Wajah mereka sering kali ditatap sebagai idola dan selebriti oleh peminat – baik ketika lakonan di kaca televisyen, mahu pun ketika mengikuti kisah mereka di media sosial.
Tetapi siapa sangka selebriti-selebriti Korea Selatan ini juga pernah bergelar atlet, termasuk mewakili negara mereka satu ketika dahulu.
Berikut adalah 10 selebriti terkenal Korea Selatan yang pernah terlibat, atau pun masih terlibat dengan serius di dalam bidang sukan.
Renang: So Ji-sub, UEE, and Sung Hoon
Ia bukan mengejutkan untuk melihat So Ji-sub (Oh My Venus), UEE (Marriage Contract), dan Sung Hoon (Five Children & Oh My Venus) berada di dalam senarai ini.
#MinLee:So Ji-sub,Strength: Swimming,#DidYouKnow,he used to be part of South Korea’s youth national water polo team? pic.twitter.com/Cn19Mg7rrr
— Rapunzel (@ta_rapunzel) April 5, 2013
Ketiga-tiga mereka pernah memasuki pertandingan peringkat kebangsaan di Korea Selatan. Sung Hoon pula adalah bekas perenang negara sehingga kecederaan memaksa beliau untuk bersara.
Pro swimmer Park Tae Hwan is the reason why Sung Hoon quit swimming? https://t.co/WAodTZdmjt pic.twitter.com/jivTcnq7Zc
— allkpop (@allkpop) February 20, 2019
UEE pernah bercakap mengenai fizikal yang beliau miliki ketika zaman remaja itu. Apa-apa pun pengalaman tersebut pasti dapat dimanfaatkan dalam drama Hogu’s Love (2015).
Luncur ais trek pendek: Song Joong-ki
Song Joong-ki’s (Descendants of the Sun) mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam sukan luncur ais, dan pernah beraksi di Sukan Kebangsaan Korea Selatan (seperti SUKMA) sebanyak tiga kali.
Malangnya cita-cita beliau untuk beralih profesional di dalam sukan itu tersekat selepas mengalami kecederaan ketika zaman sekolah tinggi.
2. Descendants Of The Sun
Hubungan antara tentara dan dokter yg ditugasin di tempat yg sama.
Genre: Drama romance.
Pemain: Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Kim Ji-won, Jin Goo
Penilaian: 8,7/10. pic.twitter.com/GbSHHdanov— bakpao mini (@chocominipao) May 18, 2020
Namun pengalaman di sukan itu masih boleh beliau gunakan di dalam drama Triple apabila beliau memegang watak sebagai atlet kebangsaan luncur ais.
Bola sepak: Yoon Doo-joon
Korea Selatan telah melahirkan beberapa nama besar di dalam sukan bola sepak. Jika dahulu kita pernah menyaksikan Park Ji-Sung, kini kelibat Son Heung-Min menjadi tarikan rakyat Korea Selatan di Premier League.
🎉💙Yoon Doo-Joon💙🎉#윤두준_전역_소식에_안구건조증_환자_대거_완치#너무_좋아서_눈물_마를_날_이제_없음ㅠㅠ #Dujun #우리_대장_전역했다ㅠㅠ #하이라이트 #Highlight #윤두준 #YOONDUJUN #Doojoon #WelcomeBackDujun #WelcomeBackDoojoon @ent_aroundus pic.twitter.com/93QjChXLsy
— Francesca Nardelli (@francyBTS) April 10, 2020
Pelakon, Yoon Doo-joon (Splash Splash Love) adalah ibarat idola di negaranya dan dikenali kerana kehebatan beliau bermain bola sepak.
Apabila dikatakan hebat, ini bermakna Doo-jon juga pernah mempunyai potensi menjadi seperti Park atau Son. Doo-jon mungkin tidak pernah bermain untuk kelab terkemuka Premier League pada hari ini.
Namun beliau adalah anggota skuad peringkat umur Korea Selatan satu ketika dahulu. Pada 2014, beliau turut dilantik sebagai duta kepada K-League, dan kini meneruskan penglibatan dalam bola sepak mewakili kelab selebriti di negaranya, FC Men.
