30 Stadium Serata Dunia Dengan Atmosfera Perlawanan Paling Dasyat

Stadium boleh menjadi lambang kemegahan sesebuah kelab bola sepak. Lihat sahaja ke Anfield sebagai contoh. Liverpool pernah menjelmakan magis di Anfield apabila membuatkan Barcelona menggigit jari di separuh akhir kedua Champions League pada musim lalu.

Penularan wabak global yang menjadi masalah dunia turut memberi kesan negatif kepada bola sepak. Buat masa ini, beberapa saingan liga telah kembali dimainkan tanpa kehadiran penyokong.

Rindu dengan keadaan stadium dan atmosfera perlawanan sebenar? Kami akui perkara itu. Bola sepak tidak akan sama tanpa penyokong.

Berikut adalah senarai 30 stadium di dunia dengan atmosfera perlawanan terhangat yang pernah dihasilkan penyokong menurut majalah bola sepak terkenal dunia, France Football.

Walaupun ianya masih lama untuk kita melihat bola sepak pulih sepenuhnya, artikel ini sekurang-kuranya mengingatkan kita erti bola sepak sebenar yang semua rindukan.

30 | Millerntor-Stadion | St. Pauli | Germany

Kapasiti – 29,546

29 | Parc des Princes | PSG | France

Kapasiti – 47,929

28 | Stade Olympique de Rades | Esperance Sportive de Tunis | Tunisia

Kapasiti – 60,000

27 | Stade du 5 Juillet | Mouloudia Club d’Alger | Algeria

Kapasiti – 64,000

26 | Estadio da Luz | Benfica | Portugal

Kapasiti – 64,642

25 | Marshal Jozef Pilsudski Stadium | Legia Warsaw | Poland

Kapasiti – 31,800

24 | Estadio Pedro Bidegain | San Lorenzo | Argentina

Kapasiti – 47,964


23 | Stadio Olimpico | Roma | Italy

Kapasiti – 70,634

22 | St. James’ Park | Newcastle | England

Kapasiti – 52,354

21 | Campeon del Siglo | Penarol | Uruguay

Kapasiti – 40,000

20 | Stade Mohammed V | Raja Casablanca and Wydad Casablanca | Morocco

Kapasiti – 45,000

19 | Toumba Stadium | PAOK | Greece

Kapasiti – 29,000

18 | Mestalla | Valencia | Spain

Kapasiti – 55,000


17 | Sukru Saracoglu Stadium | Fenerbahce | Turkey

Kapasiti – 29,000

16 | Cairo International Stadium | Al Ahly | Egypt

Kapasiti – 74,000

15 | Stade Geoffroy-Guichard | Saint-Etienne | France

Kapasiti – 41,965


14 | Stade Velodrome | Marseille | France

Kapasiti – 67,394

13 | San Paolo | Napoli | Italy

Kapasiti – 55,000

12 | De Kuip | Feyenoord | Netherlands

Kapasiti – 51,117


11 | Turk Telekom Arena | Galatasaray | Turkey

Kapasiti – 24,354


10 | Maracana | Flamengo | Brazil

Kapasiti – 78,838


9 | San Mames | Athletic Bilbao | Spain

Kapasiti – 53,289


8 | Karaiskaki Stadium | Olympiacos | Greece

Kapasiti – 32,115


7 | Vodafone Park | Besiktas | Turkey

Kapasiti – 41,903


6 | Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti | River Plate | Argentina

Kapasiti – 70,074


5 | Celtic Park | Celtic | Scotland

Kapsiti – 60,411


4 | Rajko Mitic Stadium | Red Star | Serbia

Kapasiti – 53,000

3 | Signal Iduna Park | Borussia Dortmund | Germany

Kapasiti – 81,365

2 | Anfield | Liverpool | England

Kapasiti – 54,074

1 | Bombonera | Boca Juniors | Argentina

Kapasiti – 49,000

Penutup

Jadi France Football telah menobatkan Bombonera, iaitu arena milik Boca Juniors sebagai stadium dengan atmosfera perlawanan terhebat.

Bombonera membawa maksud ‘Kotak Coklat’ kerana bentuknya, bersama satu kawasan mendatar pada satu bahagian padang, dan tiga bahagian lain di stadium.

Liverpool pula di tangga kedua. Kebetulan kelab Meseyside itu muncul juara eropah pada musim lalu, dan bakal menamatkan saingan pada musim ini selaku juara selepas 30 tahun ketandusan kejuaraan Liga Inggeris.

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Di manakah Stadium Gelora Bung Karno, atau Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua-duanya tidak berada di dalam senarai oleh France Football.

Malangnya kedua-dua stadium hanya menghasilkan aura atau atmosfera luar biasa membabitkan pertemuan kedua-dua negara. Indonesia dalam perlawanan kelayakan peringkat kumpulan selain bertemu Malaysia misalnya, berhadapan kesukaran untuk memastikan stadium penuh.

Apatah lagi untuk mewujudkan atmosfera yang konsisten pada setiap perlawanan.

Kongsi artikel ini