5 Pemain Terbaik Dunia Menurut Messi, Tanpa Dirinya Dan Cristiano Ronaldo

Lionel Messi telah menamakan lima pemain terbaik dunia pilihan beliau.

Bercakap kepada Marca, Messi diminta menyenaraikan lima pemain terbaik dunia tanpa dirinya sendiri dan juga Cristiano Ronaldo.

Ronaldo sudah tidak beraksi di La Liga. Namun Messi berpendapat pemain dari Portugal itu masih lagi dua pemain terbaik dunia termasuk dirinya sendiri.

Messi juga berpendapat ianya sukar bagi Ronaldo menewaskan beliau untuk trofi kejuaraan sepanjang mereka beraksi bersama di La Liga.

“Ia amat baik untuk Cristiano Ronaldo beraksi di La Liga kerana prestij yang beliau miliki, walaupun ianya sukar untuk beliau memenangu kejuaraan.”

Tanpa dirinya dan Ronaldo, ini adalah lima pemain terbaik dunia menurut Messi.

Mereka adalah Neymar, Sergio Aguero, Kylian Mbappe, Eden Hazard, and Luis Suarez..

Messi memainkan peranan penting dalam membentuk gandingan ‘MSN’ di Barcelona, dan Messi, Suarez dan Neymar memenangi treble bersama-sama pada 2015.

Rakan senegara, Sergio Aguero turut disenaraikan oleh Messi – juga beraksi dengan kerap dengan Messi ketika tugasan antarabangsa.

Dua lagi nama ialah pemain muda, Kylian Mbappe dan juga Eden Hazard yang memilih untuk berhijrah ke La Liga daripada Chelsea pada musim panas lalu.

 

Kongsi artikel ini