Tahukah anda bahawa Karim Benzema kini adalah pemain dengan nilai klausa perpindahan tertinggi di dunia?
Pemain antarabangsa Perancis itu dilaporkan memiliki klausa perjanjian bernilai €1 billion (£846.7 juta), jauh mengatasi nilai yang ditetapkan terhadap pemain lain.
Sejak tiba dari Lyon pada 2009, Benzema telah menghasilkan 240 gol untuk skuad Los Blancos.
Nilai tinggi pada klausa perpindahan pemain ini menjelaskan betapa pentingnya pemain No.9 ini di dalam sistem Real Madrid.
Senarai yang dikeluarkan oleh Daily Mail itu kemudian diikuti oleh seorang lagi pemain yang beraksi di La Liga.
Antoine Griezmann yang menyertai Barcelona daripada Atletico Madrid pila mempunyai nilai klausa £677.2 juta. Nilai tersebut hampir tujuh kali lebih tinggi dari nilai yang dibayar Barca kepada Atletico.
Luka Modrid dan Brahim Diaz pula melalui jalan karier yang berbeza di Real Madrid, tetapi mempunyai nilai klausa perpindahan yang sama.
Kedua-dua pemain dilaporkan mempunyai nilai klausa £634.9 juta yang perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang mahu memancing kedua-dua pemain keluar dari Madrid.
Proud to continue to make history of the best club in the world #132 pic.twitter.com/A6FtM8IjIf
— Karim Benzema (@Benzema) February 9, 2020
Lionel Messi pula berada di kedudukan kelima di dalam senarai tersebut dengan klausa perpindahan £592.5 juta. Kapten Barcelona dan Argentina ini dikhabarkan mungkin akan meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini.
Juventus dan Manchester City adalah antara kelab yang menunjukkan minat. Adakah kita akan menyaksikan nilai klausa tersebut akan ditebus pada musim panas ini 2020? Jawapannya tidak.
Walaupun Messi memiliki klausa perpindahan yang tinggi, nilai tersebut turut tiba dengan syarat khas.
Kontrak Messi membenarkan pemain Argrntina itu untuk meninggalkan Nou Camp selepas tamat mana-mana musim secara percuma, jika itulah kehendak pemain tersebut.
📷 Andres Iniesta’s showing off his new hairstyle after winning the Japanese Supercup. pic.twitter.com/lDPYE7VLKI
— La Senyera (@LaSenyera) February 8, 2020
Perkara sama telah dilalui oleh Andes Iniesta dan Carles Puyol sebelum ini.
Tiga lagi trio Real Madrid, Isco, Marco Asensio dan Vinicius Jr turut mempunyai nilai klaua perpindahan sama dengan Messi.
Gareth Bale dan Gerrard Pique melengkapkan senarai 10 pemain tersebut. Nampaknya hanya pemain dari Barcelona dan Real Madrid yang mendominasi senarai 10 klausa perpindahan tertinggi dunia ini.
Berikut adalah senarai penuh 10 pemain dengan klausa perpindahan pemain tertinggi dunia:
1. Karim Benzema (£846.7 million)
2. Antoine Griezmann (£677.2 million)
3. Luka Modric (£634.9 million)
4 Brahim Diaz (£634.9 million)
5. Lionel Messi (£592.5 million)
6 Isco (£592.5 million)
7 Vinicius Jr (£592.5 million)
8 Marco Asensio (£592.5 million)
9. Gareth Bale (£423 million)
10 Gerard Pique (£423 million)