Pada jam 12.45 pagi , 04 Jun 2021 bersamaan dengan hari Jumaat , pertembungan diantara Harimau Malaya dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan berlangsung di saluran RTM dan Astro Arena dalam saingan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Hari Perlawanan!
UAE π¦πͺ lwn π²πΎ MALAYSIA
Sepak mula perlawanan di Stadium Zabeel, Dubai jam 8.45 malam ini (Waktu UAE), bersamaan jam 12.45 tengah malam ini (Waktu Malaysia).
Saksikan siaran langsung di @tv1_rtm dan @ASTROARENA#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/LR7FNY6PsJ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 3, 2021
Sudah pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan oleh seluruh peminat tanah air Malaysia yang akan diadakan di Zabeel Stadium , Dubai dan peminat mengharapkan keputusan positif berpihak kepada Harimau Malaya.
Pasukan Tan Cheng Hoe berkampung di Dubai semenjak 20 Mei 2021 yang lalu dan telah pun mengadakan perlawanan pemanas badan di antara pasukan dari Asia Timur Tengah iaitu Kuwait dan Bahrain.
Liridon, Junior & Dominic Sertai Latihan Pertama Skuad Harimau Malaya Di Dubai
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menjalani latihan pertama di Dubai, UAE, malam tadi disertai 3 pemain yang baru melapor diri.
Lagi gambar di https://t.co/l4R3MGaFmp#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/fhcZwP9i8z
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 20, 2021
Bagaimanapun keputusan perlawanan pemanas badan itu tidak berpihak kepada Harimau Malaya setelah tewas kepada dua pasukan yang mempunyai ranking lebih baik daripada skuad kebangsaan.
Pengendali skuad negara Tan Cheng Hoe masih optimistik kepada anak buahnya termasuk tiga pemain naturalisasi dan pemain ke 26 yang pertama kali menyertai Harimau Malaya , Dion Cools mampu memberikan kejutan kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu.
Berikut ini lima impak positif sekiranya Harimau Malaya menewaskan pasukan di tangga ke 73 dunia.
1. Perolehi mata ranking FIFA yang tinggi
Malaysia berada dikedudukan 153 dunia dalam kemaskini ranking FIFA pada Mei yang lalu.
Ranking Harimau Malaya | 27 Mei 2021
Kemas kini terbaharu ranking FIFA Malaysia di tangga 153 dunia, kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 7 April 2021.
* Kemas kini seterusnya 12 Ogos 2021
SUMBER:@FAM_Malaysia
'Yang sahih di Berita RTM'#RTM75 #BeritaRTM pic.twitter.com/SIGZykwGiv
— Berita RTM (@beritartm) May 28, 2021
Sekiranya anak buah Tan Cheng Hoe berjaya menewaskan pasukan Van Marjwik , kemungkinan mata yang diperolehi oleh Malaysia tinggi kerana pasukan Emiriah Arab Bersatu berada dalam kelompok ranking 100 dunia.
Ia pasti mencerahkan pasukan kebangsaan untuk menduduki ranking lebih tinggi yang akan dikemaskini pada bulan Ogos nanti.
2. Mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan G
Malaysia kini menghuni tangga kedua selepas mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan dua kekalahan, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu kumpulan G, Vietnam.
Malaysia, Thailand eye top spot as UAE, Indonesia await. All to play for in Group G!
Who will make it to Round 3? Let us know β¬οΈ https://t.co/DsNO9U4dZz#AsianQualifiers
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 3, 2021
Di tangga ketiga ialah Thailand yang mengumpul lapan mata dan UAE berada di tempat ke empat dengan kekurangan satu perlawanan lagi yang sekadar memungut enam mata sahaja.
Perlawanan sebenar semakin dekat. Adakah anda semua sudah bersedia?#HarimauMalaya #WCQ2022 pic.twitter.com/sDAityOoau
— VOCKET FC (@vocketfc) May 31, 2021
Malaysia wajib menang ke atas pasukan Ali Mabkhout ini biarpun ia seperti satu misi yang agak mustahil kerana pasukan UAE juga tidak mahu dikecewakan oleh pasukan Tan Cheng Hoe.
Van Marwijk: Kami Telah Bekerja Keras, Wajib Menang Ke Atas Malaysiahttps://t.co/UPlaqbuf0H
— VOCKET FC (@vocketfc) June 3, 2021
Sudah pasti juga pasukan UAE tidak berasa senang dengan persiapan Harimau Malaya dan memberikan tekanan pula kepada mereka.
