5 Beregu Badminton Lelaki Terbaik Negara Sepanjang Zaman

Malaysia pernah dianggap sebagai salah sebuah kuasa dunia dalam sukan badminton, dan merupakan antara pencabar utama dalam setiap kejohanan berkumpulan seperti pertandingan Piala Thomas/ Piala Uber.

Selain daripada acara perseorangan, acara berkumpulan turut menuntut sesebuah pasukan badminton memiliki sekurang-kurangnya dua pasangan beregu.

Tidak keterlaluan jika kita ingin berkata, negara kita pernah memiliki berberapa pasangan regu terbaik dunia, terutama di dalam acara lelaki.

Berikut adalah 5 beregu badminton lelaki terbaik negara yang pernah kita saksikan.

1. Razif Sidek & Jailani Sidek

Datuk Razif Sidek adalah kapten pasukan kepada skuad badminton negara yang bergelar juara Piala Thomas pada 1992.

Tetapi mungkin ramai yang sudah lupa bahawa karier profesional Razif bemula sebagai pemain perseorangan, dan pernah meraih pingat gangsa di Sukan Komanwel pada 1982.

Selepas Kejohanan All England pada tahun yang sama, Razif mulai menumpukan perhatian membentuk gandingan dengan Jailani Sidek.

Gandingan Razif Sidek/ Jailani Sidek dianggap sebagai empat gandingan terbaik dunia pada 1980an sehingga 1990an bersama-sama Park Joo-bong/ Kim Moon-soo (Korea Selatan), Rudy Gunawan/ Eddy Hortono (Indonesia), Tian Bingyi/ Li Yongbo (China).

Pasangan berregu Razif dan Jailani juga terkenal dengan servis S yang diharamkan oleh BWF.

2. Cheah Soon Kit & Yap Kim Hock

Gandingan beregu Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock adalah atlet dan rakyat Malaysia pertama yang ebrjaya meraih pingat di Sukan Olimpik pada 1996 yang berlangsung di Atalanta.

Yap Kim Hock adalah gandingan ketiga Soon Kit dalam acara beregu selain Ong Bee Teong (1986-1989), Soo Beng Kiang (1990-1994).

Bergandingan dengan Beng Kiang, beregu ini juga adalah penyumbang mata penting kepada Malaysia ketika pasukan negara bergelar Piala Thomas pada 1992.

Kedua-dua Soon Kit dan Kim Hock mengakhiri karier dalam dunia badminton sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.
Embed from Getty Images

3. Choong Tan Fook & Lee Wan Wah

Gandingan Chhong Tan Fook dan Lee Wan Wah adalah salah satu beregu badminton negara yang pernah mengangkat nama negara di peringkat antarabangsa.

Debut kedua-dua pasangan ini adalah di Sukan Olimpik Sydney pada 2000. Walaupun baru digandingan, Tan Fook dan Wan Wah mengejutkan ramai apabila mara ke separuh akhir pertandingan sebelum disingkirkan oleh pasangan Korea, Lee Dong-soo/ Yoo Yong-Sung.

Sepanjang digandingkan kedua-duanya pernah meraih dua kejohanan dunia, dua kilauan emas di Kejohanan Asia, dan dua pingat emas di Sukan Komanwel, selain beberapa kejohanan sirkit terbuka yang lain.

Tan Fook kemudiannya memilih untuk ke Hong Kong, dan Wan Wah ke Jepun untuk bergelar jurulatih.

Embed from Getty Images

4. Koo Kien Kiat & Tan Boon Heong

Dianggap sebagai jaguh pada usia muda, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong digandingkan oleh Rexy Manaiky ketika legenda badminton Indonesia itu bergelar jurulatih pasukan negara.

Kedua-duanya digandingkan pada 2006 pada usia yang dianggap muda. Kien Kiat pada ketika itu berusia 21 tahun, manakala Boon Heong pula berusia 22 tahun.

Beregu negara ini melakukan permulaan cemerlang dalam karier profesional mereka. Pada tahun kedua-duanya digandingkan, Kien Kiat dan Boon Heong sudah pun bergelar juara Terbuka Jepun, pingat emas Sukan Asia pada 2006.

Pada tahun berikutnya, beregu negara ini mengejutkan pasangan Cai Yun/ Fu Hai Feng dari China untuk menjadi juara All England pertama dari Malaysia sejak 25 tahun.

2006 dab 2007 adalah tahun kegemilangan beregu ini.
Embed from Getty Images

5. Goh V. Shem & Tan Wee Kiong

Pasangan Goh V. Shem dan Tan Wee Kiong mengejutkan peminat badminton tanah air dan dunia apabila kedua-duanya mara ke perlawanan akhir acara beregu di Sukan Olimpik Rio pada empat tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-duanya tewas kepada pasangan berpengalaman dari China, Fu Haifeng/ Zhang Nan.

Sebelum itu, V. Shem dan Wee Kiong pernah membantu pasukan negara meraih pingat gangsa di Sukan Asia 2014 yang berlangsung di Icheon dan Sukan Komanwel di Glasgow pada tahun yang sama.

Pada hari ini beregu negara ini sedang menduduki rangkin ke-13 dunia, dan masih memburu slot untuk ke Sukan Olimpik Tokyo pada tahun hadapan.

Embed from Getty Images

Rumusan

Pada hari ini kita skuad negara turut mempunyai beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, atau pun pasangan legenda Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang yang turut boleh berada di dalam senarai ini.

Turut tidak dilupa adalah gandingan Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan pada era 1960an.

Apa pendapat anda? Apakah senarai pasangan beregu terbaik negara anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email