3 Sebab Mengapa Setan Merah Harus Lepaskan Cristiano Ronaldo

Pemain veteran Cristiano Ronaldo merasakan kelab Manchester United seperti tidak mempunyai gagasan mahupun impian yang kuat meskipun di bawah pengurusan era Erik Ten Hag kerana kelab itu masih lagi terlalu perlahan menandatangani pemain-pemain baharu untuk musim yang akan datang.

Hal ini menyebabkan pemain tersebut mahu segera berpindah ke kelab yang lain dan terdapat desas-desus mengatakan kelab dari Italy Napoli sedang memerhatikan situasi terdesak pemain berusia 37 tahun ini.

Agen vip pemain berkenaan Jorge Mendes telah memberitahu kepada Manchester United bahawa Cristiano mahu meninggalkan segera kelab itu sekiranya terdapat tawaran daripada kelab lain terutama kelab yang akan bersaing di dalam kejohanan Trofi liga Juara-juara 2022/2023.

Pengarah Teknikal Manchester United pada pada ketika ini sedang berusaha untuk membawa pemain yang dimahukan oleh pengurus berasal dari Belanda itu seperti Frenkie de Jong.

Tetapi sehingga artikel ini ditulis masih lagi belum ada pengumuman rasmi bahawa pemain tengah kreatif itu akan bermain di Old Trafford.

Selain daripada De Jong , Setan Merah mahu membawa pemain seperti Anthony dan Martinez dan Eriksen untuk membina semula pasukan berwajah baharu Manchester United.

Bukan setakat Cristiano Ronaldo yang bimbang akan situasi terlalu perlahan dalam pembelian pemain musim panas ini malahan penyokong setia kelab itu juga bengang dengan aktiviti jual beli pemain seperti yang berjaya dilakukan oleh Liverpool , Arsenal , Chelsea dan beberapa kelab lain.

Tetapi tidak salah sekiranya lembaga pengurusan mahu melepaskan pemain Portugal itu walaupun mereka mahu mengekalkannya sehingga tamat kontrak pada musim depan.

1. Gaji Cristiano Ronaldo Tinggi

Kelab boleh menstrukturkan semula gaji pemain dan boleh menstabilkan kewangan kelab.

Gaji yang diperlolehi oleh CR7 adalah yang tertinggi dalam hierarki pendapatan pemain kelab ialah £450 ribu/seminggu.

Dengan gaji itu , kelab boleh menampung gaji 2-3 pemain baharu yang dibawa masuk seperti yang dimahukan Erik Ten Hag.

2. Bruno Boleh Pamerkan Sentuhan Ajaibnya Semula

Rakan sepasukan Portugal Ronaldo , Bruno adalah salah seorang aset Manchester United yang paling berjaya menyelamatkan keadaan kelab semasa di bawah era Solksjaer.

Dibeli pada awal Januari 2020 , Bruno mempamerkan aksi berprestasi tinggi yang melonjakkan kelab itu dalam kelompok 4 kelab teratas dalam liga premier Inggeris.

Bagaimanapun kehadiran Ronaldo sedikit sebanyak menggugat prestasi Bruno.

Dengan pemergian Ronaldo , Bruno mungkin adalah salah seorang calon yang dilantik sebagai kapten baharu United menggantikan Maguire.

3. Gaya Taktikal Baharu Ten Hag

Sekiranya CR7 berpindah ke kelab lain , ia mungkin membantu Ten Hag mengimplementasikan gaya baharu permainan Manchester.

Taktikal Ten Hag adalah beliau lebih suka pemain hadapan membuat high pressing ke atas pemain lawan.

Pengurus Interim Ralf Ragnick pernah mencuba taktikal permainan dengan cara ini.

Tetapi beliau tidak berjaya kerana pemain-pemainnya sebelum ini tidak mempunyai kecergasan yang tinggi.

Walaupun badan Ronaldo dilihat seperti seorang pemain berusia 25 tahun , dia tidak mampu lagi bermain dalam tempo yang tinggi sepanjang permainan yang diperlukan.

Justeru , Ronaldo mungkin bakal dilihat sebagai pemain yang tidak sesuai bermain dengan gaya permainan Ten Hag.

Penutup

Justifikasi samaada Ronaldo perlu dikekalkan ataupun tidak adalah keputusan daripada Lembaga Pengarah Manchester United sendiri.

Sekiranya kelab bersedia melepaskan Ronaldo , penjualan pemain itu sekurang-kurangnya boleh mendapatkan modal tambahan untuk membeli pemain yang lain pula.

Dalam era Ten Hag , Manchester United harus jalan terus dengan membawa falsafah , gerak kerja dan pengurusan baharu agar dapat mengembalikan Setan Merah kembali menjadi gergasi dalam ‘big four EPL’ sebelum ini.

 

 

Kongsi artikel ini