5 Pemain Yang Akan Menyinar Hebat Era Carlo Ancelotti 2021/2022

Carlo Ancelotti telah kembali ke Real Madrid berikutan pemergian Zinedine Zidane. Pengurus dari Itali itu yang terpaksa melepaskan jawatannya serta-merta di Everton berikutan tidak dapat menolak pelawaan Presiden Real Madrid untuk menjadi pengurus yang baharu .

Ancelotti sebelum ini berjaya menguruskan Real Madrid dan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama mereka selama dua tahun dari 2013 hingga 2015.

Beliau juga memenangi Copa Del Rey, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab pada masa itu dan dipuja oleh penyokong setia Santiago Bernabeu.

Kembalinya ke Real Madrid semula pasti dia akan cuba membentuk pemain muda menjadi hebat dan berkongsi hubungan kerja yang baik dengan presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Pemain seperti Angel Di Maria dan James Rodriguez adalah pemain hebat yang dibawa masuk olehnya dan mempertahankan reputasi untuk membina karekter setiap pemain yang berada dibawah bimbingannya.

Dengan menoleh ke hadapan mari kita lihat lima pemain Real Madrid yang mampu mencapai kemuncak karier di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

1. Isco Alarcon

Isco salah seorang pemain yang jarang-jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama semasa di bawah pengurus Zinedine Zidane. Isco lebih banyak memanaskan bangku simpanan kerana Zidane sentiasa mengutamakan kepada pemain yang menjadi kegemarannya.

Isco telah diberitahu oleh kelab yang dia boleh meninggalkan kelab untuk mencari pasukan baru pada musim panans ini tetapi dengan pemergian Zidane dan kembalinya Ancelotti , ia pasti sesuatu yang mengembalikan semangat dan kegembiraannya.

Isco menjadi pemain penting pasukan Real Madrid semasa di bawah pengendalian Carlo Ancelotti. Dia telah menjaringkan 17 gol dan memberikan  21 assist dalam 106 penampilan di bawah pengurus Itali itu.

Kini pemain ini telah berusia 29 tahun itu dan menunggu untuk diberikan peluang kedua di Real Madrid oleh Ancelotti semula.

2. Marco Asensio

Carlo Ancelotti suka bekerja dengan pemain tengah menyerang yang menggunakan kekuatan kaki kirinya dan Ancelotti tahu bagaimana meletakkan Asensio di posisi yang tepat. Pemain seperti Gareth Bale, Angel Di Maria dan James Rodriguez menikmati tahun terbaik mereka di Real Madrid semasa di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

3. Fede Valverde

Fede Valverde dianggap jentera penting di bahagian tengah Real Madrid. Memandangkan Luka Modric berusia 35 tahun dan tidak mungkin bermain secara kerap Los Blancos pasti menggunakan Valverde dalam kesebelasan utama.

Semasa musim terbaiknya untuk Real Madrid musim lalu sebelum dihimpit krisis kecederaan , Valverde menjadi bahagian penting dari di garis tengah Real Madrid. Beroperasi lebih tinggi di atas padang daripada Kroos dan Modric dan sering membina serangan dari sebelah kanan padang.

Valverde bergerak bebas membolehkannya dia mendapatkan bola di bahagian tengah dan mampu berperanan sebagai pemain ‘box to box’.

4. Rodrygo Goes

Rodrygo Goes boleh dikatakan pemain sayap terbaik di Real Madrid sekarang. Semasa tugas terakhir Ancelotti sebagai pengurus Los Blancos beliau dapat mengubah Angel Di Maria dari pemain sayap menjadi salah satu penyerang terbaik di Eropah. Seperti Di Maria , Rodrygo juga mampu beroperasi di kedua-dua bahagian itu.

Pemain berusia 20 tahun itu masih mentah dalam permainan tetapi pengalaman Ancelotti yang luas akan membantunya mengatasi kekurangan itu dan menjadi pemain yang terbaik dalam generasinya.

5. David Alaba

David Alaba adalah salah satu pemain pertahanan terbaik di dunia dan pemain Austria yang serba boleh kini telah menyertai Real Madrid dari Bayern Munich.

Seperti kebanyakan pengurus hari ini , Ancelotti sangat suka pemain pertahanan yang mampu mencorakkan permainan dan kemampuan teknikal Alaba akan dimanfaatkan dengan baik.

Alaba biasa bermain di bek kiri dan suka naik ke atas semasa Carlo Ancelotti di Bayern Munich. Namun posisinya kini di bek tengah bagaimanapun sekiranya Marcelo meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini kemungkinan Alaba akan beraksi di pertahanan kiri semula.

Penutup

Apakah kelima-lima pemain ini mampu menyinar dengan bimbingan Carlo Ancelotti. Kemungkinan ada kerana mereka sangat bertuah kerana mendapat seorang jurulatih yang telah berpengalaman luas dan mempunyai reputasi yang tinggi.

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email