3 Perkara Yang FAM Perlu Belajar Dari Vietnam Selepas Malaysia Tewas Lagi

Vietnam membenam dengan mudah skuad kebangsaan 3-0 di Stadium Bishan Singapura malam tadi dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020.

Kekalahan ini menyaksikan Harimau Malaya jatuh ke anak tangga ketiga dengan Indonesia memimpin carta kumpulan B walaupun berkongsi enam mata dengan Vietnam tetapi jumlah gol menjadi jurang perbezaan.

Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut kepada skuad Park Hang Seo dan nyata ia sangat mengecewakan penyokong-penyokong tanah air.

Namun harus diingatkan sekali lagi , Vietnam berada di kelas yang tersendiri dengan Park Hang Seo juga memiliki skuad depth yang ramai dan berkualiti.

Tewas buat kali keempat kepada Vietnam sepatutnya membuka mata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memberikan respon apakah kelemahan dan kesilapan yang perlu mereka tangani selepas ini.

1. Isu penyertaan 24 pemain skuad kebangsaan

Pada kempen Piala AFF kali ini , Tan Cheng Hoe hanya membawa 24 orang pemain ke Singapura. Namun dua orang pemainnya , Khairul Azhan (penjaga gol) dan Faisal Halim (pemain sayap) didapati positif Covid19 setelah ujian calitan dilakukan di Lapangan Terbang Changi dan mereka kini sedang menjalani kuarantin selama 10 hari.

Akhyar Rasyid dan Quentin Cheng juga didapati positif selepas perlawanan pertama menentang Kemboja. Kedua-dua pemain ini juga menjalani kuarantin selama 10 hari. Keadaan ini memaksa Tan Cheng Hoe membuat rayuan penggantian ke atas pemain-pemain yang positif virus ini.

Perkara ini mendapat perhatian daripada pemerhati bolasepak baik yang professional mahupun amatur dan Park Hang Seo sendiri. Mengapa TCH tidak membawa pemain seramai 30 orang sedangkan itulah jumlah yang dibenarkan oleh penganjur Piala AFF Suzuki 2020 pada kali ini.

Sekiranya TCH membawa skuad penuh , jurulatih ini mempunyai beberapa pilihan yang lebih banyak untuk menggantikan pemain yang tercedera dan positif covid19.

Sedemikian FAM dan pengurusan skuad kebangsaan tidak boleh lagi melakukan kesilapan ini sekali lagi di pertandingan masa hadapan.

2. Kualiti pemain naturalisasi di dalam skuad negara

Guilherme De Paula terus mendapat kepercayaan daripada Tan Cheng Hoe dan ini sesuatu yang sangat dipertikaikan oleh penyokong sendiri. Pemain berusia 35 tahun yang berasal dari Brazil tidak menunjukkan kualiti seorang penyerang yang berprestij.

Statistik pemain ini jelas sangatlah buruk dan ia adalah satu pembaziran membawa seorang pemain ke kejohanan tertinggi peringkat ASEAN kerana pemain tempatan lebih baik seperti Safawi Rasid dan Kogi berbanding Guilherme sendiri.

 

Manakala Park Hang Seo menggunakan 100% pemain tempatan kerana dia memberikan DNA bolasepak dan taktikal Vietnam serta mempunyai pemantau bakat yang terbaik dalam mencungkil bakat pemain-pemain muda yang sedia ada.

3. Ketiadaan Perlawanan Pemanas Badan

Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membatalkan perlawanan persahabatan dalam bulan November lalu berikutan jadual padat ketika pasukan-pasukan Malaysia sedang beraksi dalam saingan Piala Malaysia

Ini merupakan pengajaran yang patut FAM kesali. Piala AFF Suzuki adalah medan pertandingan mencari juara bolasepak Asia Tenggara. Justeru pasukan negara lain pasti akan melakukan persiapan rapi bagi menyediakan pasukan yang mantap.

Pasukan seperti Indonesia telah membuat persiapan rapi dengan PSSI telah menghantar mereka ke ke latihan pusat di Turki.

Indonesia telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga buah pasukan. Antaranya ialah dengan kelab Turki , Antalyaspor , Myanmar dan Afghanistan. Indonesia tewas dengan pasukan dari Afghanistan 0-1 namun menang ke atas kelab Antalyaspor , Turki. Garuda juga menewaskan Myanmar 4-0 dan ini menjadikan pemain kendalian Shin Tae-yong dapat dinilai dengan baik sekali.

Gergasi ASEAN ini pula baru selesai bermain di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia pada bulan yang lepas. Walaupun gagal ke peringkat seterusnya , kualiti pemain-pemain Vietnam dari segi kepantasan permainan dan taktikal begitu cemerlang sekali.

Rumusan

Adalah tidak adil untuk menyalahkan pemain-pemain yang bertungkus-lumus untuk cuba menewaskan pasukan Vietnam tetapi kita harus mengakui itu sahajalah tahap yang Malaysia ada pada ketika ini.

Namun , ketiadaan kelibat Sumareh , Corbin Ong , Mathew Davies dan Brendan Gan memberikan peluang kepada pemain muda seperti Mukhairi Ajmal , Kogi dan lain-lain untuk menimba pengalaman adalah keputusan tepat yang dilakukan oleh Tan Cheng Hoe.

Malaysia akan bertemu dengan Indonesia pada 19 Disember 2021 , dan dalam tempoh seminggu ini para pemain akan mendapat rehat yang secukupnya

Ini juga memberikan kecederaan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad akan pulih supaya mampu  beraksi dalam perlawanan yang wajib menang untuk Harimau Malaya ke peringkat separuh akhir nanti.

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini