Sudah lebih setahun sejak Ole Gunnar Solksjaer dilantik selaku pengurus tetap Manchester United.
Setelah cemerlang selaku pengendali interim, Solksjaer akhienya diberikan peranan pengurus secara tetap pada Mac 2019.
Manchester United kini menunjukkan indikasi positif, terutama sejak beberapa bulan yang lalu.
Berikut adalah beberapa statistik ringkas Manchester United sejak setahun di bawah kendalian Solksjaer.
1. Solksjaer telah mengendalikan 57 perlawanan Manchester United di dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Daipada jumlah tersebut, United menang 26, seri 15 dan tewas 16 daripadanya. Ini memberikan United ratio kemenangan 45/6% di bawah kendalian Solksjaer.
2. Sepanjang tempoh itu juga, Manchester United telah menghasilkan 90 gol, tetapi turut dibolosi sebanyak 56 kali. Ia adalah bersamaan dengan 1.5 gol dijaringkan pada setiap perlawanan, dan dibolosi 0.9 gol setiap 90 minit perlawanan dilalui.
Ole Gunnar Solskjær has practically ticked all pivotal boxes for #MUFC
• Invested in & integrated the youth
• Restored the fast-attacking-entertaining style of football
• Re-established the culture of the clubWe are closer to reaping the fruits of the revival than imagined. pic.twitter.com/Q5RQNQIIhz
— Ɽon (@UtdRonnie) March 28, 2020
3. Di saingan Premier League Solksjaer telah mengendalikan 37 perlawanan dan berjaya mengutip 53 mata dari keseluruhan 111 yang boleh diraih. Ini bermakna United meraih 1.43 mata secara purata melalui setiap perlawanan.
4. Solksjaer dan United telah berhadapan Liverpool, Manchester City, Chelsea dan Tottenham sebanyak 12 kali di semua pertaningan sejak bergelar pengendali tetap. Dari jumlah perlawanan tersebut, United menang 7, seri dua kali, dan tewas tiga kali.
5. Solksjaer turut telah menggunakan seramai 42 pemain sejak setahun yang lalu di semua pertandingan.
6. Daripada jumlah tersebut, 17 daripadanya adalah dari skuad akademi Manchester United. Ini memberi bayangan jelas kepada DNA yang mahu dibina dan dikembalikan oleh pengendali dari Norway ini di Old Trafford.
Solskjaer on Brandon Williams 💪🔴 #mufc pic.twitter.com/FdGxFiQ8Se
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 5, 2020
7. Pemain tengah Brazil, Fred adalah pemain paling kerap diturunkan oleh Solksjaer. Fred tampil dalam 45 perlawanan di bawah kendalian Solksjaer, diikuti Andreas Pereira (44 penampilan), dan kemudiaanya diikuti oleh David de Gea, Vikctor Lindelof, Anthony Martial dan Jesse Lingard, semuanya 42 penampilan.
8. Marcus Rashford adalah penjaring terbanyak Manchester United di bawah kendelian Solksjaer dengan 20 gol. Senarai Top 3 penjaring diikuti oleh Martial dengan 17 gol, dan Mason Greenwood 12 gol. Bayangkan ketiga-tiganya bebas kecederaan, dan beraksi penuh sepanjang musim.
Rashford explaining how Solskjaer has made him a better goalscorer! 👏 #mufc 🇾🇪 pic.twitter.com/0jJUAc12iu
— StretfordPaddock (@StretfordPaddck) April 1, 2020
9. Berdasarkan data dari Transfermarkt, Martial, Daniel James dan Juan Mata telah menghasilkan assist terbanyak untuk United masing-masing sebanyak 6 kali sejak setahun uang lalu. Ini diikuti oleh Rashford dengan lima assist, dan Bruno Fernandes yang menghasilkan 4 assist sejak Februari lalu.
10. Sehingga kini Solksjaer telah membelanjakan £187 juta untuk empat pemain baharu yang dibeli secara tetap, dengan purata nilai £46.7 juta bagi setiap pemain.
Bruno Fernandes since joining Manchester United in January:
9 appearances
3 goals
4 assists
4 MOTM
1 PL POTM
2 POTM for the club— Aidan Walsh 🔰 (@AidanWalshMUFC) April 1, 2020
11. Harry Maguire adalah pemain termahal di era Solksjaer dibeli dengan nilai £80 juta, manakala Daniel James pula adalah pemain yang tiba dengan nilai terendah iaitu £15 juta.
Berdasarkan statistik ringkas di atas, nyata United menunjukkan perkembangan positif di beberapa bahagian. Ia pasti mengujakan bagi penyokong United untuk melihat sejauh mana pasukan ini mampu pergi pada musim hadapan.