Dunia ini adakalanya tidak adil. Ada perkara yang kita fikirkan sememangnya kita berhak untuk memilikinya, namun kerana sebab tertentu, kita tidak pernah memilikinya.
Di dalam bola sepak, perkara sebegini juga berlaku. Pemain bola sepak terhebat dunia tidak semestinya pernah bergelar juara dunia – walaupun kehebatan mereka secara individu disanjung tinggi.
Malah mereka dianggap sebagai G.O.A.T. Tetapi demikianlah bola sepak. Ia adalah sukan yang penuh emosi. Berikut kami kongsikan 10 pemain terhebat dunia bola sepak pernah saksikan, namun tidak pernah bergelar juara Piala Dunia.
1. Eusebio (Portugal)
Sebelum Cristiano Ronaldo, Eusebio dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat yang Portugal pernah lahirkan.
Kemuncak kehebatan Eusebio bersama Portugal tiba di Piala Dunia 1966, apabila beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 9 gol.
O Unico a ganhar uma bola de Ouro em Portugal 👏🏻👏🏻 Eterno Eusébio da Silva Ferreira @SLBenfica pic.twitter.com/S6pjsT4oY8
— Paulo Soares (@PauloSoares1904) June 8, 2020
Namun Eusebio dan Portugal terpaksa ‘bungkus awal’ di saingan separuh akhir, apabila ditewaskan oleh tuan rumah, England.
Eusebio juga adalah sebahagian daripada skuad Portugal untuk pusingan kelayakkan Piala Dunia edisi 1962 dan1970. Namun Portugal gagal melayakkan diri ke pusingan akhir sehinggalah pada 1986.
2. Ferenc Puskas (Hungary & Sepanyol)
Selain daripada ikon Real Madrid, Alfredo Di Stefano yang pernah beraksi lebih daripada sebuah negara (Argentina, Colombia, Sepanyol) di peringkat senior, Ferenc Puskas turut pernah berbuat demikian bersama Hungary dan kemudiannya Sepanyol.
Semua itu sebelum FIFA menguatkuasakan peraturan pemain tidak boleh mewakili lebih dari satu pasukan di saingan utama antarabangsa.
Ferenc Puskas était le footballeur et star hongroise du Real Madrid, où il explosa à ses 31 ans. Il finit meilleur buteur du championnat espagnol en 1960, 1961, 1963 et 1964, de ses 33 à 37 ans. Il finira meilleur buteur de la Coupe d’Europe des clubs champions en 64, à 37 ans. pic.twitter.com/pP6TDSX2NI
— Pensée Foot (@PensezFoot) June 4, 2020
Puskas adalah pemain yang paling terkenal di Hungary. Di Piala Dunia 1954, Puskas dinobatkan sebagai pemain paling bernilai, namun tewas 3-2 kepada Jerman Barat di pentas perlawanan akhir.
Menjaringkan 84 gol dari 85 penampilan untuk Hungary, Puskas gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 penampilan bersama Sepanyol.
3. Johan Cruyff (Belanda)
Dikenali sebagai antara jurulatih awal dengan idea bola sepak moden dan merevolusikan tiki-taka ketika bersama Barcelona.
Johan Cruyff adalah legenda sepanjang zaman di Nou Camp dan Belanda.
Never realised that #JohanCruyff had a specially made shirt with only 2 stripes as he wouldn't accept the KNVB Adidas contract.#Nederland. pic.twitter.com/jGwBBzuYAP
— Derrick Williams (@derrickw59) June 7, 2020
Walaupun dijulang sebagai antara pemain terhebat pernah disaksikan dunia, Cruyff tidak pernah bergelar juara Piala Dunia.
Walaupun dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan pada 1974, skuad Belanda pada tahun tersebut tewas 2-1 kepada Jerman Barat di aksi perlawanan akhir.
4. Michel Platini (Perancis)
Selain daripada Zinedine Zidane, Michel Platini dianggap sebagai antara pemain paling berpengaruh yang pernah dilahirkan Perancis.
Kegemilangan era Platini dikenang ketika beliau menjadi kapten pasukan dan menjulang Perancis sebagai juara Euro 1984 di halaman sendiri.
#OnThisDay photo from Argentina ‘78 World Cup.
Argentina vs France (2:1).
Michel Platini. pic.twitter.com/qcQNQ5asqX
— Culture of Football Classics (@CFclassics) June 6, 2020
Namun demikian, rekod Platini bersama Perancis di Piala Dunia tidak begitu menyerlah.
Pada 1978, Platini dan Perancis gagal melepasi saingan peringkat kumpulan. Selepas itu, Perancis tewas dua saingan separuh akhir pada 1982 dan 1986, masing-masing kepada Jerman Barat.
5. Oliver Kahn (Jerman)
Oliver Kahn adalah bekas penjaga gol berstatus legenda bagi Jerman. Lebih dari itu, Kahn adalah salah seorang penjaga gol paling berkarisma yang pernah beraksi di Piala Dunia.
Tampil 86 kali buat Jerman di pentas antarabangsa, Kahn beraksi selama sebagai penjaga gol utama skuad Die Mannschaft.
Oliver Khan
– 8 League titles.
– 6 DFB-Pokal.
– 1 UEFA Champions League.
– 1 UEFA Cup.
– 1 Intercontinental Cup.
– 1 UEFA European Championship.
– Best Bundesliga Goalkeeper 7x.
– Best European Goalkeeper 4x.
– 1 FIFA World Cup golden ball.
– German Footballer of the Year 2x pic.twitter.com/9MSl3D4f4n— Edwin (@theofficialIJE) May 16, 2020
Terhampir Kahn bergelar juara dunia bersama Jerman ialah pada edisi 2002 apabila beraksi di dalam perlawanan akhir menentang Brazil di Yokohama, Jepun.
