5 Gol Tercantik Pilihan Khalid Jamlus Yang Pernah Dihasilkan Sepanjang Karier

Secara ringkas dari 1998 sehingga 2005 merupakan tempoh terbaik dalam sejarah bola sepak Perak.

2002 dan 2003 merupakan klimaks kepada kemuncak generasi yang dipimpin oleh legenda bola sepak negeri ini, Ahmad Shahrul Azhar.

Dalam kisah kejuaraan liga itu, Khalid Jamlus merupakan penyerang utama pasukan. Kejuaraan pertama menyaksikan Khalid Jamlus merekodkan 17 jaringan, penjaring terbanyak Liga Perdana 1.

Kejuaraan ke-2 juga menyaksikan Khalid menjadi penjaring utama pasukan bersama-sama V.Saravanan.

Pendek kata, Khalid Jamlus menjaringkan banya gol sepanjang karier bola sepaknya. Tetapi gol manakah yang beliau anggap sebagai terbaik yang pernah dihasilkan.

Untuk menjawab soalan itu, kami menghubungi beliau, dan berikut adalah lima gol pilihan Khalid Jamlus.

5. Perak vs Selangor (Separuh akhir ke-2, Piala Malaysia 2000)

Perak menanti ketibaan Selangor di Ipoh untuk perlawanan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia 2000, dengan kedudukan ketinggalan 2-1 secara agregat.

Banyak diperkatakan oleh jurulatih Perak, Karl Heinz-Weigang pada ketika itu, temasuklah adanya konspirasi dari pengadil untuk menidakkan Perak mara ke perlawanan akhir.

Namun semua teori itu dilupakan sejak wisel permulaan ditiup, Perak menguasai perlawanan, namun Azmin Azram Abdul Aziz cemerlang di hadapan gawang Red Giants, sehinggalah Khalid menyamakan kedudukan secara agregat untuk Perak melalui tandukan.

Namun demikian Khalid berkata, gol kedua yang dijaringkan beliau dalam perlawnaan itu adalah antara kegemaran sepanjang kariernya.

Bermula dari hantaran lintang oleh gandingannya V. Saravanan di sebelah kanan, Khalid yang menanti di far post melakukan first timer untuk membocori gawang Selangor. Perak menang perlawanan tersebut 3-0 untuk mara ke perlawanan akhir.

4. Perak vs Negeri Sembilan (Final Piala Malaysia 2000)

Gol pilihan seterusnya oleh Khalid Jamlus juga adalah dari pertandingan dan pada musim yang sama. Perak mara ke perlawanan akhir bertemu Negeri Sembilan setelah menafikan Selangor.

Dalam perlawanan ini, Khalid membuka tirai jaringan untuk gol pertama Perak.

Berjaya mencuri bola dari luar kotak penalti, Khalid melarikan bola ke dalam kawasan kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang menerjah jaring.

Kemenangan Perak dilengkapkan oleh gandingan Khalid, iaitu V. Saravanan untuk Perak menang 2-0 dan tampil sebagai juara Piala Malaysia pada musim tersebut.

3. Malaysia vs Thailand (Piala Tiger, 2004)

Selain daripada gol bersama Perak, Khalid menyifatkan jaringannya bersama pasukan kebangsaan juga mempunyai nilai dan memori yang akan dikenang sepanjang hayatnya.

Salah satunya adalah ketika aksi peringkat kumpulan di pertandingan Piala Tiger 2004 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Thailand terlebih dahulu mendahului dalam perlawanan itu sehingga pada minit ke-63, Khalid bijak melepaskan diri dari kawalan dua pemain pertahanan lawan, sebelum meledak hantaran V. Saravanan dengan kaki kanan.

Jaringan tersebut sekaligus meredakan tekanan buat skuad negara pada ketika itu.

2. Malaysia vs Thailand (Piala Tiger, 2004)

Gol pilihan lain yang digemari oleh Khalid Jamlus sepanjang kariernya juga adalah ketika menentang Thailand dalam perlawanan yang sama.

Hanya selang dua minit selepas berjaya menyamakan kedudukan untuk skuad negara, Khalid tidak membuang masa meletakkan pasukan negara di hadapan.

Jaringan tersebut juga sekali lagi hasil hantaran lambung V. Saravanan, sebelum Khalid melonjak tinggi menewaskan kawalan pemain pertahanan Thailand untuk menanduk masuk gol kemenangan pasukan negara.

5. Alemannia Aachen vs kelab dari Dubai (Perlawanan persahabatan, 2002)

Seperti semua ketahui, Khalid turut pernah menarik minat beberapa kelab dari Jerman. Beliau sempat menjalani latihan dengan salah satu daripada kelab tersebut iaiti Alemmania Aachen.

Dalam satu perlawanan pra musim ke Dubai, Aachen merekodkan kemenangan 7-0 ke atas salah sebuah pasukan yang berpengkalan di situ.

Dalam perlawanan tersebut, Khalid menjaringkan hatrik, dan menghasilkan empat bantuan gol. Salah satu gol tersebut dihasilkan melalui tandukan dan merupakan jaringan yang paling Khalid sukai.

“Saya ingat lagi bagaimana saya melonjak tinggi sebelum menanduk deras gol tersebut. Pada ketika itu saya dicabar oleh seorang pemain import dari Brazil yang diarahkan untuk mengawal saya,” ujar beliau kepada Grandstand Kita ketika dihubungi.

Khusus untuk peminat Khalid Jamlus

Ini produk keluaran “Original” Khalid Jamlus 25, Legend Bolasepak Malaysia bersama label pakai jenama “Monyok”. Menjadi Ikon Bolasepak Perak, Pernah bersama Selangor dan juga Kelantan.

Bukan semua boleh memiliki baju ini. Tapi adakah ia milik anda?

PRE-ORDER Baju Khalid Jamlus 25
Tempahan di buka sepanjang PKP ni, so boleh order segera!

Boleh pakai masa berbuka puasa nanti, Selfie sikit bersama juadah dan tag ke Lejen kita. Hadiah Misteri menanti daripada Lejen Khalid Jamlus.

Raya pun tak kemana kan? Beli je 3 sekali design ni boleh buat baju Raya… baru rare & baru Lejen Yeop!

Kualiti Premium dan Terhad keluaran Monyok Apparel
KETIGA-TIGA NEGERI PERAK SELANGOR DAN KELANTAN

HARGA RM 85

HARGA T SHIRT
Jersi Juara (Kuning) : RM99

King KJ (Putih): RM85
Design KJ 25 (Hitam) : RM85
Size- S,M,L,XL, 2XL, 3XL, 4XL & 5XL
Add on Extra Saiz 3XL – 5XL: RM8

Harga tidak termasuk POSTAGE
Penghantaran ke seluruh Malaysia

Tunggu apa lagi Yeop! Order ler…

WhatsApp ke wakil Jualan rasmi “Monyok” Sekarang!!!!

http://wasap.my/60134557197/SAYANAKJERSEYKJ25

http://wasap.my/60134557197/SAYANAKJERSEYKJ25

http://wasap.my/60134557197/SAYANAKJERSEYKJ25

Ingat

Bukan semua boleh memiliki baju ini. Tapi adakah ia milik anda?

Jom kita sama-sama support legend kita. Sebarkan!

Kongsi artikel ini