10 Pemain Dengan Ratio Kemenangan Tertinggi Di Era Premier League

Bola sepak adalah sukan yang mengutamakan kerjasama secara berpasukan. Namun ia tidak bermakna bola sepak tidak ada ruang untuk meraikan rekod individu.

Squawka telah menyenaraikan 10 pemain dengan ratio kemenangan tertinggi sejak bermulanya era Premier League – senarai yang didominasi oleh bintang dari Manchester City dan juga Chelsea.

Senarai ini hanya menyenaraikan pemain yang memiliki sekurang-kurangnya 100 penampilan di Premier League.

10. Nicolas Otamendi – 68.7%

Otamendi bukan pemain yang sering dihargai di mana-mana peringkat saingan. Tetapi dari 131 penampilan beliau bersama Manchester City, Otamendi sejak 2015, pemain ini merekodkan 90 kemenangan.

9. David Silva – 69.1%

Selepas tiba dari Valencia pada 2010, Silva telah menjadi tunjang utama transformasi Manchester City sehingga mampu bersaing di Eropah.

Pemain tengah itu telah menang 208 dari keseluruhan 301 perlawanan aksi di Premier League, dan merangkul empat kejuaraan sepanjang tempoh itu.

8. Fernandinho – 69.1%

Fernandinho adalah salah seorang pemain terbaik City pernah miliko, memenangi 150 daripada 217 penampilan yang dilakukannya.

7. Kevin de Bruyne – 69.2%

Kevin de Bruyne pernah melakukan tiga penampilan bersama Chelsea sebelum kembali ke England untuk menyertai Manchester City pada 2015.

Pemain antarabangsa Belgium itu telah menjadi salah seorang pemain tengah terbaik dunia di Etihad, dan telah memenangi 104 daripada 146 penampilan liga.

6. Ricardo Carvalho – 70.4%

Carvalho adalah pemain penting Chelsea pada era ketibaan kali pertama Jose Mourinho di Stamford Bridge, dan membentuk gandingan yang mantap bersama John Terry.

Pemain pertahanan tengah itu melakukan 135 penampilan Premier League untuk The Blues, dan memenangi 95 perlawanan daripadanya. Sepanjang tempoh itu, Chelsea hanya kalah sebanyak 14 kali.

5. Michael Ballack – 70.5%

Ballack mungkin telah melepasi tempoh terbaiknya ketika menyertao Chelsea dari Bayern Munich pada 2006, tetapi pemain tengah Jerman itu masih merekodkan 74 kemenangan dari 105 penampilan Premier League yang dilakukannya.

4. Nemanja Vidic – 70.6%

Vidic menyertai Manchester United pada Januari 2006, dan kemudiannya tampil sebagai salah seorang pemain bek tengah terbaik dunia.

Vidic kemudiannya menjuarai lima gelaran Premier League di Old Trafford, dan turut merekodkan 149 kemenangan dari 211 penampilan yang dilakukannya.

3. Claude Makelele – 70.8%

Selama lima tahun beraksi bersama Chelsea, Makelele tampil dalam 144 perlawanan Premier League dan merekodkan 102 kemenangan.

Makelele sememangnya pemain luar biasa sehingga ada posisi yang diberikan sempena namanya.

2. Paulo Ferreira – 72.3%

Ferreira adalah pemain pertama yang dibawa masuk oleh Mourinho pada 2004, dan pemain dari Portugal itu beraksi untuk tempoh yang dianggap terbaik sepanjang sejarah kelab London itu.

Pemain pertahanan tersebut beraksi selama sembilan tahun di Stamford Bridge, menjuarai tiga gelaran Premier League dan merekodkan 102 kemenangan dari 141 penampilan liga.

1. Mohamed Salah – 73.5%

Kali terakhir Salah melihat Liverpool kalah di Anfield adalah apabila beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Chelsea yang menang pada 2014.

Salah belum lagi ada kejuaraan Premier League dalam kabinet trofi, tetapi hanya masa untuk beliau memiliki satu.

Dariapda 113 perlawanan, Salah merekodkan 82 kemenangan untuk Liverpool. Beliau turut menjaringkan 72 gol sepanjang tempoh itu.

Kesimpulan

Melalui senarai Top 10 ini kita boleh jelaskan bagaimana pengaruh pemain boleh mengubah nasib sesebuah pasukan. Sejak ketibaan Mohamed Salah misalnya, Liverpool kembali tampil sebagai sebuah pasukan yang mampu mencabar.

Ia menjelaskan kepentingan seseorang pemain kepada pasukan. Begitu juga dengan deretan pemain Chelsea ketika era Mourinho pada musim pertamanya di Premier League.

Kongsi artikel ini