3. Memberikan rasa gerun kepada Vietnam dan Thailand
Skuad Park Hang-seo sudah cukup solid tetapi mereka telah kehilangan dua pemain utama iatu penjaga gol kebangsaan Dang Van Lam dan Do Hung Dung.
TERKINI: Dang Van Lam Tidak Akan Ke UAE, Park Hang-seo 'Kalut' Cari Pengganti Yang Setarahttps://t.co/VkspM6eD74
— VOCKET FC (@vocketfc) May 29, 2021
Jurulatih yang berasal dari Korea ini terpaksa menggugurkan Van Lam kerana beliau merupakan salah seorang kontak rapat kepada seorang lagi penjaga gol Cerezo Osaka yang disahkan positif COVID-19 sebelum perlawanan bertemu Kashima Antlers pada minggu yang lalu.
Bintang tengah Vietnam , Do Hung Dung terpaksa melupakan baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/2023 ini kerana patah kaki dalam satu insiden perlawanan Hanoi City menentang Ho Chi Minh City (HCMC) pada Mac yang lalu.
Bintang Pemain Tengah Vietnam Disahkan Patah Kaki, Terlepas Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022https://t.co/AD5fGcbtC2
— VOCKET FC (@vocketfc) March 24, 2021
Thailand turut berasa gentar kerana pasukan mereka telah pun ditewaskan di stadium Bukit Jalil pada tahun 2019 dalam aksi saingan pentas yang sama.
4. Peminat semakin padu menyokong pasukan Harimau Malaya
Penyokong Harimau Malaya berharap pasukan kesayangan mereka meneruskan momentum dan mempamerkan aksi terbaik ketika menentang pasukan Emiriah Arab Bersatu walaupun tidak sampai dua minggu keseluruhan skuad ini dikumpulkan bersama.
Pasukan Harimau Malaya juga turut diperkasakan oleh pemain kelahiran Kuching Sarawak yang beraksi yang mewakili kelab Denmark Eropah iaitu Dion Cools. Ini kali pertama Cools menyarung jersi keramat hitam kuning pasukan kebangsaaan.
Kenali Dion Johan Cools, pemain yang ke-26 sertai skuad Harimau Malaya untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2022.π―π―#HarimauMalaya #WCQ2022 pic.twitter.com/45vCpCkaom
— VOCKET FC (@vocketfc) June 1, 2021
5. Membuka peluang pemain kacukan Malaysia sertai Harimau Malaya
Ada tujuh pemain berstatus kacukan antaranya Sam Somerville, Junior Eldstal, Laβvere Corbin-Ong, Brendan Gan, Dominic Tan, Matthew Davies dan Dion Cools.
Mereka terpilih bersama dengan Harimau Malaya kerana telah mempamerkan aksi yang berkualiti dan konsisten kepada kelab yang diwakili oleh mereka.
FAM Buka Peluang Lebih Ramai Pemain Kacukan Beraksi Bersama Harimau Malayahttps://t.co/e289JIbUiL
— VOCKET FC (@vocketfc) June 3, 2021
Seperti Dion Cools yang telah lama berminat untuk menyarung jersi kebangsaan , Persatuan Bola Sepak Malaysia berusaha menguruskan segala dokumentasi bagi memenuhi syarat oleh FIFA yang diperlukan agar Dion Cools dapat menyertai panggilan negara ini.
RASMI: Dion Cools Sah Perkuat Harimau Malaya https://t.co/RyvEtpMUXc
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 1, 2021
Penutup
Pada tahun 2015 , Malaysia telah dimalukan oleh pasukan UAE ini dengan 10 gol kosong. Setibanya skuad negara di lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA) , Dollah Salleh telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih kerana kebertanggungjawaban dalam kekalahan yang tidak sepatutnya terjadi.
September 2019 , skuad kendalian Tan Cheng Hoe hampir dapat menewaskan skuad UAE ini. Jikalau tidak kerana kelebihan fizikal Ali Mabkhout , pasti kita perolehi kemenangan atau mendapat keputusan seri.
Imbas kembali perlawanan Malaysia menentang UAE ketika saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2019.
Dua gol UAE dijaringkan oleh Ali Mabkhout yang menggunakan kelebihan fizikalnya untuk menewaskan skuad negara.
πΉ@theafcdotcom pic.twitter.com/x6zjrfNKoX
— VOCKET FC (@vocketfc) June 2, 2021
Ayuh rakyat Malaysia. Tidak perlu berasa was-was untuk menyokong pasukan negara. Menang kita bersama , tewas pun kita tetap bersama.
Itulah prinsip penyokong setia Harimau Malaya selamanya.