Siapakah penjaring terbanyak sepanjang zaman yang menghasilkan gol dari sepakan percuma? Bola sepak pernah menyaksikan pakar sepakan percuma yang hebat merentasi zaman.
Pemain tengah Braxil, Juninho Pernambucano dianggap sebagai pemain terbaik dalam mengambil sepakan percuma, jika statistik menjadi ukuran.
Kini berusia 45 tahun, Juninho adalah pakar situasi bola mati dan telah menjaringkan 77 gol dari situasi tersebut untuk Lyon, Vasco da Gama, AlGhafara dan Sport Club do Recife.
3⃣ Another Juninho Pernambucano special 😍#UCL @OL pic.twitter.com/QupwcHUREk
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) January 30, 2019
Lebih menarik, Juninho mampu menghasilkan gol dari pelbagai sudut dan jarak dengan cukup efisien, walaupun teknik yang beliau gunakan tidak dianggap asli.
Juninho dikatakan meniru teknik yang digunakan oleh Marcelonho yang telah menghasilkan 59 gol dari sepakan percuma sepanjang karier.
“Saya mula meniru teknik sepakan percuma Marcelinho yang beraksi untuk Corinthians. Beliau telah menberikans saya inspirasi dan merupakan pemain pertama yang saya lihat menyepak bola dan menyebabkan bola seolah-olah menari di udara,” ujar beliau kepada FourFourTwo.
David Beckham – Mastering The Art of Freekicks. pic.twitter.com/feDhZxwjaz
— Georgie (@MancunianGeorge) August 2, 2016
“Ia menjelaskan teknik itu bukan dari saya! Didi, yang memenangi Piala Dunia bersama Brazil pada 1958 dan 1962 juga menggunakan teknik yang sama. Setiap orang mengolah formula yang sama.
Penyerang legenda Brazil, Pele pula berada di kedudukan kedua dengan 70 gol terhasil dari sepakan percuma. Pemenang Ballon d’Or 2005, Ronaldinho pula seterusnya dengan 66 jaringan.
Bintang England, David Beckham pula berada di belakang dengan jumlah 65 gol dihasilkan sejak memulakan kariernya di Manchester United.
Dua pemain legenda, Zico dan Diego Maradona pula masing-masing menghasilkan 62 gol sepanjang karier mereka, manakala Ronald Koeman telah menghasilkan 60 gol.
Penjaga gol dan pakar bola mati, Rogerio Ceni melengkapkan senarai yang dibanjiri bintang dari Brazil.
Kini berusia 47 tahun, Ceni adalah pengurus Fortaleza, beliau turut melatih penjaga gol pasukan dengan kemampuan menjaringkan gol.
Ceni adalah penjaga gol dengan jumlah gol terbanyak, iaitu 131 gol sepanjang karier. 59 daripadanya adalah dari sepakan percuma.
Berikut adalah senarai penuh yang dikongsi oleh FootyRoom:
1. Juninho (77 goals)
2. Pele (70 goals)
3. Victor Legrottaglie (66 goals)
4. Ronaldinho (66 goals)
5. David Beckham (65 goals)
6. Diego Maradona (62 goals)
7. Zico (62 goals)
8. Ronald Koeman (60 goals)
9. Rogerio Ceni (59 goals)
10. Marcelinho Carioca (59 goals)