3 ‘Small Details’ Dilakukan Kim Pan-gon Yang Menjadi Perubahan Besar Ubah Harimau Malaya

Ramai yang tertanya-tanya apakah perubahan yang telah dibawa oleh Kim Pan-gon yang berjaya mengubah wajah skuad Harimau Malaya di dalam tempoh yang singkat.

Jika diimbau kembali jurulatih dari Korea Selatan itu hanya tiba di Malaysia pada Februari lalu.

Hanya di dalam tempoh lebih kurang 4 bulan, beliau berjaya mengubah sebuah pasukan Malaysia yang pada mulanya seperti hilang pengharapan kepada sebuah pasukan yang membuatkan seluruh peminat bola sepak tanah air kembali menanam pengharapan.

Pelbagai teori dan pendapat diluahkan di media sosial. Ini pula ulasan seorang penulis bebas di Facebook, Jali Pok Yah.

Melalui tulisannya, Jali menjelaskan butiran kecil yang diubah oleh Kim Pan-gon yang berjaya mengubah cabaran pasukan di pusingan kelayakan Piala Asia baru-baru ini.

———————————————————————————-

Aku tertarik dengan perbualan antara Hafizal, Syukor Adan dan Safee Sali berkenaan Kim Pan Gon semasa awal rancangan. Ada jugak aku terbaca dekat twitter dan di laman facebook lainnya.

Kim Pan Gon unik kata mereka. Tak pernah ada coach seteliti beliau. Dan ini menjawab kenapa corak permainan Malaysia begitu ketara berubah.

Bahkan dari nada mereka bercakap seolah-olah KPG seorang yang mampu merevolusi taktikal, DNA dan gaya permainan bola sepak Malaysia. Wah, hebat tu pujiannya kan?

So apa kata kita baca jap. Apa sebenarnya yang berubah?

Satu pasukan, satu tujuan, satu jiwa, satu hati
Masa dulu, pemain yang baru sampai, ke stadium, semuanya pakai headphone sendiri. Pakai earphone dan ada lagu sendiri.

Budaya baru sekarang, kata Hafizal, KPG buang budaya tu. Pemain hanya perlu dengar satu lagu yang sama saja. Earphone dan headphone dah tidak dibenarkan.

“Kalau dulu, ada lagu brazil lah, lagu inilah.. sekarang dah takde dah eh?” Tanya Syukor Adan lebih kurang dialognya.

Mereka cuba flashback bagaimana lagu I love You, I miss You dendangan Ukays viral kerana lagu tu didengari dan dinyanyikan oleh Farizal Marlias dan Akhyar Rasyid.

Safee Sali mengiyakan hal-hal dulu, dan Hafizal berseloroh, dengan menyebut kalau KPG nak mereka dengar lagu korea, maka lagu korea lah, nak dengar lagu zapin, lagu zapin lah.

Pokok pangkal cerita adalah, KPG nak synchronise kan semua hal walau hal sekecil lagu di telinga player. Kalau perasan, masa latihan di Stadium, KPG setkan beberapa lagu rancak dan menghiburkan.

Dan tiada player yang berheadphone masa mengayuh atau berjalan atas mesin trek.

Tapi kalu ada lagi yang pakai masa turun bas ke, atas bas ke, wallahua’alam lah. Ni Hafizal yang cakap semalam. Kah kah kah. Maybe waktu latihan saja rasanya KPG strict kan benda ni.

Peranan ‘Pemain ke-12’

KPG taksub dengan fan atau Ultras Malaya. Semua akui KPG memang betul-betul suka dengan aura sokongan yang berimpak tinggi.

Di Singapura (Kejohanan Tri-Nations) kata Hafizal, oleh kerana Ultras Malaya tiada, dan kalau ada pun ianya minima, KPG mainkan suara Ultras Malaya di bilik persalinan dan semasa latihan.

Ini adalah satu lagi bentuk motivasi dan betapa dia nak dekatkan aura menyokong dengan player dia.

Bayangkan mainkan video atau audio UM di sepanjang latihan. Tak naikkan semangat tak tahu la kan.. Boleh jadi dia nak player dia tak kekok dengan sorakan penyokong sendiri.

Bak kata Peja di suatu waktu, suara penyokong kan boleh alihkan fokus pemain, hahahaha. Ye ye, dia dah minta maaf dah.

Stesen TV pun terus “ban” wajah beliau dari terpampang malam tadi. Hanya fokus pada Perdana Menteri ja. Ke Peja tak datang semalam? 🤔

Taktikal luar padang

KPG susun taktikal bukan sekadar untuk player atas padang saja atau ksebelasan utama. Dia juga ada bertemu geng pengutip bola (budak milo) dan juga mereka yang bertugas untuk maintenance padang.

Yang jadi buruk sebab cuaca tu bukanlah salah satu dari perancangan KPG. Tetapi kalau korang perasan, budak milo kita macam lambat-lambatkan, atau cuba cari bola yang jauh untuk diberikan kepada pihak lawan sejak game pertama lagi.

Bukan tu saja. Dalam satu twitter ada jugak cerita, KPG dah setkan aturan keluasan atau ukuran permainan yang sesuai dengan Malaysia. Aku takde lah arif sangat pasal benda ni.

Di Football Manager ada jugak benda ni. Padang saiznya sama je secara luaran. Tapi, dimension permainan leh diubah sikit mengikut corak yang dimahukan oleh tuan rumah.

Aku pun tak paham bagaimana formula ni kan? Better korang google je lah senang. Apa-apa pun, kalau paham benda ni, dia akan jadi home advantage.

Dan home advantage tak pernah kita pikirkan atau mana-mana coach Harimau Malaya pikirkan sebelum ni.
Aku yakin, masih banyak lagi perubahan yang telah KPG lakukan untuk skuad Malaysia.

Leh tak korang senaraikan lagi, apa yang telah KPG ubah untuk Malaysia? Yang berbeza dari dulu-dulu/

Penutup

Dah-dah la tu, bencinya korang kepada player tertentu. Mereka juga ada dalam senarai sejarah Malaysia ke Piala Asia. Baik De Paula atau Farizal Marlias. Mereka manusia.

Ada silap ada bagus. Macam kita semua ni perfect sangatkan? Kah kah kah.

Kongsi artikel ini