Penyerang prolifik Manchester City , Sergio Aguero sah membuat penampilan yang terakhir skuad Citizens setelah 10 tahun bersama dengan pasukan The Citizen pada hujung musim ini.
Berita ini telah diumumkan oleh beliau sendiri melalui laman akaun Twitternya pada hari semalam dan ia hangat diperkatakan oleh para penyokongnya mengenai perancangan masa depan dan kelab baru yang akan beliau sertai pada musim hadapan.
β Sergio Kun Aguero (@aguerosergiokun) March 29, 2021
Penyokong City turut berasa sedih dengan pengumuman itu namun , mereka mengucapkan selamat maju jaya dan mengharapkan yang terbaik buat karier beliau selepas ini.
Penyerang Argentina ini menghadiahkan kejuaraan empat mahkota EPL, lima Piala FA dan satu Piala Liga kepada City dan masih berpeluang menambah koleksi itu kerana pada musim ini City sedang bersaing dalam beberapa pertandingan termasuk UCL dan semakin hampir menjulang kejuaraan EPL yang ke lima 2020/2021.
Man City have confirmed that Sergio Aguero will be honoured with a statue outside the Etihad alongside club legends Vincent Kompany and David Silva π pic.twitter.com/4CSWLk9Xe1
β ESPN FC (@ESPNFC) March 30, 2021
Aguero ditabalkan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dengan menjaringkan 257 gol dalam 384 penampilan untuk kelab dan sudah semestinya ia setaraf lagenda bersama Vincent Kompany dan David Silva.
10 years. 384 games. 257 goals. 13 trophies and counting. @aguerosergiokun will leave @ManCity a legend π pic.twitter.com/bMOgKzPzqX
β B/R Football (@brfootball) March 30, 2021
Jadi , kemanakah destinasi Kun Aguero selepas musim ini? Apakah beliau akan berpindah secara percuma ke kelab musuh sebandar City iaitu Manchester United pada musim depan kerana dikhabarkan kelab tersebut cuba berunding dengannya untuk membawa ke Old Trafford.
Manchester United have reportedly made an offer to sign Sergio Aguero π
β BBC Sport (@BBCSport) March 30, 2021
Berikut empat impak negatif yang mungkin terjadi antara Manchester United dan Kun Aguero.
1. Cabaran baharu yang statik
Pengendali City , Pep Guardiola menyatakan Aguero tidak mahu menyambung kontraknya kerana dia mahu mencari cabaran baharu dengan pasukan lain. Beliau telah bermain di Liga Premier pada usia 22 tahun dan 10 musim bersama City dan ia memang merupakan satu kepuasan bagi dirinya kerana membantu kelab itu setaraf dengan kelab gergasi EPL lain seperti Manchester United , Chelsea , Arsenal dan Liverpool.
Which team should sign @aguerosergiokun βοΈ π€ pic.twitter.com/FCdZimCtmv
β 433 (@433) March 29, 2021
Jikalau Aguero mahukan cabaran yang lebih kuat , beliau perlu keluar dari Liga Premier dan mengikut jejak seperti Cristiano Ronaldo yang berada di puncak karier di Real Madrid sebelum berhijrah ke kelab Juventus Italy untuk memburu trofi kejuaraan LigaItalia pula.
Dikhabarkan terdapat beberapa kelab luar England menunjukkan minat terhadap beliau seperti Paris Saint Germany (PSG) dan Inter Milan dan itulah kelab yang patut Aguero pergi untuk menerima cabaran dan atmosfera yang lain di liga baharu.
π° | Mauricio Pochettino has made Sergio Kun Aguero his priority signing for PSG this summer. The Manchester City striker would be out of contract at the end of the season.
[via Canal+]#PSG #Ligue1 pic.twitter.com/Qu1m6Aawh6
β 6:09 Sports (@609sports) January 8, 2021
2. Cetuskan ketegangan peminat dua kelab
Apakah terjadi jika benar Aguero akan ke Old Trafford ? Benar , perpindahan ini akan mencetuskan ketegangan di antara dua kelab yang sedang mendominasi sebagai calon juara dan naib juara di Liga Premier pada ketika ini.
Kun Aguerolah sebagai punca skuad Alex Ferguson pada ketika itu melopong dan menafikan kejuaraan Liga Premier setelah beliau menjaringkan gol lewat paling diingati ketika menewaskan Queen Park Rangers.
Kun Agueroβs goal against QPR will go down as the most iconic moment in recent Premier League history. nothing but respect for him. end of an era legend. pic.twitter.com/CXZo2IOl7U
β oneil (@oneilfrankiie) March 30, 2021
Kemenangan 3-2 ke atas QPR sekaligus menyaksikan City dinobatkan sebagai Juara Liga Premier 2011/2012 buat kali pertama skuad kendalian Pep Guardiola dan merosakkan keraian yang dilakukan oleh pemain-pemain Manchester United serta mengecewakan penyokong United.
Penyokong City juga lebih rela Aguero berhijrah ke kelab selain dari Red Devils kerana dia telah berstatus seorang lagenda dan memberikan rasa hormat yang tinggi kepada pemain itu.
The greatest goal in Premier League history?
Remembering when Sergio Aguero's last minute strike against QPR sealed the title for Manchester City π #MCFC https://t.co/voQlTckwcp pic.twitter.com/elIIBgVE69
β i sport (@iPaperSport) March 30, 2021
3. Merencatkan Pembelian Penyerang Muda Profilik
Manchester United perlu mencari penyerang muda yang segar , tangkas yang dahagakan medal kejuaraan. Penyerang muda Norway , Erling Haaland merupakan salah seorang penyerang terbaik dunia. Justeru Solksjaer mesti memikirkan pembelian Haaland merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi kelab Red Devils itu.
Should Manchester United attempt to sign Erling Haaland this summer? | @SJL_Designs pic.twitter.com/zYBhEJf5sA
β mufcmpb (@mufcMPB) March 25, 2021
Dortmund sedang menghadapi krisis kewangan yang membuatkan kelab Jerman itu pasti melepaskan pemain itu sekiranya kluasa pelepasan β¬180juta diaktifkan.
Manchester United have made Erling HΓ₯land their priority transfer target this summer. The striker is believed to be demanding a weekly salary of Β£350,000 and the club are confident his relationship with Solskjaer can override the issue of dealing with Mino Raiola. (Source: MEN) pic.twitter.com/m1j31P5jYj
β Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 15, 2021
Walaupun Soklsjaer boleh mendapat Aguero secara percuma , tetapi pelaburan ke atas penyerang muda merupakan pilihan yang lebih baik lagi.
United seharusnya memanfaatkan kelebihan hubungan baik Haaland dengan Ole Gunnar Solskjaer sebagai jurulatih yang bertanggungjawab menaikkan karier pemain tersebut ketika membimbingnya di Molde dalam usaha membawa Haaland ke Old Trafford.
4. Umur , fizikal dan kecederaan Aguero
Purata usia 32 tahun merupakan kemuncak prestasi pemain bola sepak dan apatah lagi pemain itu telah mempunyai siri kecederaan sebelum ini.
With Brathwaite leaving Barca, Aguero might perfectly fit in the squad. He close friends with Messi too. But, his latest injury crisis might be problem.
Barca is even looking to sign Depay too. It will be interesting to see if both end up at Barca. https://t.co/LvXeMhZ5Oy
β Mario (@utd_mario) March 30, 2021
Seperti juga Aguero , penyerang Argentina ini mengalami beberapa siri kecederaan termasuk lutut bermula pada tahun 2018 sebelum kejohanan Piala Dunia 2018 bermula dan beliau cedera lagi pada Jun 2020 dan terpaksa berehat sehingga awal Januari 2021.
Is it a race to be fit for the World Cup for Sergio Aguero?
He's undergone surgery on a knee injury.
More π https://t.co/6BBAA97TFj pic.twitter.com/gBb5QObJiE
β BBC Sport (@BBCSport) April 18, 2018
Sergio Aguero's knee injury "does not look good" says Guardiola.
"He has struggled in the last month, some pain in his knee, so we will see."
π https://t.co/PtE4Ihmt5C#bbcfootball #mcfc pic.twitter.com/LOmSretKff
β BBC Sport (@BBCSport) June 23, 2020
Manchester United pasti menerima risiko yang tinggi sekiranya Aguero di bawa masuk ke dalam skuad pada musim depan dan sudah pasti perancangan Solksjaer dalam pemilihan penyerang untuk perlawanan penting boleh terjejas.
Rumusan
SetakatΒ ini semua kelab yang dikaitkan oleh Sergio Aguero masih lagi dalam khabar angin. Sementara itu Aguero cuba fokus untuk Pep Guardiola dalam usaha menambahkan lagi koleksi trofi juara City sehingga ke akhir musim. Beliau juga hanya akan memikirkan perkara tersebut selepas musim 2020/2021 berakhir.
When Sergio Aguero leaves, none of the squad that won Man City's first Premier League title in 2011-12 will be left at the club.
End of an era. pic.twitter.com/QtIOMwXSSH
β Goal Asia (@Goal_Asia_) March 31, 2021
Selamat maju jaya kepada Sergio Aguero. Anda menjadi lagenda dalam hati penyokong Manchester City sehingga akhir hayat. Maka berakhir sebuah pasukan City 2011/2012 yang berjaya merangkul gelaran trofi EPL dalam tempoh 10 tahun ini.
Β