3 Diva Dianggap Paling Menggoda Pernah Menghiasai SMACKDOWN

Smackdown pernah menghadirkan penggusti wanita yang boleh menyebabkan sesiapa sahaja tergoda. Berikut kami akan menghadirkan 3 Diva paling menggoda yang pernah ada di Smackdown.

Istilah ‘Diva’ ataus ‘Ratu’ itu sendiri mulai muncul untuk mengeglar penggusti wanita yang tampil di Smackdown atau WWE.

EVA MARIE

Eva Marie adalah seorang peggusti profesional yang berasal dari Amerika Syarikat yang juga merupakan seorang aktres dan model.

Satu-satunya filem di mana Eva Marie pernah berlakon adalah Inconceivable (2017).

Melakukan debut di SMACKDOWN pada 2013, wanita cantik ini meraih pendapatan USD200,000 setahun dari arena gusti. Sebelum bergelar penggusti profesional, Eva Marie turut giat bermain bola sepak mewakili California State University.

Sememangnya berpewatakan seksi, Eva Marie kini berusia 35 tahun dan merupakan juara WWE DIVA SEARCH pada 2013.

Bukan sahaja cantik dan menggoda, Eva Marie juga dianggap sebagai penggusti yang bijak kerana mempunyai Bachelor of Arts in Business Management dan minor dalam Human Resource.

Rosa Mendes

Diva WWE berasal dari Kanada ini kini sudah pun bersara sebagai penggusti. Kini Rosa Mendes memegag peranan sebagai seroang pengurus.

Mendes yang juga merupakan seorang model ini pernah memenangi pelbagai kejuaraan. Namu demikian, Mendes belum pernah bergelar DIVA WWE.

Antara kejuraan yang pernah diraih oleh Rose Mendes ialah Florida Championship Wrestling, Ohio Valley Wrestling, Pro Wrestling Illustrated, World Wrestling Entertainment dan Wrestling Observer Newsletter.

Nikki Bella

Nikki Bella merupakan peggusti, model, dan aktres berasal dari Amerika Serikat.

Nikki Bella memulakan kariernya di WWE pada tahun 2007 dan memiliki seorang saudara kembar bernama Brie Bella.

Antara filem lakonan yang pernah dijayakan Nikki Bella adalah seperti ‘Confessions of a Womanizer’ dan ‘The Flintstones & WWE: Stone Age SmackDown!’

Dibandingkan dengan Eva Marie dan Rosa Mendes, Nikki Bella memiliki lebih banyak gelaran juara WWE. Sehingga kini, Niki Bella sudah memiliki lima gelaran juara WWE.

Penutup

Macam mana? sebenarnya kami pening nak pilih banyak-banyak. Cukuplah tiga. Apa pula pilihan anda?

Kongsi artikel ini