5 Fakta Pendatang Baharu Liga Inggeris 2021/2022 Brentford FC Malukan Arsenal

Kelab Brentford FC memulakan aksi yang bergaya dalam penampilan mereka buat kali pertama di pentas Liga Premier Inggeris selepas 74 tahun dengan membedil The Gunners 2-0 di Stadium Community Brenford awal pagi tadi yang secara rasminya musim 2021/2022 telah pun bermula.

Debut pertama skuad kendalian jurulatih yang bernama Thomas Frank mempamerkan aksi yang cukup garang disebalik kelemahan skuad Mikel Arteta yang tampak berhempas pulas untuk memberikan saingan sengit dalam perlawanan berkenaan.

Pada awal perlawanan di minit ke 11 Bryan Mbeumo memberikan amaran awal kepada pertahanan yang dikawal oleh Ben White apabila percubaannya terkena palang gol Arsenal. Tetapi Brentford tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan gol apabila penyerangnya Sergi Canos memberikan gol kepada kelabnya melalui sepakan leret dalam kotak penalti menewaskan Bernd Leno pada minit ke 22.

Christian Noorgard terus memberikan kedukaan ngeri kepada Arsenal yang beraksi longlai setelah berjaya menanduk masuk gol kedua untuk Brentford pada minit ke 73.

Tamat perlawanan itu menyaksikan Brentford berada di takhta liga Inggeris buat sementara , manakala Arsenal berada di kedudukan terbawah sekali.

Ini lima fakta perlawanan di antara Brentford FC dan Arsenal di pembukaan musim 2021/2022 Liga Premier Inggeris.

1. Kebanggan penyokong The Bees di Liga Premier Inggeris selepas 74 tahun.

Skuad kendalian Thomas Frank pada hari ini sudah tentu membanggakan para penyokong setia mereka yang datang menyaksikan perlawanan pertama itu dengan memenuhi stadium selepas kerajaan Britain membenarkan aktiviti sukan seperti bola sepak dibenarkan beroperasi seperti biasa selepas pandemik Covid-19.

2. Kemenangan pertama Brentford yang membanggakan

Brentford pasukan kerdil yang berasal daripada Barat London mencipta rekod dalam sejarah pasukan kelab menumbangkan kelab gergasi seperti Arsenal dalam perlawanan pertama mereka apatah lagi kemenangan itu dilakukan di laman serta disaksikan oleh penyokong-penyokong mereka sendiri.

Ini sudah pasti memberikan tonik yang kuat untuk mereka bersaing bersama dengan kelab yang mempunyai reputasi padu dengan pelbagai trofi kemenangan yang telah dimiliki.

Kemenangan yang amat bermakna ini menyebabkan seorang penyokong sejati Brentford FC mengalirkan air matanya. Ia adalah satu pandangan yang amat ikonik.

3. Rekod 74 tahun Brentford FC yang telah dipecahkan.

Brentford FC memecahkan rekod kelab yang paling lama menanti untuk memasuki liga tertinggi Inggeris dengan rekod 74 tahun 346 hari semenjak 1 September 1946 sehingga 14 Ogos 2021. Rekod sebelum ini dipegang oleh kelab Nott’s County dengan 58 tahun 251 hari di antara Disember 1924 sehingga Ogos 1983.

4. Arsenal ulangi rekod buruk tewas dengan kelab yang dinaikkan pangkat

Skuad Arteta ternyata mempamerkan aksi yang longlai dan ketiadaan dua penyerang mereka Pierre-Emerick Aubameyang serta Alexandre Lacazette dalam kesebelasan utama mungkin menjadi punca Arsenal tidak dapat memburu gol walaupun berhadapan dengan kelab yang baru dinaikkan di Liga Premier Inggeris.

Kedua-dua penyerang ini tidak dapat diturunkan oleh Mikel Arteta kerana dikatakan mereka kurang sihat dan menyebabkan barisan serangan berharap kepada Martinelli , Smith Rowe , Xhaka serta Bukayo Saka yang menjadi pemain gantian.

4. Debut pertama Ben White menjadi igauan ngeri

Ben White adalah pemain termahal yang dibeli oleh Mikel Arteta dengan tag harga 50 juta pound sterling bagi mengukuhkan pertahanan Arsenal namun , beliau tidak dapat mempamerkan aksinya yang boleh dipuji.

Ben White perlu bangkit semula dalam perlawanan yang akan datang bagi membuktikan dirinya adalah setanding dengan nilai harga yang dibeli oleh Arsenal. Satu tekanan yang perlu dihadapi oleh dirinya setelah tewas dengan kelab paling kerdil sekali dalam

5. Arsenal di kedudukan terbawah liga

Kekalahan Arsenal kepada Brentford FC menyaksikan mereka terhumban di tangga yang terbawah dalam permulaan musim baharu 2021/2022 EPL.

Mikel Arteta perlu pantas bertindak untuk mencari penyelesaian kepada isu yang beliau hadapi walaupun saingan EPL baru sahaja bermula sebelum krisis keyakinan pemain kepadanya akan menjadi lebih teruk.

Penutup

Penyokong Arsenal sudah pasti terarah kepada pengurus muda ini yang telah pun berbelanja besar untuk mendapatkan beberapa pemain baharu bagi menguatkan pasukannya pada musim baharu ini.

Sekiranya Arteta tidak dapat menyelesaikan kelemahan pasukan beliau , kemungkinan akan menjadi pengurus pertama yang bakal dipecat pada musim 2021/2022.

Kini , segala-galanya terserah kepada pengurus berbangsa Sepanyol ini

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email