Taekwondo: Jang Hyuk
Latar belakang Jang Hyuk’s (Beautiful Mind) dalam seni mempertahankan diri membenarkan beliau memegang beberapa peranan dalam drama dan filem.
I think Jang Hyuk's character had a lasting impression on me. Such a troubled soul. Blinded by his convictions. He reminded of the quote "Convictions are more dangerous foes of truth than lies" for some reason.
His fan was a nice touch though hehe. It gave him…character. pic.twitter.com/8C2jRwELug
— EXHAUSTED (@adangerous_mind) April 20, 2020
Jang Hyuk adalah bekas atlet profesional taekwando, dan turut mahir dengan seni Jeet Kune Do yang diperkenalkan oleh Bruce Lee.
Baseball: Yoon Hyun-min
Yoon Hyung-min adalah seorang lagi bintang Beautiful Mind. Hyun-min mulai bermain bola lisut sejak sekolah menengah dan pernah melalui karier profesional dalam sukan tersebut.
Beliau bagaimana pun meninggalkan baseball dan memilih untuk terjun ke dunia lakonan pada 2007.
Tinju: Lee Si-young & Kang Gary
Lee Si-young (My Beautiful Bride) mula dikenali di Korea Selatan sebagai pelakon tambahan di dalam drama Boys over Flowers. Dan Si-Young mencipta sudah pun bergelar selebriti ketika menjadi juara tinju.
Si-young mulai menceburkan diri ke dalam sukan tinju pada 2010 untuk mempersiapkan diri dalam pembikinan sebuah drama. Drama tersebut bagaimanapun akhirnya tidak pernah dihasilkan
Real life 'Million Dollar Baby' actress Lee Si-young hopes to represent #Korea in #2014IAG! ☞http://t.co/LxKbBFFurH pic.twitter.com/c0sDmjDxRW
— 2014 Asian Games (@incheonAG2014en) December 12, 2013
Tiga tahun kemudian Si-young menjadi selebriti pertama Korea Selatan yang menjadi atlet kebangsaan. Si-young sudah pun berusia 31 tahun pada ketika itu.
Impian beliau ke Sukan Asia dan Olimpik di Rio bagaimanapun berkecai kerana kecederaan yang dialami sebelum kejohanan dunia itu.
Selain Si-young, seorang lagi selebriti Korea Selatan yang dikenali dengan sukan tinju adalah anggota Running Man, Kang Gary.
Gary adalah seorang petinju amatur selama 10 tahun sebelum menceburkan diri ke dalam dunia hiburan.
Bola keranjang: Shin Sung-rok
Sebelum dirinya dikenali sebagai watak penjahat dalam You Who Came from Stars, Shin Sung-rok menggunakan ketinggian fizikalnya sebagai seorang pemain bola keranjang amatur.
Seperti juga yang lain, kecederaan menyebabkan Sung-rok terpaksa melupakan karier dalam suka itu. Bola keranjang bukan sukan yang asing di dalam keluarga Sung-rok.
Shin Sung-Rok at Vagabond press conference #vagabondnetflix #Vagabond #shinsungrok #gitaeung pic.twitter.com/T3k242cFZb
— – (@kdrrama) November 5, 2019
Abangnya juga adalah seorang pemain bola keranjang, yang kariernya juga berakhir akibat kecederaan sebelum menjadi seorang chef.
Sung-rok dan abangnya mungkin bukan pemain bola keranjang yang dianggap legenda. Tetapi pengalaman lalu mengajar mereka erti disiplin dan ketekunan untuk berjaya di dalam bidang lain.
Rumusan
Bukan perkara menghairankan selebriti turut meminati bidang sukan. Tetapi terlibat secara serius seperti mana Lee Si-young yang mengimpikan untuk beraksi di Sukan Olimpik adalah sesuatu yang cukup memberi inspirasi.
Begitu juga dengan Sung-rok dan yang lain-lain. Meeka mungkin bukan bergelar legenda sukan di negara mereka pada hari ini. Tetapi disiplin dan keyakinan yang mereka miliki menjadikan mereka idola di dalam bidang lain.
Anda sukakan artikel sebegini, kongsikan di halaman media sosial anda, dan letakkan tanda pagar #grandstandkita agar kami mengetahuinya.