5 Fakta Edinson Cavani Takluk Hati Penyokong Manchester United

Penyerang veteran dari Uruguay ini ternyata telah menjadi pemenang di hati para penyokong Red Devils kerana aksi yang berkualiti ditampilkan oleh beliau sepanjang musim ini walaupun Solksjaer tidak menurunkannya sebagai pemain utama dalam skuad kesebelasan.

a crowd of people watching a football game: Cavani celebrates his sublime effort

Solksjaer yang telah mendapatkan penyerang itu dari Paris Saint Germany (PSG) pada September lalu sebelum musim 2020/2021 bermula setelah kontrak pemain itu tamat dengan perpindahan percuma sahaja dan ia dianggap sebagai perpindahan pemain paling berbaloi sekali buat skuad Red Devils.

Ini lima fakta Edinson Cavani menjadi pujaan hati peminat kelab yang pernah menjuarai 20 gelaran mahkota Liga Inggeris.

1. Gol Cavani sambut keceriaan penonton di Old Trafford

Setelah 436 hari atau 36 bulan 4 hari , penyokong Setan Merah akhirnya dapat memasuki Old Trafford untuk menonton perlawanan pasukan mereka. Bagaimanapun jumlah penonton yang dibenarkan masuk ke stadium hanyalah 10 ribu orang sahaja atas pematuhan SOP oleh kerajaan Britain mengikut klasifikasi zon-zon dalam kawalan Covid-19.

Perlawanan menentang Fulham merupakan perlawanan yang terakhir di adakan di Old Trafford tetapi Cavani meraikan penyokongnya dengan cara gol yang telah dihasilkan.

Bermula dari sepakan David De Gea , bola itu menuju ke Fernandes , tetapi tiada sentuhan langsung dari pemain tengah itu dan ia terus ke depan sehinggalah Cavani mendapatkan bola itu lalu membuat sepakan lambung menewaskan Alphonse Areola yang terus lemas dengan gol amat sensasi itu.

Gol pada minit ke 15 itu membuatkan penonton bersorak keriangan dan sangat teruja dengan gaya gol dijaringkan melalui sentuhan profilik pemain berusia 34 tahun itu.

Walaupun perlawanan itu mencatat keputusan seri , tetapi skuad Solksjaer tetap unggul berada di tangga kedua untuk menamatkan liga Inggeris pada musim ini. Fokus pasukan ini kepada perlawanan menentang Villareal dari Sepanyol pada 26 Mei (Rabu) di Gdańsk Stadium in Gdańsk, Poland UEFA Europa League final 2021.

2. Pemain ketiga jaringkan 10 gol untuk kelab

Ia merupakan rekod gol peribadi Edinson Cavani di kempen Liga Inggeris pada musim ini. Beliau bersama Bruno Fernandes dan Marcus Rashford menjadi pemain yang paling banyak menjaringkan gol untuk kelab dalam memberikan cabaran kejuaraan liga Inggeris dengan Manchester City.

Sekiranya Cavani kerap diturunkan dalam kesebelasan pasukan , sudah pasti jaringan gol itu melebihi apa yang beliau dapat pada hari ini.

3. Menyamai rekod gol Diego Forlan

Diego Forlan adalah penyerang yang pernah bermain untuk Manchester United pada tahun 2002 sehingga 2004 di bawah jurulatih lagenda Sir Alex Ferguson.

Bagaimanapun prestasi bekas penyerang Uruguay tidak boleh diharapkan oleh Fergie pada waktu itu. Dengan menjaringkan 10 gol dalam 63 perlawanan ia adalah sesuatu yang tidak disukai oleh jurulatih berasal dari Scotland.

Datang Edinson Cavani , ia telah meletakkan KPI cemerlang buat pemain yang berasal dari negara yang sama. Sekurang-kurangnya Uruguay boleh berbangga dengan prestasi terbaik yang ditampilkan oleh Cavani di Manchester United dengan 10 gol dalam 26 perlawanan liga Inggeris.

4. Jaringan 15 gol dengan jersi nombor 7

Edinson Cavani telah diberikan jersi bernombor tujuh sebagai penghormatan kepada beliau seorang penyerang bertaraf dunia. Jersi nombor tujuh yang pernah disarung oleh Cristiano Ronaldo pada sebelum ini.

Mungkin angka pada jersi seseorang pemain itu bukanlah faktor utama. Tetapi ia menggambarkan bahawa jersi nombor tujuh itu sinonim dengan penyarungnya sebagai seorang pemain yang boleh mencipta rekod gol yang banyak.

Dan ia sangat luar biasa bagi seorang pemain seperti Cavani yang telah berusia 34 tahun!

5. Teddy Sheringham , Zlatan Ibrahimovic dan Edinson Cavani.

El-Matador mengikut jejak langkah kedua-dua pemain lagenda ini dengan jaringan melebihi 10 gol selepas melepasi usia 33 tahun bersama kelab Red Devils.

Kesimpulannya umur hanyalah sekadar angka bagi mereka bertiga. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Cavani merupakan pemain penting dalam skuad Solksjaer. Kehadirannya bukan semata-mata untuk meyumbangkan gol tetapi membimbing pemain-pemain muda untuk menjadi pemain yang disegani.

Penutup

Edinson Cavani bersetuju untuk terus bersama Red Devils dalam tempoh setahun lagi. Solksjaer berjaya memujuknya dari berkelana ke kelab Brazil kerana jurulatih itu memang benar-benar mahukan beliau terus berada di sini.

Pemain itu sangat bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada kelab dan menyatakan bahawa beliau sentiasa berada dalam kecergasan terbaik untuk aksi yang seterusnya.

Ia sudah pasti membuatkan peminat Manchester United terus menyokong beliau dengan sepenuh hati.

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini