England kini mengungguli kumpulan I sebagai pendahulu selepas menewaskan skuad Albania di Tirana stadium awal pagi tadi dengan kemenangan 2-0.
So far, so good. Next up in @FIFAWorldCup qualifying for the #ThreeLions:
🆚 Poland
🏟 @wembleystadium
🗓 Wednesday 31 March
📺 @ITV pic.twitter.com/b9WZOcT3wC— England (@England) March 28, 2021
Walau bagaimanapun Gareth Southgate mengakui England masih ada ruang untuk peningkatan selepas skuad kendalian beliau bergelut untuk menembusi benteng tuan rumah dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan I itu sehinggalah Kane menemui sasaran di akhir babak pertama dan jaringan kedua oleh Mason Mount pada babak kedua.
“Saya tidak suka cara kami mengendali permainan pada 15 minit terakhir, menyerang ketika tidak perlu.
“Saya gembira dengan kemenangan tetapi masih ada ruang untuk diperkemaskan.
“Kami perlu terus berusaha dalam kumpulan ini. Ramai yang memperkatakan tentang potensi kami tetapi jika mahu mencapainya kami perlu mencapai tahap yang lebih tinggi.
#ThreeLions boss Gareth Southgate admitted he wasn't totally satisfied with today's victory in Tirana: pic.twitter.com/0caOPm4UEn
— England (@England) March 28, 2021
“Saya rasa kami boleh lebih baik. Mereka boleh menikmati kemenangan ini tetapi saya rasa kami boleh meningkatkan persembahan,” kata Southgate.
Berikut adalah empat perkara perlawanan di antara Three Lions menentang pasukan tangga ke 66 dalam ranking FIFA.
1. Kemarau gol Harry Kane berakhir
Harry Kane terpaksa menunggu sehingga enam perlawanan untuk menamatkan kemarau jaringan selepas membantu England menewaskan Albania 2-0 ke di Tirana stadium awal pagi tadi.
Penyerang Spurs ini beraksi dalam kesebelasan utama Gareth Southgate menjaringkan gol pertama untuk England hasil umpanan daripada pertahanan Luke Shaw’s sekaligus gol pertama beliau dalam tempoh 500 hari selepas menentang Kosovo , November 2019.
Harry Kane's 3️⃣3️⃣rd international goal gives England the lead pic.twitter.com/CtOKgdQ06C
— Goal (@goal) March 28, 2021
Kapten England kembali membarisi kesebelasan utama selepas direhatkan ketika kemenangan 5-0 ke atas San Marino Khamis lalu, dan kini dia mengumpul 33 gol dalam 52 penampilan untuk England.
2. Luke Shaws tampil prestasi mengkagumkan.
Pertahanan kiri Manchester United ini terus menunjukkan prestasi terbaik beliau sepanjang aksi dalam perlawanan tersebut termasuklah membuka ruang kepada Harry Kane untuk menjaringkan gol.
Luke Shaw’s game by numbers vs. 🇦🇱:
100 total touches
100% long pass accuracy
92% pass accuracy
3/3 tackles won
1 assistIn the form of his life. 👌 pic.twitter.com/lWjC8G6xfY
— Statman Dave (@StatmanDave) March 28, 2021
Harry Kane goal!
Luke Shaw assist!
pic.twitter.com/MDchlQQ9Op— The Football Index 🎙 ⚽ (@TheFootballInd) March 28, 2021
Luke Shaws membuktikan beliau seorang pertahanan yang bagus dan mampu mencipta peluang gol kepada barisan serangan England yang membolehkan skuad kebangsaannya meraih kemenangan. Shaws mempamerkan aksi konsistennya seperti dalam kesebelasan Manchester United dalam liga Inggeris.
Luke Shaw now has five assists in his last 10 starts for club and country.
A superb cross for Harry Kane. pic.twitter.com/q9KJpSBrsG
— Squawka Football (@Squawka) March 28, 2021
3. Nick Pope catat rekod baru
Nick Pope menjadi penjaga gol pertama England yang tidak bolos dalam enam perlawanan pertamanya dalam tugasan beliau di peringkat antarabangsa.
6 – Nick Pope has kept a clean sheet in all six of his appearances for England; the first time a goalkeeper hasn't conceded in any of his first six games for The Three Lions. Tranquil. pic.twitter.com/Xh16FzerFo
— OptaJoe (@OptaJoe) March 28, 2021
Penjaga gol Burnley FC ini kemungkinan terpilih sebagai penjaga gawang utama untuk skuad England dalam kejohanan Euro 2020 kerana prestasi yang dipamerkan oleh beliau sangat baik sekali.
Nick Pope for England:
6 games
6 clean sheetsEngland's number one? 🧤 pic.twitter.com/gqItvZ8ZGA
— ESPN UK (@ESPNUK) March 28, 2021
Berdasarkan kesebelasan utama , Jordan Pickford merupakan penjaga gol nombor satu England. Namun ia tidak mustahil Gareth Soutgate akan memilih Nick Pope sebagai penjaga gol utama sekiranya beliau mempamerkan aksi konsisten yang berterusan.
4. Stones dan Maguire pilihan pertahanan utama England.
Gareth Southgate telah menggandingkan tonggak pertahanan tengah City dan United ini dalam perlawanan ini telah menunjukkan persefahaman yang baik di antara satu sama lain.
Luke Shaw starts for England against Albania – the #MUFC left-back’s first international appearance since September 2018. Harry Kane leads the line, with Harry Maguire & John Stones lining up in central defence pic.twitter.com/eT5ECgPh2U
— Simon Peach (@SimonPeach) March 28, 2021
Kedua pertahanan tengah ini mahu membalas semula kritikan dari pihak luar kerana aksi mereka yang tidak memberangsangkan pada perlawanan antarabangsa dalam Liga Juara Negara pada tahun lepas dengan menampilkan aksi yang terbaik untuk mempertahankan gol daripada dibolosi dan membuat kesilapan yang memalukan.
Harry Maguire vs Albania
90 minutes
97% pass success rate
103 accurate passes
4 duels won#ForeverRedDevils #Shaw #ManUtd #MUFC #England #ThreeLions pic.twitter.com/NOIYHVELc7— ForeverRedDevils (@ForeverRdDevils) March 28, 2021
If you're Gareth Southgate, do you partner John Stones with Harry Maguire for the Euros? 🤔🏴#ThreeLions pic.twitter.com/Aaipa0sMhl
— sportingbet UK (@Sportingbet_com) March 28, 2021
Penutup
Apakah England mampu menjadi pencabar utama dalam kejohanan tertinggi Euro 2020 dan Piala Dunia 2022 , ia terserah kepada skuad muda Three Lions yang mempunyai purata umur 26 tahun.
Liga Inggeris merupakan liga paling popular di seluruh dunia namun , England masih gagal untuk melayakkan diri ke pentas final selepas memenangi Piala Dunia pada tahun 1966 di tempat sendiri.