3 Perkara Kim Pan-gon Bawa Dalam Sistem Kejurulatihan Taraf Dunia Harimau Malaya

“Saya jurulatih kecil. Anda tahu saya datang ke sini , saya minta semua orang membantu dan mendapat sokongan istimewa daripada pasukan Liga Super dan dengan FAM saya banyak menuntut walaupun saya rasa ia sukar untuk mereka tetapi presiden mencuba dan berusaha untuk mewujudkannya.”

“Seperti dalam kem latihan ini, kami banyak menambah baik dari segi infrastruktur, kami mendapat perkara yang terbaik. Saya tidak melakukan apa-apa dengan seorang diri tetapi semua orang di sini melakukan kerja yang baik,”

Itulah nada Kim Pan-gon yang mempunyai sifat rendah diri ketika sidang media selepas perlawanan selepas Malaysia menumpaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil untuk mengesahkan tempat Piala Asia 2023.

Dari sebuah pasukan yang tidak diberikan pengharapan kepada sebuah pasukan yang menanam impian khusus kepada penyokong Harimau Malaya dalam tempoh lebih kurang empat bulan sebagai Kim Pan-gon sebagai jurulatih.

Ini tiga perkara yang telah di bawa oleh KPG era baharu Harimau Malaya.

1. Analisis Perlawanan Semasa

Perasankah anda sewaktu perlawanan Malaysia vs Bangladesh terdapat salah seorang kakitangan kejurulatihannya sedang membuat rakaman di bangku pemain simpanan.

 

Menurut pandangan seorang penyokong bolasepak Malaysia yang juga merupakan seorang jurulatih muda , Shaiful Shazwan dalam catatan di media sosial facebooknya 

“Salah satu pembaharuan yang diperkenalkan KPG selain daripada GamePlay serta method latihan.
“Tatkala mata barisan kejurulatihan serta pemain tertumpu ke padang tatkala Safawi bersedia mengambil sepakan penalti, kelihatan seorang oppa sedang tekun meneliti gajet yang berada di tangan serta di hadapannya.”
“Membawa Analyst untuk berada di bench bukan perkara asing di negara / liga luar, namun semestinya ia adalah satu perkara yang masih baru dalam landskap bola sepak kita. Selalunya, tugas Analyst di Liga M tertumpu kepada video recording + editing untuk disediakan kepada Head Coach serta barisan kejurulatihan mereka.”
“Melihat kepada gambar ini, saya yakin tugas merakam video ketika perlawanan berlangsung diserahkan kepada individu lain bagi menyokong Analyst yang berada di bench pasukan. Ada nampak jugak device di telinga Oppa ni, mungkin bagi tujuan komunikasi.”
May be an image of 8 people, people standing and text that says 'QUALIFIERS AFC ASIANCUP 2023 15:31 MAS astro I-1I ARENA 801HD LANGSUNG'
Kim Pan-gon sangat teliti dalam kerjanya dan menurut pengulas Sukan Astro Arena Hafizal Hamad beliau berkata selepas Harimau Malaya tewas dengan Bahrain , beliau memanggil semua kakitangan kejurulatihannya bagi membentangkan laporan analisis pemain kepadanya pelbagai sudut dari 12.30 malam sehingga jam 04.30 pagi.
2. Pasukan Kejurulatihan Professional
Pasukan jurulatih di wujudkan untuk membantu Jurulatih  Utama pasukan bolasepak. Setiap jurulatih mempunyai kepakaran spesifik yang tertentu seperti jurulatih penjaga gol, jurulatih strength and conditioning, jurulatih psikologi dan lain lain.

Sedemikian Kim Pan-gon telah membawa pasukan kejurulatihannya sendiri seperti Pau Marti Vicente akan bertindak selaku penolong jurulatih, Cho Jun-ho pula bakal mengendalikan sesi latihan penjaga gol, Dr Gokhan Kandemir bertugas sebagai jurulatih kecergasan dan Lim Jae-hun selaku penganalisis prestasi pasukan.

Bekas jurulatih Sarawak United E.Elavarasan turut dilantik sebagai pembantu jurulatih Kim Pan-gon kerana menepati kriteria utama yang dikehendakinya iaitu seorang jurulatih yang berpengalaman luas dengan senario bola sepak Malaysia dan cukup mengenali pemain-pemain yang sedang beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Premier.

Jurulatih dari Korea Selatan amat jelas dengan falsafah ini kerana jurulatih yang berjaya memberi impak yang positif kepada setiap individu dalam pasukan akan membawa kejayaan dalam kejohanan pertandingan.

3. Memaksimumkan potensi pemain

Safawi Rasid , Dion John Cools , Darren Lok , Faisal Halim dan Syamer Kutty Abba antara beberapa pemain yang menyerlah dalam ketiga-tiga perlawanan kumpulan E Piala Asia 2023.

Ini ternyata bahawa Kim Pan-gon dapat mengenali dan membangunkan kemampuan bakat pemain-pemain yang berada dalam skuadnya.

Lihat seperti Sapawi Rasid yang dapat peranan baharu sebagai free-role dan selesa dengan posisi baharunya ketika bermain bersama dengan Ariff Aiman.

Dion Cools dan Faisal Halim yang mendapat MOTM berjaya memahami taktikal pelbagai versi seperti yang dimahukan oleh Kim Pan-gon manakala Syamer Kutty Abba turut mempamerkan peningkatan kualiti permainannya.

Rumusan

Tidak salah untuk menyatakan bahawa daripada 27 jurulatih yang pernah menjadi ketua jurulatih kebangsaan selepas tahun 1982 , Kim Pan-gon adalah jurulatih skuad kebangsaan yang akan diingati oleh penyokong Harimau Malaya.

Semoga terus menaikkan nama Malaysia , Kim Pan-gon!

 

Kongsi artikel ini