Siapakah penjaga gol terbaik dunia sepanjang zaman? Kita telah menyaksikan ramai penjaga gol hebat merentas masa dalam dunia bola sepak.
Jika anda adalah peminat England misalnya, anda mungkin menamakan Peter Shilton atau George Bank.
Jika anda adalah peminat Liverpool dan Brazil, maka nama Alisson Becker pasti tidak terkecuali.
Tetapi siapakah diantara mereka yang terhebat sepanjang zaman? Berikut kami senaraikn 10 penjaga gol yang telah membuktikan keupayaan masing-masing bersama kelab dan negara.
10. Peter Shilton
Peter Shilton beraksi dalam 1,390 perlawanan profesional diantara 1966 sehingga 1997.
Ia adalah penampilan terbanyak secara individu oleh seorang pemain bola sepak.
9. Edwin van der Sar
Edwin van der Sar juga adalah salah seorang ikon bola sepak Belanda, dan pernah memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik Eropah pada 1995 dan 2009.
Penjaga gol ini juga beraksi di tahap tertinggi sejak menyertai Ajax pada 1991, dan bersara bersama Manchester United pada 2011.
⚪️🔴⚪️ #OTD in 1991, Edwin van der Sar made his first-team debut for Ajax. The rest is history 🙌#UCL | @AFCAjax | @vdsar1970 pic.twitter.com/XfkkVQqZzh
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 23, 2020
8. Iker Casillas
Iker Casillas adalah penjaga gol No.1 Sepanyol ketika pasukan La Roja mendominasi bola sepak dunia diantara 2008 sehingga 2012.
Beliau juga memenangi lima kejuaraan La Liga dan tiga kejuaraan Champions League bersama Real Madrid.
7. Sepp Maier
Sepp Maier menghabiskan sepanjang tempoh kariernya bersama Bayern Munich, dan melakukan 536 penampilan bersama kelab Bavarian itu.
Beliau menjuarai Piala Dunia dengan negaranya dan merupakan sebahagian dari skuad Bayern yang muncul juara Piala Eropah pada 1970an.
6. Peter Schmeichel
Peter Schmeichel memenangi kejuaraan di Denmark, England dan juga Portugal.
Beliau juga adalah kapten Manchester United pada musim bersejarah ‘Treble’ pada 1999 – pencapaian yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pasukan Inggeris lain.
Peter Schmeichel is the only Goalkeeper to win the Premier League Player of the season, he won the award in the 1995/96 season while playing for Manchester United, helping them to an FA Cup & Premier League double, “The Great Dane” is also the only Danish player to win the award. pic.twitter.com/jDOLx24Uo0
— 👽 (@aguycalledcaleb) April 29, 2020
5. Manuel Neuer
Manuel Neuer merevolusi posisi penjaga gol dengan peranan sweeper-keeper.
Penjaga gol Jerman itu dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik Dunia oleh The International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) pada 2013, 2014, 2015 dan 2016.
4. Gianluigi Buffon
Gianluigi Buffon boleh dianggap sebagai penjaga gol paling lengkap pada abad ke-21. Tempoh karier yang panjang membenarkan Buffon melakukan banyak pencapaian bersama Itali dan Juventus.
Beliau memegang pelbagai rekod termasuk pemain dengan penampilan terbanyak untuk Itali (176), dan rekod tidak bolos paling lama di Serie A (974 Minit).
🇮🇹 Gianluigi Buffon: "How do I imagine my last ever game? Maybe I’ll go out like Zinedine Zidane, head-butting someone on the pitch!" pic.twitter.com/cx4icfCcWo
— SMFutball (@SMFutball) April 24, 2020
3. Dino Zoff
Zoff menjadi pemain tertua memenangi Piala Dunia pada 1982 dan merupakan kapten Itali pada ketika itu pada usia 40 tahun, 4 bulan dan 13 hari.
Beliau melakukan 112 penampilan untuk negaranya dan menjuarai enam gelaran Serie A bersama Juventus.
2. Gordon Banks
FIFA menamakan Gordon Banks sebagai penjaga gol terbaik selama tahun berturut-turut dari 1966 sehingga 1971.
Aksi Banks menyelamatkan percubaan penyerang Brazil, Pele di Piala Dunia 1970 dianggap sebagai antara aksi terbaik sepanjang zaman oleh seseorang penjaga gol.
A defesa impressionante de Gordon Banks após cabeçada de Pelé na Copa do Mundo de 1970 #DiaDoGoleiro pic.twitter.com/irCXOxbII0
— Goleada Info (de 🏠) (@goleada_info) April 26, 2020
1. Lev Yashin
Lev Yashin diberikan nama gelaran ‘Black Spider disebabkan oleh jersi yang beliau gemar pakai, adalah satu-satunya penjaga gol yang pernah memenangi Anugerah Ballon d’Or.
Yashin hanya pernah beraksi untuk Dynamo Moscow dan negaranya USSR, mengubah persepsi dunia mengenai peranan penjaga gol.
Beliau tahu bagaimana untuk memberikan arahan kepada pemain pertahanan, dan keluar dari garisan golnya lebih awal apabila mengesan ancaman dari lawan.
Goalkeeper #LevYashin and his #USSR teammates during a training-session. pic.twitter.com/LcG6FJRJK2
— OldFootballPhotos (@OldFootball11) April 27, 2020
Penutup
Sesiapa sahaja boleh mempertikaikan senarai 10 penjaga gol terbaik sepanjang zaman ini. Tetapi senarai ini dikeluarkan sendiri oleh majalah France Football, yang memperkenalkan dan menganjur Anugerah Ballon d’Or setiap tahun.
Buat masa ini, 10 penjaga gol ini dianggap sebagai 10 penjaga gol terbaik dunia sepanjang zaman.