Tidak dapat dinafikan bolasepak ialah salah satu sukan yang sangat popular dan digemari oleh umat manusia berbanding dengan permainan sukan yang lain. Walaupun seseorang itu tidak pandai bermain bolasepak , dia akan mempunyai sebuah kelab yang diminati dan menjadi seorang penyokong kelab bolasepak tersebut.
Sukan bolasepak dimainkan dengan penuh dedikasi , semangat juang tinggi dan penuh penghormatan. Ia menjana pendapatan wang yang banyak. Pemain menjadi kaya-raya hasil penat lelah menghadapi kepayahan di dalam latihan , displin diri yang diterapkan dan fokus yang jitu kepada kerjayanya.
Apabila pemain sudah kaya-raya , sebahagian pendapatan mereka boleh disalurkan kepada badan amal kebajikan. Ada juga beberapa pemain yang menubuhkan persatuan kebajikan atas nama sendiri untuk meluaskan sumbangan dan derma mereka kepada pihak yang sangat memerlukan.
Berikut adalah 10 Pemain Yang Berkelas Dunia Yang Aktif Dalam Kerja Amal.
10. Michael Essien
Bekas pemain kebangsaan Ghana dan pernah bermain di bawah jurulatih Jose Mourinho semasa di Chelsea dahulu merupakan pengasas kepada persatuan kebajikannya sendiri iaitu ‘Michael Essien Foundation. Beliau aktif dalam menjalankan kerja amal di negara kelahirannya Ghana yang memfokuskan kepada keperluan fasiliti penjagaan kesihatan , kepentingan pengambilan sumber air bersih , tandas awam dan perpustakaan untuk komuniti disekelilingnya.
9. Mesut Ozil
Pemain yang digantung tanpa bertali oleh kelabnya Arsenal , pernah menaja dan menyumbangkan sebanyak 237,000 pound sterling bagi membiayai 23 pembedahan kanak-kanak Brazil semasa kejohanan Piala Dunia FIFA Brazil 2014. Ozil sangat bermurah hati mengeluarkan duit yang begitu banyak setelah Jerman dinobatkan Juara Piala Dunia pada ketika itu.
8. Gareth Barry
Pemain ini baru sahaja mengumumkan untuk menggantung butnya setelah puas bermain bolasepak selama 22 tahun pada penghujung Ogos yang lalu. Gareth Barry telah menyumbangkan 20,000 pound sterling kepada badan kebajikan yang merupakan milik bekas rakan sepasukannya iaitu James Milner dan Stiliyan Petrov.
Stiliyan Petrov pernah berganding dengan Gareth semasa mewakili kelab Aston Villa. Beliau bersara terus daripada bolasepak setelah disahkan menghadapi Leukimia pada tahun 2012. Fokus badan amal pemain kelahiran Bulgaria ini adalah memberikan bantuan kepada individu yang susah ketika menghadapi penyakit kronik.
Badan Amal James Milner merupakan sebuah sebuah persatuan yang memfokuskan kepada kesedaran orang muda di UK mengenai penglibatan rekreasi yang sihat.
7. David Beckham
Salah seorang pemain bolasepak yang paling popular di planet bumi hingga kini aktif bersama dengan Unicef yang memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak seluruh dunia. David Beckham dan isterinya Victoria Beckham telah menubuhkan yayasan amanahnya sendiri iaitu Victoria and David Beckham Charitable Trust.
David Beckam juga penyokong kuat dan giat berkempen untuk dana kebajikan khasnya kepada veteran askar yang telah balik kerana cedera semasa berkhidmat di negara konflik seperti di Iraq dan Afghanistan.
6. Didier Dogba
Lagenda Ivory Coast ini telah mencipta sejarah dengan kuasa yang ada sebagai pemain bola sepak , beliau telah berjaya menghentikan peperangan saudara diantara dua pihak yang menguasai selatan dan utara Ivory Coast.
Didier Dogba meminta kerajaan pada waktu itu untuk fokus kepada kelayakan ke pusingan akhir Piala Dunia tahun 2006. Cita-cita Dogba ialah membawa negaranya masuk ke pusingan akhir kejohanan bertaraf dunia tersebut. Akhirnya pasukan Ivory Coast berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kalinya.
5. Lionel Messi
Duta jenama UNICEF, Lionel Messi terkenal dengan amal kebajikannya. Dia telah menjadi peserta aktif dalam kempen Reach Out To Asia yang membantu anak-anak yang kurang berkemampuan di Nepal, Bangladesh dan Indonesia.
4. Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo ialah menjadi penyumbang besar nombor satu kepada badan amal hingga kini. Sebagai penghargaan terhadap kerja amalnya, Ronaldo dianugerahkan Athlete Gone Good Charity 2015 untuk kebanyakan kerja amal. Beliau juga bemurah hati membiayai kos pembedahan sebanyak $ 83,000 untuk kanak-kanak berusia 10 bulan bernama Erik Ortiz Cruz dari Sepanyol yang menghadapi penyakit otak padda tahun 2014.
3. Mario Balotelli
Balotelli mungkin dianggap seorang budak nakal dan penuh kontroversi semasa zaman kemuncaknya ketika di Manchester City. Tetapi dia benar-benar seorang pemain bola sepak yang sangat bermurah hati hingga dikenali sebagai ‘Super Mario’ di kalangan peminatnya.
Dia menyumbangkan separuh dari gajinya kepada pelbagai badan amal. Respek.
2. Sadio Mane
Pemain tengah Liverpool , Sadio Mane sangat terkenal di tempat kelahirannya Bambali , selatan Senegal. Sadio Mane seorang beragama Islam sering memberikan hadiah bolasepak percuma kepada kanak-kanak dan juga memberikan sumbangan wang kepada keluarga yang tidak berkemampuan.
Pada tahun lepas Sadio Mane telah membangunkan sebuah bangunan hospital di Bambali kerana kisah sedih ayahnya yang meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan perubatan tempatan. Manakala kakaknya terpaksa melahirkan anak di rumah kerana tiada fasiliti perubatan di sana.
Selepas impiannya membina hospital tercapai beliau ingin membina sekolah untuk pendidikan kanak-kanak di kawasan Bambali , wilayah Sedhiou.
As well as already funding a new school last year, Sadio Mane is now funding a new hospital in his home country Senegal.
It will officially be open for use in six months time.
Absolutely top effort. 👏👏👏 pic.twitter.com/ijvdbSBRrx
— Footy Accumulators (@FootyAccums) April 8, 2020
Bagi Sadio Mane , pendidikan adalah sangat penting untuk masa depan kanak-kanak dan beliau tidak mahu kanak-kanak ketinggalan dalam ilmu pelajaran. Beliau mengeluarkan duit sendiri bagi membiayai pembinaan sekolah tersebut.
Berdasarkan kaji selidik Bank Dunia, kawasan tersebut hampir 70% isi rumah hidup dalam kemiskinan.
1. Mohammad Salah
Seorang teman rapat Sadio Mane yang merupakan penyerang utama Liverpool dan sangat disayangi oleh penyokongnya.
Mohammad Salah telah membina loji rawatan kumbahan , membina sekolah khas untuk pelajar perempuan , membeli sebuah ambulans baru dan menyumbangkan peralatan sukan kepada kelab sukan di Nagrig , Basyoun , Mesir yang menggunakan wang poketnya sendiri.