4 Perkara Tumbangnya Red Giants Di Stadium Sultan Ibrahim Nusajaya Johor

Pasukan Selangor FC kelu untuk mengungkap sebarang patah perkataan kerana tidak dapat membayangkan akan kekalahan yang dialami oleh mereka selepas tewas 1-5 di hadapan beribu penyokong Johor Darul Ta’zim sebentar tadi.

Selangor FC yang segar dengan kemenangan besar ke atas Sarawak United beberapa hari lalu harus mengakui bahawa JDT menunjukkan aksi berkualiti tinggi sebagai pasukan dalam 16 kelompok pasukan kempen Liga Kejuaraan Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) meskipun ada tekad daripada ketua jurulatih Selangor FC untuk menewaskan juara 8 kali Liga Super.

JDT seperti biasa memulakan permainan dengan taktikal ‘high pressing’ tidak perlu menunggu masa yang lama apabila Bergson mula membuka akaun gol pada minit ke-3.

Tersentak dengan gol daripada JDT , mereka mula menyusun atur serangan namun dapat digagalkan oleh anak buah Benjamin Mora.

JDT tidak memberi muka kepada jentera tengah yang diketuai oleh Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal untuk membuat gerakan ke arah gol JDT sebaliknya mereka yang dibuli teruk dengan serangan bertali arus sehingga mendapatkan tiga gol diseparuh masa pertama dan dua gol pada separuh masa kedua.

Ini empat perkara yang menjadikan Selangor FC rebah di stadium keramat Johor Darul Ta’zim.

1.Malam yang malang bagi Khairul Azhan

Penjaga gol kedua kebangsaan ini tidak dapat menunjukkan prestasi terbaiknya seperti momentum yang ditampilkan pada perlawanan lepas.

Meskipun kesilapan itu boleh datang daripada benteng pertahanan Selangor FC , Azhan juga sepatutnya mampu menampilkan aksi terbaik dan tidak sepatutnya melepaskan lima gol.

2. 3 wonder gol daripada JDT

Gandingan Bergson , Leandro dan Forestieri sangat tajam dan ampuh di bahagian serangan dan ketiga-tiga pemain ini telah menjaringkan gol di luar kotak penalti.

Gol-gol tersebut bukanlah ia datang secara kebetulan tetapi ia adalah set – pieces yang sering mereka lakukannya semasa di dalam latihan dan Selangor menjadi mangsa seterusnya dengan senjata berkenaan.

3. 17 jaringan oleh Bergson

Penyerang import dari Brazil ini terus menunjukkan ketajamannya sebagai mesin gol untuk Johor Darul Ta’zim meskipun liga berehat dalam tempoh yang panjang disebabkan kempen perlawanan antarabangsa.

17 gol daripada keseluruhan pertandingan dan 11 gol untuk liga super Malaysia , Bergson adalah calon utama untuk mendapatkan Trofi Kasut Emas pada musim ini.

4. Perlawanan yang berat sebelah

Peminat menjangkakan perlawanan diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan menjadi sengit namun penyokong terutama Selangor cukup hampa dengan aksi yang ditampilkan.

Selangor FC gagal untuk menyerap tekanan serangan dengan pelan taktikal yang kurang menjadi sehingga menjadi pasukan belasahan kepada JDT.

Penyerang Selangor yang menjaringkan hatrik , Caion tenggelam disebalik prestasi terbaik yang ditonjolkan pemain muda tempatan seperti Mukhairi Ajmal , Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan yang dapat menjaringkan gol saguhati untuk Selangor.

Selangor terus berada ditangga ke-6 dengan kutipan 11 mata manakala pasukan JDT merampaskan kedudukan sebagai pendahulu liga supaer daripada Sabah dengan kutipan 19 mata.

Kemenangan Johor Darul Ta’zim ini juga didedikasikan kepada Tunku Mahkota Johor DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang kini sebagai Pemangku Raja Negeri Johor.

Kongsi artikel ini