14 Fakta Menarik Mengenai Liverpool Yang Wajib Anda Tahu

Tidak dinafikan Liverpool berjaya memikat ramai peminat sukan bola sepak sejak beberapa musim lalu.

Dan akhirnya Liverpool berjaya bergelar juara Liga Inggeris buat kali pertama sejak 30 tahun yang lalu pada awal pagi tadi.

Jutaan ucapan tahniah diucapkan kepada skuad kendalian Jurgen Klopp dari seluruh dunia daripada penyokong dan juga lawan.

Harus diakui ia adalah musim yang menakjubkan. Tidak ketinggalan mengucapkan tahniah adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

Jika anda seorang penyokong Liverpool sejati, fakta di bawah mungkin bukan perkara asing. Bagi yang baru mahu mengenali kelab Merseyside ini, berikut adalah 14 fakta menarik yang perlu anda tahu.

1. Liverpool asalnya biru-putih

Pada hari ini Liverpool dikenali di seluruh dunia dengan nama jolokan The Reds. Namun demikian, merah bukanlah warna asal jersi Liverpool sepertimana pada hari ini. Warna asal jersi Liverpool satu ketika dahulu ialah biru, dan seluar berwarna putih.

2. Dari benua Afrika

Nama Anfield sebenarnya berasal dari sebuah pekan di Ireland, iaitu Annefield yang terletak di wilayah Wexford. Nama itu diberikan oleh datuk bandar Liverpool yang berbangsa Ireland – yang membeli tapak stadium sedia ada. Gelaran The Kop pula diambil dari nama sebuah pergunungan di Afrika Selatan, Spion Kop yang menyaksikan ramai nyawa tentera terkorban ketika Perang Boer.

3. Anfield pernah dihuni Everton

Anfield pada asalnya pernah dihuni oleh kelab setempat, Everton. Pertikaian mengenai syarat sewaan menyebabkan Everton berpindah ke Goodison Park pada 1891. Nama Anfield terus kekal apabila Liverpool – pasukan baharu yang diwujudkan oleh John Houlding menjadi penghuni baru stadium tersebut selepas itu.

4. ‘THIS IS ANFIELD’

Papan tanda ikonik ‘THIS IS ANFIELD” di stadium telah ditanam di laluan masuk ke bilik persalinan oleh bekas pengurus, Bill Shankly – bertujuan untuk membawa rasa gerun kepada lawan. Namun pengurus hari ini, Jurgen Klopp tidak membenarkan pemain di bawah kendalian beliau menyentuh papan tanda tersebut, sehingga mereka berjaya memenangi trofi. Peraturan tersebut telah dipinda pada musim lalu.

5. The friendly derby

Disebabkan nilai kekeluargaan di dalam derbi Meseyside, perlawanan membabitkan Liverpool dan Everton dikenali sebagai ‘The friendly derby’. Namun tiada istilah kawan ketika aksi di padang menjadi pertaruhan. Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan merupakan antara perlawanan yang paling diwarnai dengan layangan kad merah di dalam Liga Inggeris.

6. Siaran langsung

Siaran langsung pertama yang disiarkan melalui rancangan ‘Match of the Day’ ialah perlawanan membabitkan Liverpool vs Arsenal pada 1964. Siaran televisyen pada ketika itu masih lagi didalam bentuk hitam-putih. Siaran langsung berwarna pertama kali pula disiarkan membabitkan perlawanan diantara Liverpool menentang West Ham pada 196

7. Manchester United

Sepanjang sejarah kelab, Liverpool mempunyai rekod terburuk ketika menentang Manchester United – memenangi hanya 32% pertemuan sejak kali pertama perlawanan liga membabitkan kedua-dua pasukan. Namun perkara itu akan pantas berubah sekiranya seteru Barat Laut mereka itu gagal bangkit selepas ini. Rekod terbaik Liverpool pula ialah ketika berhadapan Watford, mencatatkan rekod 73% kemenangan.

8. Atur perlawanan

Pada 1915, Liverpool dan Manchester United pernah terlibat di dalam skandal mengatur perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 2-0 untuk United. Empat pemain Liverpool, dan tiga pemain Manchester United telah digantung seumur hidup selepas didapati bersalah melakukan taruhan.

Derbi barat laut di mana Manchester United dan Liverpool kedua-duanya memalukan diri masing-masing.

Posted by Grandstand KITA on Thursday, April 16, 2020

9. Pengurus merangkap pemain

Legenda ikonik Liverpool, Kenny Danglish adalah pemain-pengurus pertama di era bola sepak profesional Liga Inggeris. Ia adalah antara tempoh terbaik Liverpool yang memenangi liga sebanyak tiga kali dan Piala FA dua kali sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

10. Gol jarak jauh

Bekas pemain, Xabi Alonso pernah memegang rekod gol dengan jarak paling jauh – dengan jaringan dari jarak 63 meter ketika menentang Newcastle United. Rekod tersebut kemudiannya diperbaharui oleh bekas pemain The Reds, Charlie Adam ketika beraksi untuk Stoke dengan dalam perlawanan menentang Chelsea – dengan rekod baharu 66 meter.

11. Kapasiti Anfield

Ketika tempat duduk belum diperkenalkan di stadium Liga Inggeris, Anfield boleh memuatkan 30,000 penonton yang berdiri. Ketika diwajibkan dipasang kerusi, kapasiti Anfield menurun kepada 12,500. Hari ini Anfield boleh memuatkan 54,074 penonton selepas beberapa pengubahsuaian – menjadikan ia stadium ketujuh terbesar di England.

12. Kecederaan pelik

Salah satu pembelian paling tidak berjaya oleh Liverpool membabitkan penjaga gol dari Denmark, Michael Stensgaard pada 1994. Dibawa masuk dengan tanda harga £400,000, Stensgaard dianggap sebagai bakal pengganti kepada Bruce Grobbelaar. Namun demikian Stensgarrd tidak beraksi walaupun sekali untuk Liverpool selepas terseliuh bahu ketika memasang papan seterika. Beliau akhirnya meninggalkan Anfield pada 1996.

13. Rekod perpindahan

Secara keseluruhan, Liverpool telah terlibat dengan empat rekod perpindahan di Liga Inggeris: Keegan ke Hamburg (£500K); Rush ke Juventus (£3.2 juta); Collymore dari Forest (£8.5 juta); dan yang terbaru ialah Coutinho ke Barcelona (£105 juta).

Rekod pembelian oleh Alisson Becker dan Virgil van Dijk sebagai penjaga gol termahal dan pemain pertahanan termahal dunia telah dipecahkan masing-masing oleh Kepa Arrizabalaga dan Harry Maguire

14. No.8 rekod terendah

Pada musim pertama kembali ke divisyen atasan Liga Inggeris pada 1963, Liverpool mengakhiri kempen pada musim tersebut di kedudukan ke-8. Liverpool tidak pernah mengakhiri saingan setiap musim lebih rendah dari kedudukan ke-8 sejak daripada itu. Kali terakhir Liverpool berada di kedudukan ke-8 ialah pada musim 2015/16 ketika Klopp baru mengambil alih.

Penutup

Musim ini merupakan musim terbaik Liverpool di saingan domestik. Malang sekali mereka gagal mengulangi pencapaian mereka pada musim lalu di Eropah.

Namun tidak mengapa. Ini kerana badi terbesar selama 30 tahun sudah diakhiri. Ia adalah satu penantian yang cukup lama dan wajar diraikan.

Tahniah Liverpool. YNWA!!!

 

 

Kongsi artikel ini