5 Fakta Era Baharu Kim Pan-gon Dengan Kemenangan Pertama Harimau Malaya

Pasukan kebangsaan Malaysia berjaya meraih kemenangan yang meyakinkan khusus kepada para penyokong tempatan selepas menundukkan Filipina 2-0 di Stadium Nasional , Singapura malam tadi. Kejayaan ini sekaligus memperlihatkan era baharu jurulatih baharu yang dilantik pada Disember 2021 , Kim Pan-gon dilunaskan oleh para pemainnya yang gah menunjukkan  taring masing-masing.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim , Akhyar Rasyid menjadi wira tunggal yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan berkenaan dan turut mengkucar-kacirkan benteng pertahanan The Azkarls yang diketuai oleh rakan Akhyar , Carlie de Munga.

Gol pertama pantas diperolehi oleh Akhyar pada minit ketiga hasil hantaran lolos wing back kiri , Corvin Ong sebelum pemain itu mengelirukan seorang pemain pertahanan dan melepaskan rembatan kencang berdekatan dengan gol.

Harimau Malaya terus menekan bertubi-tubi pertahanan Filipina yang hampir memperolehi gol kedua , namun percubaan Syafiq Ahmad sekadar singgah di palang gol manakala rembatan deras Kogiswaran berjaya dikeluarkan oleh pertahanan lawan di atas garisan gol.

Pada minit ke-25 , pemain veteran Safiq Rahim berjaya membuat hantaran lolos kepada Syafiq Ahmad yang kemudiannya membuat hantaran lintang rendah kepada Akhyar Rasid sebelum pemain itu tenang mengawal bola dan melepaskan rembatan menggegarkan jaring gol lawan.

Ini adalah lima fakta menarik perlawanan persahabatan Malaysia vs Filipina.

1. Tamat kemarau 7 tahun kemenangan ke atas Filipina.

Kali terakhir Malaysia mengatasi Filipina di kejohanan Piala AFF 2007 dengan kemenangan  4-0 dibawah kendalian jurulatih tempatan , Norizan Bakar.

 

Malaysia layak ke separuh akhir tetapi tewas kepada pasukan Singapura untuk mara ke perlawanan akhir.

Singapura menjuarai Piala AFF Edisi ke 6 setelah menewaskan pasukan Thailand dengan agregat 3-2.

2. Kim Pan-gon tamatkan badi jurulatih kebangsaan tanpa kemenangan dalam perlawanan pertama

Selepas Bertalan Bicskei menang aksi pertamanya bersama skuad kebangsaan ketika menentang Thailand pada 2004, tujuh pengendali selepas itu dilihat gagal untuk memenangi perlawanan pertama yang dikendalikan mereka.

Menurut artikel terbitan padunetwork pada hari semalam , tujuh jurulatih sebelum ini gagal menghadirkan kemenangan dalam perlawanan pertama mereka selepas dilantik menjadi jurulatih kebangsaan.

Diantara jurulatih yang mengedalikan skuad kebangsaan sebelum ini ialah Norizan Bakar , B. Sathianathan , Datuk K. Rajagobal , Datuk Ong Kim Swee , Dollah Salleh , Nelo Vingada dan Tan Cheng Hoe.

3. Wajah Baharu Formasi Kesebelasan Harimau Malaya 

Kim Pan-gon menampilkan kesebelasan utama yang segar dan mampu menaikkan semula imej Harimau Malaya.

Tanpa pemain naturalisasi dalam kesebelasan utama , Kim Pan-gon meletakkan sepenuh kepercayaan kepada barisan pemain yang dipilih oleh tim beliau.

Secara asas , jurulatih berasal Korea Selatan ini menggunakan formasi 4-3-3 tetapi menggunakan Winger Back , kiri dan kanan naik ke atas untuk melakukan serangan.

Panggilan skuad kebangsaan semula kepada Safiq Rahim memberikan nafas baharu kepada jentera tengah Malaysia yang bergandingan dengan Kogileswaran Raj. Kehadiran semula Syamer Kutty Alba yang tiada dalam senarai pemain kejohahan Piala AFF 2020 , ternyata dirindui oleh para peminat.

Pemain veteran JDT Safiq Rahim masih lagi lincah dengan hantaran-hantaran lolosnya yang tepat kepada rakan sepasukan dan sering turun dan naik di mana bola itu berada dan gol kedua tercetus daripada hantaran daripadanya.

Tanpa De Paula , Syafiq Ahmad diletakkan sebagai penyerang utama bersama dengan Arif Aiman dan Akyar Rasid dan impak kesebelasan utama pada malam tadi membuatkan para penyokong tersenyum memuji akan barisan pemain yang berwajah baharu ini.

4. Akhyar Rasid menjadi penjaring pertama era Kim Pan-gon.

Meskipun tidak dapat banyak minit beraksi dalam kelab JDT , pemain sayap ini masih mampu mengekalkan prestasinya yang tinggi dengan membuktikan dua golnya sudah cukup menjadi duri dalam daging skuad Azkarls.

Kim Pan-gon seperti mengetahui bagaimana mahu mengeluarkan kelebihan pemain berusia 22 tahun ini meskipun baru dua minggu menjalani latihan bersama dengannya.

Nama Akhyar Rasyid sudah pasti mencatatkan rekod baharu di bawah era jurulatih Korea ini sekiranya dia berjaya mencatatkan jaringan hatrik setelah beberapa peluang terhidang disia-siakan olehnya.

5. Persediaan cukup rapi dari tim jurulatih baharu

Karisma dan aura positif dari Kim Pan-gon bersama dengan anak-anak buahnya cepat mempunyai çhemistry. Dibantu oleh penolong jurulatihnya dan kakitangannya dalam memberikan pemahaman taktikal dan corak permainan yang mahu diterapkan kepada pemainnya berjalan dengan lancar.

Gangguan pemain yang enggan menyertai panggilan skuad kebangsaan dan penarikan diri pemain yang tercedera tidak membuatkan beliau hilang fokus malahan , membantu pemain sehabis baik dalam latihan yang dijalankan.

Perlantikan E.Elavarasan sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaaan bersama dengan Paul Marti Vicente sangat membantu Kim Pan-gon dalam mengenali pemain-pemain yang baru ditemuinya.

Peraturan denda RM 150 sekiranya tersilap memakai kasut ketika latihan merupakan displin yang diterapkan selain melarang penggunaan telefon sehari sebelum perlawanan membawa kepada perubahan baharu skuad kebangsaan.

Kesimpulan

Tidak memuji melangit atas kemenangan ini , tetapi realistiknya skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan lebih baik daripada tahun lepas. Ada beberapa kelemahan yang masih perlu diperbaiki dan semestinya pemain-pemain tidak boleh sambil lewa yang akan merosakkan suasana positif ini.

Harimau Malaya akan berhadapan dengan skuad Singapura pada hari Sabtu ini dan penyokong akan terus menagih aksi yang berkualiti tinggi daripada barisan pemain yang diberikan kepercayaan oleh Kim Pan-gon.

 

Kongsi artikel ini