Fajar yang menyinsing dalam kehidupan Mikel Arteta pada ketika ini bukanlah satu keadaan yang dimahukan oleh pengurus The Gunners ini kerana masih lagi tercari-cari tonik kemenangan dalam permulaan musim baharu 2021/2022.
Badi kekalahan dalam perlawanan kedua menentang Chelsea selepas tewas pada kelab yang baru dinaikkan pangkat , Brentford City minggu lalu ternyata ia mengecewakan para penyokong The Gunners.
20 – Mikel Arteta suffered his 20th defeat as Arsenal manager in the Premier League, in what was his 60th game – while Arsène Wenger didn’t register his 20th defeat with the Gunners in the competition until his 116th game. Gulf. pic.twitter.com/NRgTaGKFSW
— OptaJoe (@OptaJoe) August 22, 2021
Buat kali pertama dalam sejarah 118 tahun kelab Arsenal ditubuhkan , mereka tewas dalam dua perlawanan berturut-turut tanpa jaringan gol dan kini berada dalam kelompok empat pasukan ditangga yang paling terbawah sekali di Liga Perdana Inggeris.
Arsenal have lost their opening two games of a league season for only the third time in the Premier League era:
❌ 1992/93
❌ 2018/19
❌ 2021/22A worrying start to the season. pic.twitter.com/4JWQIquu8i
— Squawka Football (@Squawka) August 22, 2021
Namun , ini baru dua perlawanan di awal musim yang tidak boleh dinilaikan lagi oleh peminat Arsenal. Harus diingatkan , Arteta telah pun menghadiahkan Piala FA pada musim lepas kepada penyokongnya dan ia adalah permulaan positif dalam satu proses yang masih panjang.
Skuad The Gunners dalam keadaan tempang setelah pemain yang menjadi tonggak utama dalam kesebelasan utama tidak dapat bermain disebabkan terkena Covid19 dan mengalami kecederaan yang tidak sempat pulih.
Penyerang utama seperti Pierre-Emerick Aubameyang tidak bermain dalam perlawanan pertama kembali dalam kesebelasan pasukan menentang The Blues tetapi hanya diletakkan di dalam bangkus simpanan manakala Alexandre Lacazette langsung tidak disenaraikan.
Pertahanan termahal Arsenal , Ben White juga terlepas peluang untuk aksi kedua menentang Chelsea kerana didapati positif Covid19 dan terpaksa dikuarantinkan mengikut protokol yang ditetapkan.
Arsenal defender Ben White has been ruled out of their London derby against Chelsea after testing positive for Covid.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 22, 2021
Gabriel Magalhaes dan Thomas Partey masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan manakala bekas pemain Real Madrid , Martin Odegaard yang baharu sahaja disahkan sebagai pemain tetap The Gunners masih dalam proses mendapatkan permit kerja dan visanya. Ini menjadi faktor Mikel Arteta belum dapat menyajikan kesebelasan utama terbaiknya dalam menghadapi dua perlawanan awal musim ini.
Mikel Arteta juga perlu bekerja keras memperbaiki kelemahan yang ada terhadap pemain-pemainnya untuk bangkit dalam perlawanan-perlawanan yang seterusnya. Kekurangan kreativiti dan ketumpulan di bahagian depan juga perlu diperkemaskan sekiranya mahu mencabar enam pasukan teratas yang telah memperolehi dua kemenangan berturut.
Bukayo Saka (1) and Granit Xhaka (1) were the only two Arsenal players to create a chance in the first half against Chelsea.
Creativity has been lacking. pic.twitter.com/WhCBBuVi1X
— Squawka Football (@Squawka) August 22, 2021
” Ia sangat mencabar pada masa ini. Kehilangan sembilan pemain yang majoritinya pemain senior adalah satu tamparan kepada pasukan. Kami terpaksa meletakkan hampir kesemua pemain muda dalam pasukan yang mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah kelab Arsenal.” Akui Arteta.
Arsenal 0-2 Chelsea HT:
Shots: 2-10
Shots on target: 1-3
Possession: 39%-61%
Pass accuracy: 80%-88% https://t.co/xXy7ByaJFV— Squawka Football (@Squawka) August 22, 2021
“Kredit kepada pemain muda kerana berusaha menunjukkan prestasi terbaik mereka ketika melawan Chelsea. Bermain dengan berani , mencuba sehabis mungkin tetapi buat masa ini , ia tidak cukup untuk memenangi perlawanan dalam bolasepak.”
Skuad Arsenal akan menghadapi pasukan West Brom dalam saingan EFL Cup atau Piala Carabao pada 26 Ogos ini dipusingan kedua sebelum berhadapan dengan Manchester City pada 28 Ogos 2021 untuk perlawanan Liga Premier Inggeris.