Salah satu kesilapan beliau, memberikan peluang kepada Ronaldo menjaringkan salah satu dari dua gol jaringan penyerang Brazil tersebut.
6. Raul (Sepanyol)
Dianggap sebagai anak jati istimewa kelahiran Madrid, Raul sempat tampil dalam tiga edisi Piala Dunia, iaitu pada 1998, 2002 dan 2006.
Untuk setiap edisi, Raul dan Sepanyol dikecewakan di peringkat suku akhir.
2006 – In the only Spain's game vs Tunisia ever (2006 World Cup's group stage: 3-1), Raúl González (28 years old) scored his last goal for La Roja. Remember pic.twitter.com/VdGgvfSfIe
— OptaJose (@OptaJose) June 9, 2018
Sebelum Euro 2008, nama Raul tercicir daripada senarai skuad Sepanyol yang akan ke kejohanan anjuran Austria-Switzerland itu.
Jelas ia adalah pengakhiran buat Raul dan Sepanyol. La Roja muncul juara eropah pada 2008, sebelum menakluk dunia di Piala Dunia edisi 2010.
7. Paolo Maldini (Itali)
Tanyalah kepada mana-mana penyokong tegar bola sepak Itali. nama Paolo Maldini pasti menjadi antara nama yang tidak pernah lekang dari bibir sebagai salah seorang pemain terhebat skuad Azzurri.
Maldini boleh berbangga dengan koleksi tujuh kejuaraan Serie A Itali, dan lima kejuaraan UEFA Champions League bersama AC Milan.
Hakikatnya ruangan trofi kabinet khusus untuk pencapaian antarabangsa pemain ini adalah kosong.
🇮🇹 Paolo Maldini's career was so long that he defended against Platini, Maradona, Ronaldo, Zidane, Cristiano and Ibrahimovic ⚽️.
Legend👑. pic.twitter.com/T8k8M5oVCF
— SportDust (@Sport_Dust) June 3, 2020
Maldini adalah sebahagian daripada skuad 2002 yang dimalukan dalam kejohanan di Korea Selatan dan Jepun selepas disingkirkan di peringkat kumpulan.
Paling hampir Maldini mendakap Piala Dunia ialah pada 1994, namun Itali dihampakan oleh Brazil melalui penentuan sepakan penalti dalam kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat.
8. Wayne Rooney (England)
Anda mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengenai Wayne Rooney di dalam senarai ini. Namun anda tidak boleh menafikan Rooney adalah seorang penyerang lengkap terbaik (complete forward), yang England pernah lahirkan.
Di peringkat kelab, Rooney telah menjuarai segala-galanya. Lima kejuaraan EPL, 1 Piala FA, 1 UCL, dan 1 kejuaraan kelab dunia, Rooney memiliki koleksi kejuaraan paling lengkap di England, namun gagal di Piala Dunia.
ON THIS DAY: In 2015, Wayne Rooney became England's all-time record goalscorer.
History maker. 🦁 pic.twitter.com/wj5BCuwsxk
— Squawka Football (@Squawka) September 8, 2019
Di Piala Dunia 2006, Rooney dilayangkan kad merah dalam insiden melibatkan Ronaldo. Di Afrika Selatan pada 2010, Rooney terpalit dengan kontroversi memaki penyokong.
Pada 2014, cabaran Rooney dan England tamat hanya selepas 6 hari memulakan kempen di Brazil.
9. Cristiano Ronaldo (Portugal)
Berbanding Messi, Cristiano Ronaldo sekurang-kurangnya mampu berbangga dengan kejuaraan Euro 2016 yang diraih di Perancis.
Bersama Portugal, bintang Real Madrid ini juga adalah inspirasi untuk pasukan kebangsaan. Beliau memulakan kejohanan di Rusia dengan ledakan hatrik.
•لمزيد من نوعية هذه الصورة تفاعلو معنا ❤👍📸4K
■Cristiano Ronaldo world Cup 2️⃣0️⃣1️⃣8️⃣🏆. pic.twitter.com/4TjjIC47J7— CR4K (@CR4Kii) June 4, 2020
Namun demikian, Ronaldo akhirnya terpaksa akur bahawa Piala Dunia 2018 bukan pentas buatnya selepas Portugal tewas 2-0 kepad Uruguay di peringkat kalah mati.
Pada usia 33 tahun, ia seperti Piala Dunia terakhir buat pemenang lima kali Ballon d’ Or ini.
10. Lionel Messi (Argentina)
Lionel Messi berada di senarai teratas di dalam artikel ini tidak ada kena mengena dengan ranking pemain ini sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Namun berdasarkan kebolehan, siapa di antara kita yang mampu menafikan Messi sebagai antara pemain terbaik dunia generasi ini.
Lucas Biglia believes Lionel Messi can make the 2022 World Cup his "Last Dance", getting inspired by Michael Jordan. [Goal] pic.twitter.com/A37SsujFzS
— VBET News (@VBETnews) May 26, 2020
Pada usia 31 tahun, Messi tewas dalam 3 perlawanan akhir di kejohanan utama dunia, termasuk Piala Dunia 2014.
Selepas disingkirkan Perancis di pusingan 16 pasukan terbaik, masa hadapan Messi bersama Argentina mulai menjadi tanda tanya.
Pada usia 31 tahun, Messi akan berusia 35 tahun jika masih beraksi bersama Argentina di Piala Dunia akan datang.
Penutup
Siapakah pemain hebat lain yang pada pendapat anda layak bergelar juara dunia, namun tidak berkesempatan untuk berbuat demikian?
Kongsikan nama pemain tersebut di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya daripada anda.