti Watford dan Ben Foster tidak menjangkakan bahawa bola yang terlebih dahulu melantun ke tanah itu terus melambung dan masuk ke gawangnya. Ia seperti perkara yang memalukan kerana penjaga gol itu tidak seperti bersedia dan fokus sepenuhnya apabila menghadapi situasi berkenaan.
Ia agak memalukan dan Watford tewas dengan Spurs 3-1 di White Hart Lane pada ketika itu.
4. Tim Howard
Tim Howard telah memalukan Adam Bogdan melalui satu sepakan daripada kotak penaltinya sendiri yang memerangkap penjaga gol Bolton itu.
Tim Howard's 100 yard goal pic.twitter.com/pqyUdB14EY
— Golazo Goals (@GolazoGoals) July 11, 2015
Gol dari jarak 91.44 meter sangat menakjubkan tetapi Everton tetap tewas juga setelah Bolton Wanderes bangkit kembali dengan jaringan 2-1 oleh David Ngog dan Gary Cahill.
5. Asmir Begovic
Penjaga gol dari Bosnia ini bukan setakat menjaringkan gol yang pertama dalam karier professional tetapi , beliau telah dimasukkan dalam catatan Guiness Book Of Record kerana menjaringkan gol dalam jarak yang paling jauh sekali. Gol itu telah dilakukan semasa Begovic mewakili kelab Stoke City ketika menentang Southampton dan mendapat keputusan seri 1-1.
On this day in 2013 Asmir Begovic broke the record for the longest goal in football history #SCFC #TBPTVpic.twitter.com/zdGw2EWR1E
— The Bear Pit TV (@TheBearPitTV) November 2, 2020
Gol itu merupakan gol terpantas yang pernah dilakukan oleh penjaga gol yang hanya memerlukan 13 saat selepas sepak mula dilakukan. Gol Begovic juga agak unik kerana lantunannya jejak ke tanah di luar kawasan penalti sebelum ia melambung agak jauh dengan bantuan angin dan masuk ke gawang gol Southampton.
Penutup
Reaksi Allison Becker kepada gol ini sangat mengharukan dan ia ditujukan kepada mendiang ayahnya yang mati lemas pada beberapa bulan lalu.
Alisson says he couldn’t have gotten through the last couple of months if it wasn’t for all the support from his team, other teams, players and managers.
One of the moments of the season, his goal and this interview. pic.twitter.com/8jCyUFpAgs
— Viktor Fagerström (@ViktorFagerLFC) May 16, 2021
“Ia gol yang cantik untuk saya.” kata Allison selepas perlawanan itu.
Beliau tidak akan melupakan kepada rakan sepasukan termasuk pengurusan kelab yang banyak memberikan sokongan ketikan menghadapi saat yang sukar.