Expand To Show Full Article
10 Bintang Sukan Yang Jana Pendapatan Tertinggi Dari Instagram Ketika PKP - Grandstand Kita

10 Bintang Sukan Yang Jana Pendapatan Tertinggi Dari Instagram Ketika PKP

Cristiano Ronaldo memperolehi pendapatan tertinggi ketika perintah berkurung, selepas menjana pendapatan £1.9 juta dari Instagram.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu mendapat pendapat tertinggi di platform media sosial itu – di mana beliaum mempunyai 219 juta pengikut.

Menurut kajian oleh Attain, anggaran satu pengikut akan menyumbang £0.00313, atau bersamaan dengan RM0.017. Ronaldo pula mempunyai empat muat naik penaja sepanjang PKP dan setiap muat naik menghasilkan £470,584 dari 12 Mac sehingga 14 Mei.

Lionel Messi pula berada di kedudukan kedua dan menjana £1.3 juta, manakala bintang Brazil dari PSG, Neymar pula memperolehi £1.2 juta dari empat muat naik penaja.

Senarai tersebut turut menyaksikan nama lain dalam dunia bola sepak seperti David Beckham (£405,000), Zlatan Ibrahimovic (£184,000) dan Dani Alves (£133,000).

Bintang bola keranjang Shaquille O’Neal (£584,000) dan Dwyane Wade (£143,000) pula berada di kedudukan ke-4 dan ke-8.

Manakala Anthony Joshua melengkapkan senarai dengan pendapatan £121,000 dari lima muat naik penajaan sepanjang beberapa bulan lalu.

Berikut adalah senarai Top 10 atlet yang menjana pendapatan tertinggi melalui Instagram ketika PKP.

1. Cristiano Ronaldo – £1,882,336

Followers: 219,000,000, Earnings per post: £470,584, Sponsored posts: 4

2. Lionel Messi – £1,299,373

Followers: 151,000,000, Earnings per post: £324,843, Sponsored posts: 4

3. Neymar – £1,192,211

Followers: 138,000,000, Earnings per post: £298,053, Sponsored posts: 4

4. Shaquille O’Neal – £583,628

Followers: 17,000,000, Earnings per post: £36,477, Sponsored posts: 16

5. David Beckham – £405,359

Followers: 62,900,000, Earnings per post: £135,120, Sponsored posts: 3

6. Virat Kohli – £379,294

Followers: 59,000,000, Earnings per post: £126,431, Sponsored posts: 3

7. Zlatan Ibrahimovic – £184,413

Followers: 42,900,000, Earnings per post: £92,206, Sponsored posts: 2

8. Dwyane Wade – £143,146

Followers: 16,600,000, Earnings per post: £35,787, Sponsored posts: 4

9. Dani Alves – £133,694

Followers: 31,100,000, Earnings per post: £66,847, Sponsored posts: 2

10. Anthony Joshua – £121,500

Followers: 11,300,000, Earnings per post: £24,300, Sponsored posts: 5

Kongsi artikel ini