3 Strategi Dan Polisi Perpindahan Pemain Oleh Sir Alex Ferguson

Sir Alex Ferguson dianggap sebagai pengurus legenda dan paling berjaya di dalam sejarah bola sepak dunia.

Secara keseluruhan Ferguson telah menjuarai 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua kejuaraaan Champions League, dan lima Piala FA.

Kejuaraan tersebut adalah sebahagian daripada 38 kejuaraan utama keseluruhan yang telah dimenangi sepanjang tempoh beliau berada di Old Trafford – sepanjang hampir tiga dekad mendominasi bola sepak Inggeris.

Untuk memastikan dominasi berterusan, sesebuah kelab harus memiliki polisi perpindahan pemain yang baik, selain daripada kemampuan kelab menhgasilkan generasi pemain muda yang mampu bersaing di petandingan tertinggi.

Tiga strategi dan polisi SAF

Bekas bek kanan Manchester United yGary Neville, berkongsi polisi dan strategi yang diamalkan oleh Ferguson demi mematikan dominasi United berterusan pada ketika itu.

“Ada tiga kategori atau strategi utama,” kata Neville kepada Sky Sports.

“Polisi utama beliau ialah untuk sentiasa membawa masuk pemain muda dari sistem sedia ada di dalam kelab. Itu adalah strategi pertama sebelum beliau melihat ke pasaran pemain di luar.

“Yang kedua ialah beliau sentiasa mencari pemain terbaik yang ada di Premier League, pemain yang boleh dipercayai, dan masih boleh berkembang bersama kelab untuk tempoh masa yang lama. Gary Pallister, Steve Bruce, Wayne Rooney, Rio Ferdinand, Robin van Persie [adalah pemain di dalam kategori ini].

“Kemudian beliau akan sentiasa mahu menambah mana-mana bakat antarabangsa lain yang boleh bermain dan datang ke Manchester.

“Ia harus pemain yang beliau boleh bentuk menjadi pemain yang hebat seperti Nemanja Vidic, Peter Schmeichel, Patrice Evra, Cristiano Ronaldo, dan Ole Gunnar Solskjaer.

“Amar jarang sekali beliau mahu membeli pemain bintang yang sudah lengkap, dan ia tidak jauh dengan taktik yang diamalkan oleh Manchester City pada hari ini.”

Bukan sekadar beli

Dan kebolehan Sir Alex bukan sekadar mendapatkan pemain untuk Manchester United. Neville turut menganggap Ferguson mahir melepaskan seseorang pemain ke kelab lain.

Neville berkata Ferguson tidak aka membenarkan ramai pemain untuk pergi dalam tempoh semusim, dan pada masa yang sama membina kembali keseluruhan skuad untuk memastikan kestabilan itu dapat dikekalkan.

“Dari sudut penjualan pemain, beliau akan mengeluarkan pemain itu jika tidak cukup bagus, atau bila beliau berpendapat pemain itu mulai mempersoalkan beliau.

“Beliau amat tegas bab itu,” tambah Neville.

“Strategi United seperti sebuah conveyor. Ada beberapa akan di bawa masuk, dan beberapa akan dikeluarkan. Tidak akan ramai pemain dikeluarkan, atau perubahan besar terus dilakukan dalam semusim.

“Ia dikawal sepenuhnya, Akan ada enam atau tujuh pemain muda, 10 pemain dalam usia pertengahan dan dalam empat pemain di atas usia 30 tahun.

“Mana-mana kelab memiliki kelompok pemain sebegini akan mempunyai dinasti, dan stabiliti di kalangan pemain dan pasukan.”

 

Kongsi artikel ini